DOA PERHIMPUNAN BULANAN

DOA PERHIMPUNAN BULANAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepadamu di atas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami menghadirkan diri bersempena dengan Perhimpunan Bulanan (…) pada kali ini.

يَا اَلله ُ يَا كَرِيمُ

Di hari yang mulia ini,  kami menadah  tangan memohon doa restu dari-Mu agar khidmat bakti kami yang telah lalu dan akan datang dijadikan perkhidmatan yang diredhai. Pertuturan kami, pertuturan yang disenangi, pendengaran kami, pendengaran yang direstui, penglihatan kami, penglihatan yang diberkati, amalan kami amalan yang dirahmati, pengorbanan kami pengorbanan yang disyukuri dan jasa kami jasa yang diingati.

يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ

Kami memohon kepada-Mu agar khidmat bakti kami ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi manusia yang paling sempurna, manusia yang berjiwa waja, sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan cabaran demi menjana dan memartabatkan agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta.   

يَا اَلله ُ يَا رَشِيْدُ

Jadikanlah khidmat bakti kami ini perkhidmatan yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan  masyarakat dan negara. 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ  وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ  وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: