90.9 peratus populasi dewasa kini lengkap divaksin. — AMALmedia

KUALA LUMPUR – Malaysia kini mencatat 90.9 peratus populasi dewasa atau 21,290,960 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal CovidNow, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,230,828 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Selain itu, sejumlah 207,520 dos vaksin diberikan semalam melibatkan […]

90.9 peratus populasi dewasa kini lengkap divaksin. — AMALmedia

PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA — Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Islam Falsafah Islam mempunyai konteks yang sejajar dengan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bersifat menyeluruh, bersepadu, seimbang dan sempurna. Falsafah Islam ini merupakan falsafah yang tidak boleh dispisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-Quran al-Sunnah Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ini suatu usaha berterusan dalam menyampaikan ilmu (naqli dan aqli), membentuk kemahiran dan memupuk […]

PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA — Falsafah Pendidikan

Isteri peras ugut wang suami RM13,000 — My TV ONLINE

Suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, di atas pertuduhan memeras ugut suaminya dengan mengambil wang tunai RM13,000, September lalu.Tertuduh, Alimi Wahidah Shamsul, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.Mengikut pertuduhan, ibu dua anak itu didakwa dengan niat jahat melakukan pemerasan terhadap…

Isteri peras ugut wang suami RM13,000 — My TV ONLINE

5 PERKARA PUNCA MARAH

KENAPA ANDA MUDAH MARAH

Pernah bertanya pada diri kenapa mudah marah atau baran? Sesungguhnya, orang yang betul-betul kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan.

Sebelum mendidik hati supaya tidak cepat marah, kita perlu tahu punca kenapa mudah marah supaya sifat tersebut dapat dibendung dan dirawati dengan segera. Jom kita muhasabah diri kita sendiri.

KENAPA MUDAH MARAH?

1) Sukar Mengawal Emosi

Bagi mereka yang mudah marah adalah kerana mereka susah untuk mengawal emosi dan membiarkan perasaan marah menyelubungi diri. Orang yang mudah marah ni akan diperbodoh-bodohkan atau dimain-mainkan oleh orang lain.

2) Kurang Sabar

Hati yang kurang sabar selalu cepat melenting apabila dicabar tahap kesabarannya. Oleh itu, kita hendaklah latih diri dan hati supaya lebih bersabar serta berfikir dengan cara yang rasional apabila berhadapan dengan masalah supaya tidak melakukan tidakan yang terburu-buru demi memuaskan hati yang sedang marah. Sebenarnya, orang yang kurang sabar juga akan mudah menghidapi suatu penyakit yang kronik.

3) Ego, Bangga Diri, Riak dan Merasa Diri Lebih Hebat

Bagi mereka yang sebegini akan mudah rasa tercabar apabila dirinya dipersenda-sendakan. Hal ini kerana mereka akan rasa kalah dan tidak dihormati. Selain itu, orang yang mempunyai sifat ego, bangga diri dan riak akan merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Oleh sebab itu, mereka akan mudah marah sebab tidak mahu dipandang rendah dan benci apabila tidak dihormati serta berasa terhina apabila berjumpa dengan orang lebih hebat daripadanya. Marah jenis ini biasanya wujud dalam bentuk emosi yang tidak puas hati terhadap orang lain.

4) Berfikiran Negatif

Orang jenis ini ialah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, suka bersangka buruk pada orang lain serta mudah bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Orang jenis ini akan mudah marah kerana dihatinya tiada wujud istilah maaf. Dia tidak mahu memberi maaf dan malu untuk meminta maaf kerana merasakan dia sahaja yang betul. Walaupun kadang-kadang dalam hati kecilnya mengaku akan kelemahan diri tetapi disebabkan ego, dia tidak akan minta maaf walaupun berada di pihak yang salah.

5) Berdendam

Jika seseorang itu menyimpan perasaan dendam atau irihati kepada seseorang, dia akan cepat naik darah atau marah walaupun hanya disebabkan oleh kesilapan yang sedikit.

Orang Yang Enggan Masuk Syurga

Orang Yang Enggan Masuk Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan, ” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?” Nabi menjawab: “Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang mendurhakaiku dialah orang yang enggan.” (HR Bukhari No: 6737) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap umat Nabi Muhammad SAW akan masuk ke syurga dengan syarat mentaati dan mengikuti apa yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang.

2.  Taat dan patuh itu antaranya dengan mentauhidkan Allah serta istiqamah dalam melaksanakan syariat Allah seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan puasa Ramadhan, berbakti kepada kedua orang tua, menjaga dari perkara yang haram seperti perbuatan zina, minum yang memabukkan, serta perkara haram yang  lain.

3.  Orang yang enggan dan tidak mahu mentaati syariat yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW adalah orang yang enggan untuk masuk syurga. Orang tersebut mencegah dirinya untuk masuk ke dalam syurga dengan melakukan amal keburukan dan meninggalkan syariat yang diwajibkan.

4.  Wajib bagi setiap muslim untuk mentaati segala perintah Allah, serta mengikuti Nabi Muhammad SAW dalam setiap syariat yang baginda bawa. Firman Allah:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya” (Al Hasyr: 7)

Marilah kita sempena bulan Maulidurasul ini menjadi orang yang akan masuk syurga bukan orang yang enggan.

4 Golongan tidak boleh diambil ilmu

4 Golongan tidak boleh diambil ilmu

==============================

Imam Malik bin Anas rahimahullah (wafat 179 H) pernah menyebut;

لاَ يُؤْخَذُ الْعِِلْمُ عَنْ أَرْبَعَةٍ: سَفِيْهٍ مُعلِنِ السَّفَهِ , وَ صَاحِبِ هَوَى يَدْعُو إِلَيْهِ , وَ رَجُلٍ مَعْرُوْفٍ بِالْكَذِبِ فِيْ أَحاَدِيْثِ النَّاسِ وَإِنْ كَانَ لاَ يَكْذِبُ عَلَى الرَّسُوْل صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , وَ رَجُلٍ لَهُ فَضْلٌ وَ صَلاَحٌ لاَ يَعْرِفُ مَا يُحَدِّثُ بِهِ

‘Janganlah mengambil ilmu daripada 4 golongan iaitu;

1) Orang bodoh yang telah jelas kebodohannya

2) Seorang yang mengikut hawa nafsu dan menyeru kepadanya,

3) Seorang yang dikenali sebagai pendusta di dalam bercakap kepada manusia sekalipun dia tidak pernah berdusta ke atas Rasulullah salallahualaihiwassalam

4) Dan seorang yang mulia lagi soleh tetapi dia tidak mengetahui apa yang disampaikan olehnya.’

[Jami Bayan al-Ilm]

Create your website with WordPress.com
Get started