DOA SEMPENA LAWATAN KERJA

DOA SEMPENA LAWATAN KERJA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepadamu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami berhimpun bersempena Lawatan Kerja Yang Berbahagia (…) Ke (…) pada kali ini sebagai suatu majlis yang mendapat taufiq dan hidayahMu, keberkatan dan kerahmatan, pertolongan dan bantuan serta berjalan dengan lancar, teratur, berjaya lagi sempurna.

Allahumma Ya Rahman Ya Allah, kami berdoa memohon ke hadrat-Mu, satukan dan perteguhkanlah hati kami di bawah keredhaan-Mu, lahirkanlah perasaan persaudaraan, berkasih sayang, bermuafakat, tanamkanlah ke dalam jiwa kami sifat sabar, tekun dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta dipermudahkan segala urusan kami.

Ya Allah hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji, jauhilah dari kami sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji, kukuhkanlah perpaduan antara kami, kekalkanlah sifat bantu membantu dan tolong menolong antara kami, terimalah segala usaha dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا. رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: