Amalan Surah Pilihan Harian Mengikut Waktu

“Amalan Surah Pilihan Harian Mengikut Waktu”

1. Selepas solat Subuh baca surah Yassin.

(dijanjikan apa yang kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan..wallahua’lam).

2. Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman.

(Untuk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT dan segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita).

3. Selepas solat asar, baca surah An- Naba’.

(Allah SWT akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik).

4. Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah.

(dijanjikan siapa yang amalkan baca, kemiskinan dan kebuluran tidak akan dihadapinya).

5. Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk dan As-Sajdah.

(Untuk menghindari diri daripada seksa kubur. Rasulullah saw tak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca).

6. Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi.

( Untuk elak dan selamat daripada fitnah Dajjal).

7. Sebelum tidur baca ayat Kursi.

Untuk lindungi dan memagar diri daripada gangguan kejahatan dan juga baca surah Al- ikhlas 3 kali.

(Orang yang membacanya ibarat telah khatam 30 juzuk AlQuran, jika dibaca setiap hari, umpama setiap hari juga kita khatam Quran).

Amalan yg sedikit tapi konsisten/istiqamah diamalkan, lebih di sukai dan disayangi Allah berbanding amalan-amalan hebat/besar tetapi tidak istiqamah.

Mukmin Paling Sempurna Iman

Mukmin Paling Sempurna Iman

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ

Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya.” (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Akhlak adalah ukuran keimanan seseorang.

2.  Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlak.

3.  Akhlak terpuji dengan saling berkasih sayang, bersifat rahmah sesama insan, tidak menghina, mentohmah dan mengadu domba berkait rapat dengan kesempurnaan iman seseorang.

4.  Lelaki beriman yang terbaik adalah yang paling baik akhlak terhadap isteri mereka.

5.  Berakhlak baik pada isteri berkait rapat dengan tahap iman seseorang.

6.  Berakhlak baik dan berlemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga termasuk dalam kesempurnaan iman. Hadis Nabi SAW:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ

Daripada Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya.” (HR Tirmizi No: 2537)

Jadilah orang yang paling baik akhlak dalam kehidupan termasuk dalam berkeluarga untuk menjadi mukmin yang paling sempurna.

Create your website with WordPress.com
Get started