DOA MESYUARAT AGUNG
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Allahumma Ya Allah, kami merafa’kan kesyukuran kehadratmu diatas segala limpahan rahmat dan nikmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami menghadirkan diri bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (…) Malaysia Pada Kali Ini.
يَا اَلله ُ يَا مَالِكُ ياَ قُدُّوْسُ
Ya Allah, janganlah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. ampunilah dosa-dosa kami dan hindarkanlah kami dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar. tetapkanlah hati kami dengan iman dan Islam serta limpahkanlah kekuatan dan keberkatan untuk kami memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami dengan penuh keredhaan dan kesabaran.
يَا اَلله ُ يَا كَرِيمُ
Ya Allah, Jadikanlah Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (…) Malaysia pada kali ini berjalan dengan baik dan lancar, serta dapat mengeluarkan pandangan dan buah fikiran yang bernas lagi tuntas demi kebaikan bersama dan hasilnya dapat menjadikan (…) malaysia ini sebuah persatuan yang mantap dan unggul dengan memainkan peranan yang proaktif, kreatif dan efektif demi memajukan organisasi, masyarakat, agama dan negara serta mendapat kejayaan didalam segala perancangan dan diterima hasil perancangan ini sebagai amal soleh yang engkau terima dan redhai.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا. رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.