Memahami Krisis Sebenar Umat Islam Masakini

Memahami Krisis Sebenar Umat Islam Masakini

Encik Muhammad Syafiq bin Borhanuddin 03/09/2019

Memahami krisis sebenar umat Islam hari ini adalah persoalan penting untuk dicermati oleh setiap individu Muslim yang berfikir. Ini kerana ia akan menentukan tindakan kita berdasarkan apa yang kita fahami akan menyumbang ke arah penyelesaian krisis umat Islam hari ini.

Antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran umat Islam terpelajar hari ini ialah: “Adakah Islam itu sesuai untuk zaman aneka-rupa yang sedang kita tempuh ini?”

Ini menandakan suatu keraguan perihal kebenaran Islam sebagai Agama yang ditanzilkan Tuhan (a truly revealed religion) atau perihal kerelevanan ajaran Islam dan para leluhur Islam dalam menyumbang kepada permasalahan umat Islam hari ini.

Untuk benar-benar memahami krisis umat Islam hari ini, kita harus meninjau perjalanan sejarah umat Islam dan mengkaji hakikat berikut: dalam jangka masa 150 tahun selepas kemunculan Agama Islam di persada dunia, umat Islam telah menewaskan bangsa Rum (Romans), dan membina peradaban di Afrika, Sepanyol, Itali, negeri-negeri Balkan, India, Cina, serta Alam Melayu.

Dan penguasan hal-ehwal dunia oleh umat Islam yang bertahan lebih seribu tahun itu sekaligus menyebabkan bangsa-bangsa Barat dikuasai oleh umat Islam buat pertama kalinya dalam sejarah manusia.

Pengalaman sejarah ini merupakan suatu kejutan buat bangsa-bangsa Barat. Umat Islam telah mencabar hegemoni atau pengaruh mereka di dunia. Umat Islam juga telah memperbetulkan hasil pemikiran agung mereka dan pegangan agama mereka.

Keunggulan umat Islam pada saat itu merupakan suatu kejutan kepada kesedaran (consciousness) orang-orang Barat. Apabila umat Islam muncul di persada dunia, bukan sahaja mereka telah mencabar Barat secara ketenteraan, politik, dan ekonomi, tetapi lebih asasi lagi ialah secara ilmiah dan pandangan hidup.

Walaubagaimanapun cara berfikir umat Islam mula berpusat ke arah cara-gaya Barat selepas umat Islam hilang genggamannya di persada dunia perlahan demi perlahan bermula abad ke-17.

Selepas hilangnya penguasaan di medan ketenteraan, ekonomi, dan politik dunia Islam, medan ilmu pengetahuan dan pendidikan juga mula di ambil alih oleh tamadun yang telah menjadi dominan pada hari ini iaitu tamadun (dan pandangan hidup) Barat.

Walaupun tamadun Barat telah banyak menyumbang kearah maslahat insan dalam pelbagai bidang khususnya sains dan teknologi, namun ianya diiringi oleh suatu pandangan hidup atau cara melihat-berfikir yang dibentuk oleh proses sekularisasi—dimana alam tabii dikosongkan makna ruhaninya dan peranan agama secara amnya dipencilkan dalam kehidupan amali. 

Dengan peralihan tumpuan ini pemikiran dan ketamadunan ini, ia juga memberi kesan kepada cara berfikir dan tumpuan bangsa-bangsa Muslim di dunia.

Kita harus insaf bahawa hatta ahli pemikir dan saintis Barat pun bila meminjam dan memutuskan kita dari tradisi keilmuan kita, telah melakukan proses penyesuaian dan pensekularan bagi sekalian ilmu yang disuntik masuk dalam tamadunnya pada waktu zaman pertengahan.

Ilmu sains tabii termasuk kaedah pengkajian saintifik (scientific method) yang dikembangkan oleh alim ulama kita dahulu telah dikosongkan dari akidah Islamiah serta diberi pula asas falsafi yang dikembangkan oleh tamadun barat sendiri sehingga melahirkan zaman moden yang sekular ini.

Harus diingati perumpamaan yang didatangkan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali tentang ilmu yang dibawa oleh pandangan hidup asing itu adalah ibarat ubat ubatan yang tak dikenali asal usulnya. Oleh setengah pihak ditolak habis habisan maka segala hasil yang baik tak dapatlah dimanfaatkan, setengah pihak yang lain pulak menerima keseluruhannya maka penawarnya dan racunnya ditelan sekali dua-duanya!

Perubahan cara berfikir umat Islam perihal erti-erti asasi kewujudan ini (seperti erti ilmu, ‘alam, adil, dan lain-lain) sedang menyumbang kepada keruntuhan adab dalam pelbagai tindakan umat Islam sekaligus menyebabkan seorang Muslim itu menjadi hampa, sengsara, malah menjadi penyebab kefasadan dan kemusnahan masyarakat Islam hari ini tanpa disedari.

Dan inilah hakikatnya sedang terjadi kepada umat Islam hari ini yang perlu ditanggani oleh pelbagai pihak dengan tertib dipimpini oleh pemikir-sarjana Muslim yang berwibawa dan yang mengerti perihal krisis ini. Kita harus merenungi firman Allah SWT dalam Surah al-Kahfi (104-105):

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.”

Justeru umat Islam hari ini harus faham bahawa krisis sebenar mereka pada abad ke-20 dan 21 ini ialah bukan pada medan ‘amali semata-mata yakni ketenteraan, politik, ekonomi atau teknologi, tetapi pada medan ‘ilmi (pandangan hidup atau cara melihat-berfikir seseorang mengenai erti kehidupan, erti insan, erti keadilan, erti kebahagiaan, dan lain-lain faham asasi yang membentuk cara berfikir manusia).

Inilah sebabnya mengapa individu seperti Ibrahim Kalin, seorang penasihat Presiden Turkey, Tayyip Erdogan, menulis makalah bertajuk “Crisis in the Muslim World” (6 Julai 2015, http://www.dailysabah.com), dimana beliau menyimpulkan bahawa agenda paling penting untuk negara-negara Islam ialah revolusi akal-budi (revolution of the mind).

Pada 8 Julai 2019 juga, Shaykh Hamza Yusuf, seorang alim yang berpengaruh di dunia Barat, mengakui kebenaran analisa krisis umat Islam masakini ini yang diutarakan buat pertama kalinya oleh sarjana kita sendiri, Yang Mulia Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karya agungnya, Islam and Secularism (1978).

Kita juga harus insaf bahawa penyelesaian kepada krisis ini perlu bertumpukan kepada pengembalian erti ‘pendidikan’ yang menyeluruh yang sudah terangkum dalam pengertian ‘ta’dīb’. Ianya bertujuan untuk mendidik diri ruhani agar jiwa tidak lagi berlegar-legar antara nafs al-amarrah dan nafs al-lawwamah, tetapi menuju dan sampai ke tahap nafs al-mutma’inah—seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran yang aku bawa.”

Jikalau aspek ini dipinggirkan, maka institusi pendidikan kita akan hanya melahirkan pemimpin yang memiliki ijazah kertas tetapi akhlak dan perwatakannya buruk. Ini jelas sedang dialami oleh sistem pendidikan Barat moden, hatta di universiti-universiti terulung mereka seperti yang dikritik oleh ilmuwan-ilmuwan mereka sendiri seperti bekas profesor di Yale University, William Deresiewics dalam buku beliau Excellent Sheep: Miseducation of the American Elite dan Excellence without a Soul: How a Great University Forgot Education oleh Harry R. Lewis, bekas profesor di Harvard University.

Kemelut Ekonomi dan Sistem Kewangan Islam

Kemelut Ekonomi dan Sistem Kewangan Islam

Encik Mohd. Noor bin Omar 17/10/2019

Walaupun keseluruhan ekonomi mencatatkan pertumbuhan bagi suku tahun kedua 2019, negara masih berhadapan dengan cabaran yang membimbangkan. Jika setiap cabaran ini tidak ditangani segera, ia bakal memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan sosioekonomi negara.

Kita menyaksikan peningkatan berlaku terhadap kadar kemiskinan, jurang pendapatan dan hutang negara. Begitu juga kemerosotan nilai mata wang dan harga komoditi, pasaran saham dan pelabur asing merupakan petanda tidak sihat dalam sesebuah ekonomi.

Pakar ekonomi mengakui bahawa jurang pendapatan merupakan satu lumrah dalam sistem pasaran bebas. Pandangan ini selari dengan Al-Quran (43: 32) bahawa agihan rezeki pada kadar yang berbeza-beza supaya berlaku proses agihan. Keperluan dan kelebihan sesama manusia dapat dipenuhi melalui jalan perniagaan, pemberian, pewarisan dan sebagainya. Jika semua orang kaya atau semua orang miskin, aktiviti ekonomi tidak akan berfungsi.

Kita dikejutkan dengan penemuan yang dilaporkan oleh wakil PBB Philip Alston baru-baru ini bahawa Malaysia menggunakan cara pengiraan yang tidak tepat bagi mengukur tahap kemiskinan sebenar. Tahap kemiskinan di Malaysia dilaporkan pada kadar 0.4 peratus sebelum ini menyaingi kadar kemiskinan di Amerika Syarikat (17 peratus) dan Jepun (16 peratus). Gambaran ini seolah-olah Malaysia telah berjaya membasmi kemiskinan sedangkan hakikatnya berbeza sama sekali.

Perbezaan yang ketara ini disebabkan Malaysia menggunakan kadar lampau RM980 sebagai kadar asas sedangkan sepatutnya mengambil kadar semasa RM3,136 iaitu purata pendapatan semasa (berdasarkan statistik terkini yang diperolehi pada tahun 2016). Malah jika berdasarkan sumber data yang sama, kadar kemiskinan di Malaysia dianggarkan sekitar 20 peratus.

Data dan maklumat yang benar sangat penting bagi menyokong pemulihannya. Pentadbiran kewangan perlu dimurnikan dengan petunjuk-petunjuk ekonomi sebenar, statistik yang mudah diperolehi dan cara pengumpulan dan pengiraan yang meyakinkan. Petunjuk ekonomi tidak boleh dirahsiakan, diubahsuai atau dicuaikan. Statistik dan fakta yang salah memberi gambaran yang tidak tepat. Apatah lagi apabila maklumat ini digunakan untuk menggubal dasar dan perancangan sosioekonomi negara. Dasar menjadi tidak kukuh dan matlamatnya akan tersasar.

Simptom-simptom yang disebutkan di atas merupakan signal bahawa kita berhadapan dengan cabaran yang berisiko tinggi. Jika dibiarkan, ia akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan impak kepada sosioekonomi rakyat. Untuk menyeimbangkannya, mekanisme kawalan melalui campur tangan kerajaan, ketelusan pemegang taruh dan kecekapan pasaran perlu diutamakan. Pihak berwajib perlu buat semakan semula terhadap sistem, dasar dan strategi berkaitan.

Salah satu pendekatan berkesan berdasarkan dapatan ilmiah ialah dengan mengamalkan sistem ekonomi dan kewangan Islam secara menyeluruh dan adil. Malaysia yang terkenal di peringkat dunia dengan ekonomi halal, sistem perbankan dan kewangan Islam boleh mengambil manfaat dalam bidang ini bagi memulihkan kemelut ekonomi yang berlaku. Tambahan pula, dilaporkan kedua-dua sektor ini berkembang dengan positif sekali kebelakangan ini.

Sekadar tinjauan awal, tahap perlaksanaan sistem ekonomi dan kewangan Islam di Malaysia masih terbelenggu dalam kerangka konvensional dan budaya kapitalis. Beberapa ujian asas boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada sistem ekonomi dan kewangan Islam sebenar dilaksanakan dengan memperhalusi asas kontrak dan bentuk urusniaga.

Ekonomi halal bukan sekadar penjenamaan bagi tujuan pemasaran tetapi penghayatan halal lagi baik (halalan thoiyyiba) yang sebenar dengan semangat mencari keberkatan dalam aktiviti ekonomi. Gelombang inilah yang menjadi teras kempen. Keberkatan wujud apabila pemain industri faham dan imani konsep halal seterusnya merealisasikan dalam produk dan perkhidmatan mereka. Dengan cara ini, perniagaan bukan mencari keuntungan semata-mata sehingga menghalalkan penipuan dan menyalahgunakan kehalalannya.

Fenomena yang sama berlaku dalam sesetengah sistem kewangan dan perbankan Islam. Sistem kewangan Islam sekadar hiasan luaran dengan nama dan warna keislaman tetapi tidak dari sudut prinsipnya. Sistem ini masih berada dalam belenggu konvensional yang menjadikan amalan riba, industri hutang dan faham ekstrem kapitalisme yang mengejar keuntungan semata-mata. Allah berfirman  mafhumnya: “Demikian itu adalah disebabkan sesungguhnya dahulu mereka telah berkata bahawa jual beli adalah sama dengan riba. Sementara Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (Surah al-Baqarah: 275).

Pada dasarnya sistem konvensional memindah risiko kepada pihak lain sedangkan sistem Islam pula berkongsi risiko sesama rakan kongsi atau pemodal. Oleh itu, kontrak pembiayaan kewangan umpamanya, perlu ada unsur perkongsian risiko. Apa yang berlaku dalam sistem perbankan konvensional atau Islam ialah aktiviti ‘menjual’ wang untuk mendapatkan wang dan faedah tambahan. Ini menjadikan sistem perbankan dan kewangan Islam hanyalah pintu belakang amalan riba.

Islam juga mewajibkan zakat bagi menyeimbangkan agihan pendapatan dan mengurangkan ketidakpuasan hati orang miskin terhadap orang kaya. Apabila orang kaya mengeluarkan zakat, kekayaan mereka bertambah kerana negara yang bebas dari kekacauan memakmurkan lagi urusniaga mereka. Jurang pendapatan yang mengecil boleh mengurangkan jurang perselisihan dan meningkatkan kestabilan sosioekonomi.

Selain jurang pendapatan, jurang ilmu pengetahuan dan ketelusan juga memainkan peranan penting memulihkan negara. Islam menekankan peri penting mengurangkan jurang ilmu, amanah dan tanggungjawab termasuklah ilmu pengetahuan tentang mengumpul data, perkiraan dan laporan.

Bagi menjamin pertumbuhan ekonomi berterusan, agenda dan aturannya perlu adil, telus dan mengutamakan kepentingan bersama secara bersepadu. Keberkesanan sistem ekonomi dan kewangan Islam bergantung kepada penghayatan sepenuh dari sudut konsep dan perlaksanaan. Mengorak langkah ke hadapan, sudah sampai masanya semakan semula sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia dibuat agar selari dengan tuntutan dan prinsip sebenar.

Masyarakat 5.0 dan konsep peradaban masa depan

Masyarakat 5.0 dan konsep peradaban masa depan

Dr Nor Azaruddin Husni bin Hj. Nuruddin 08/01/2020

Kita mungkin biasa mendengar mengenai Revolusi Industri 4.0 tetapi jarang kita mendengar mengenai Masyarakat 5.0 atau Society 5.0. Apakah yang dimaksudkan dengan Masyarakat 5.0?

Beberapa persoalan mungkin bermain di fikiran kita. Apakah Masyarakat 5.0 ini sama seperti Masyarakat Madani atau Civil Society yang pernah dipopularkan satu ketika dahulu iaitu sebagai satu masyarakat yang beradab dalam membangun, menjalani dan memaknai kehidupan? Menurut kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi madani ialah maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Masyarakat 5.0 atau Society 5.0  dicetuskan di negara Jepun.  Masyarakat 5.0 menggambarkan generasi ke-5 trend masyarakat dalam sejarah dunia berdasarkan kronologi bermula daripada masyarakat perburuan atau hunting society (Society 1.0), masyarakat pertanian atau agrarian society (Society 2.0), masyarakat industri atau industrial society (Society 3.0), masyarakat informasi atau information society (Society 4.0). Manakala, Masyarakat 5.0 menciptakan layanan, nilai-nilai dan cara baharu dalam kehidupan.

Secara lebih spesifik lagi, Masyarakat 5.0 ialah sebuah masyarakat yang dapat menguasai kehidupan di alam maya dan alam fizikal. Jika Masyarakat 4.0 hanya mampu mengakses maklumat atau berbagai-bagai bentuk informasi di alam maya tetapi Masyarakat 5.0 ini dapat menganalisa maklumat tersebut menggunakan “Kecerdasan Buatan” atau Artificial Intelligent (AI), dan hasil tersebut dikembalikan kepada manusia di ruang nyata dalam berbagai-bagai bentuk yang mengatasi kemampuan manusia. Kesannya, proses ini akan memberikan nilai baharu kepada industri dan masyarakat yang sebelum ini adalah mustahil dilakukan oleh manusia.

Jadi, perlu diwujudkan di negara ini persediaan bagi masyarakat kita menghadapi kelajuan dan perubahan pesat yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Sebelum ini tumpuan kita hanya kepada Revolusi Industri 4.0 atau lebih tepat lagi memberi tumpuan kepada teknologi tersebut. Namun, bagaimana kita hendak mempersiapkan masyarakat untuk menghadapi arus perubahan ini? Hakikatnya, kejayaan Revolusi Industri 4.0 dan Masyarakat 5.0 perlu seiring agar pembangunan yang dikecapi bersifat menyeluruh iaitu agar kita dapat membina dan mengembangkan persekitaran lestari masyarakat keseluruhan.

.

Masyarakat 5.0 ialah masyarakat pintar yang memberi penekanan integrasi teknologi pintar dan manusia. Masyarakat ini dikenali sebagai “mesin yang berjiwa” yang memberi penekanan kepada teknologi dan manusia berasaskan kepada teras-teras yang dikaitkan dengan Revolusi Industri 4.0 seperti Teknologi Pemprosesan Awan atau cloud dalam penyimpanan dan pemprosesan data, Internet of Things (IoT) yang menghubungkan deria pintar pada peralatan dengan sambungan internet, Sekuriti Siber bagi melindungi data dan meminimumkan risiko, dan Cetakan 3D atau 3D Printer yang memudahkan pembangunan prototaip, teknologi Drone, Kecerdasan Buatan (AI), Robotik, Intergrasi Sistem , Data Raya serta sebagainya.

Selain itu, ia “realiti berperantara” yang dapat mengabungkan dunia fizikal dengan dunia maya serta dapat menganalisis data raya perkhidmatan dan melakukan unjuran yang lebih tepat atau semakin menghampiri kebenaran. Dengan kata lain, setiap ramalan yang dihasilkan oleh AI semakin hari semakin tepat.

Perubahan pesat dalam industri memerlukan masyarakat menjadi penggerak dalam Revolusi Industri 4.0, justeru itu, mereka harus turut berubah.​ Masyarakat tidak harus terus kekal dengan cara lama kerana teknologi itu sedikit demi sedikit akan meninggalkan kita.

Di sini saya berikan beberapa contoh. Perkara yang berlaku satu ketika dahulu ialah apabila aplikasi teksi e-hailing diperkenalkan di seluruh dunia, masyarakat atau pemandu-pemandu teksi di Malaysia tidak dapat menerima perubahan ini. Mereka mengadakan demonstrasi dan mendesak kerajaan untuk campur tangan dalam hal ini. Ia adalah kerana gaya berfikir mereka masih lagi terikat dengan cara lama dan tidak lagi dapat menerima perubahan dalam sains dan teknologi.

Begitu juga jika kita lihat, restoran pada hari ini tidak hanya bergantung kepada pelanggan yang berbentuk fizikal semata-mata tetapi pelanggan maya yang begitu ramai. Mana-mana restoran yang tidak menggunakan aplikasi untuk memesan makanan akan ketinggalan. Pelanggan akan lebih  selesa untuk memesan makanan menggunakan aplikasi dan makanan akan segera dihantar ke rumah hingga ke depan pintu. Mereka tidak lagi perlu memandu ke restoran tersebut, menunggu dan mencari tempat parkir hanya semata-mata untuk memesan makanan.

Sistem pendidikan di universiti juga turut berubah. Saya masih ingat ketika saya mengambil pengkhususan bidang kimia di salah sebuah universiti tempatan, penuntut jurusan kimia ini “diwajibkan” untuk mengambil subjek-subjek wajib yang telah ditentukan oleh pihak universiti. Subjek-subjek tersebut seperti matematik, statistik, sains nuklear, geologi dan sebagainya. Jadi, subjek-subjek wajib ini yang akan menjadi gangguan kepada penuntut berkenaan kerana mereka tidak meminati langsung bidang tersebut.

Namun, kini suasana telah berubah. Pembelajaran di universiti pada masa akan datang dikenali sebagai pembelajaran “Juke Box” iaitu penuntut boleh memilih mana-mana subjek yang mereka minat daripada mana-mana universiti atau daripada mana-mana pensyarah yang mereka suka.

Sebagai contoh, jika penuntut ini telah merancang kerjaya sebagai usahawan dalam bidang keselamatan siber, penuntut ini hanya perlu mengambil subjek yang berkaitan dengan keselamatan siber, subjek-subjek keusahawanan dan seterusnya subjek-subjek yang berkaitan dengan akaun atau urusan kewangan syarikat. Subjek-subjek ini boleh diambil daripada satu universiti sahaja atau daripada pelbagai universiti dan yang menariknya mereka boleh memilih pensyarah atau”guru” yang mereka suka atau sesuai dengan mereka.

Satu ketika dahulu, hampir semua pelajar dalam aliran sains terutama daripada matrikulasi sains tidak berpeluang belajar mengenai perakaunan. Jadi, apabila mereka ingin menjadi usahawan atau menjalankan perniagaan sendiri  masalah utama yang mereka hadapi ialah tidak memiliki asas perakauan untuk menguruskan akaun syarikat. Apabila mereka berkhidmat sebagai ketua di mana-mana organisasi pula, mereka juga tidak mempunyai asas perakauan atau asas ekonomi. Maka, berlakulah ketirisan kewangan yang tidak diketahui.

Pemerintah Jepun telah mengambil selangkah ke hadapan untuk mempersiapkan masyarakat mereka bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0. Mereka percaya bahawa untuk mencapai transformasi yang lebih mampan, mereka perlu bangunkan modal insan atau masyarakat Jepun itu dahulu melalui agenda transformasi 5.0. Akhir sekali, penentuan hala tuju masyarakat yang hendak dibawa, agar dapat memenuhi aspirasi konsep peradaban masa depan.

Perdagangan Mata Wang Asing dalam Talian

Perdagangan Mata Wang Asing dalam Talian

Encik Mohd. Noor bin Omar 08/05/2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuka dimensi baharu dalam kehidupan. Ramai yang memanfaatkan aktiviti harian menggunakan kemudahan dalam talian. Selain pemasaran, pembelian, jualan, tempahan dan perbankan, aktiviti yang makin mendapat perhatian ramai ialah perdagangan dalam talian atau online trading. Perdagangan dalam talian melibatkan mata wang asing, nilai indeks saham, komoditi derivatif dan wang kripto sebenarnya tidak menepati ciri-ciri kontrak jual beli Islam malah terdapat unsur-unsur yang tidak diharuskan oleh syarak. Lebih mengelirukan lagi, ada sesetengah ejen syarikat broker memetik pandangan agamawan yang mengharuskannya dalam kempen merekrut pemegang akaun baharu.

Kekeliruan ini wujud disebabkan khilaf dalam membezakan antara pertukaran wang asing (foreign currency exchange) dengan perdagangan mata wang asing (forex trading). Pertukaran wang asing melalui pengurup wang berlesen adalah diharuskan dengan syarat penyerahan dibuat dalam masa yang sama (diistilahkan sebagai lani). Pertukaran ini jelas tidak menyalahi syarak malah diharuskan kerana mata wang asing yang ditukarkan tersebut diserah milik dan digunakan di negara berkaitan. Sedangkan perdagangan mata wang asing tiada tujuan lain kecuali mengaut keuntungan daripada perubahan harga dalam pasaran. Walaupun urus niaga ini satu lumrah bersifat antarabangsa, tetapi ia menyalahi kontrak jual beli yang dibenarkan syarak, serta mempunyai unsur-unsur yang ditegah oleh agama.

Pernyataan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (JKMKI ke-98 pada Februari 2012) dan beberapa fatwa negeri seperti Perlis (2016), Negeri Sembilan (2018) dan Sabah (2012) sependapat tidak mengharuskannya kerana muamalah ini melibatkan barang ribāwi (iaitu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah tertakluk di bawah hukum bay’ al-Sarf (jual beli mata wang). Perdagangan mata wang secara dalam talian melalui platform tempatan atau luar negara diharamkan kerana tidak berlaku serah milik, wujud unsur riba (melalui kemudahan leverage), gharar (ketidakjelasan iaitu dengan menggabungkan dua kontrak jual beli dan pinjaman) serta terdapat unsur maisir (judi) melalui aktiviti spekulasi (ramalan) nilai mata wang. Pandangan ini juga selari dengan fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUIN, 2002) dan Majma’ Fiqh Islami Sedunia (2006).

Wang merupakan perantara pertukaran bukan komoditi yang boleh dijual beli. Para ulama majoriti sependapat membuat ketetapan bahawa urusan wang adalah sama seperti hukum terhadap barangan ribāwi seperti emas dan perak. Para ilmuan Islam termasuk Imam al-Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Rusyd, Al-Qarafi dan terbaru Sheikh Taqi Usmani tidak mengharuskan dinar (emas) dan dirham (perak) yang dijadikan mata wang didagangkan seperti komoditi. Dalam perincian beliau, Mufti Taqi Usmani menjelaskan: “…transaksi ini tidak patuh syariah. Syarat utama tidak berlaku pindah milik, apa lagi terdapat unsur yang tidak selari dengan Syariah seperti dalam forward, short sales. Tambahan pula tujuan asal pertukaran wang asing adalah untuk kegunaan di negara yang berkenaan. Menjadikan mata wang didagangkan hanya untuk memperolehi keuntungan menyalahi falsafah ekonomi Islam.”

Berdasarkan dapatan ilmiah dalam banyak jurnal akademik menyimpulkan bahawa perdagangan forex dalam talian hukumnya haram kerana wujud spekulasi melampau yang mengandungi unsur judi, tidak memenuhi ciri qabd (pertukaran/penyerahan) walaupun secara hukmi, mengandungi riba melalui margin dan leverage. Lebih kritikal lagi, sebuah makalah ilmiah dalam kajian khususnya menolak perdagangan mata wang asing yang dimaksudkan walaupun disahkan sebagai Islamic forex trading atau patuh Syariah kerana ia hanyalah permainan istilah jika kontrak dan mekanisme dagangan adalah sama (Jones, 2015). Apa yang dikatakan sama ialah apabila wujud isu qard (hutang), leverage, riba al-nasi’ah, roll over interest, tidak berlaku qabd walaupun secara hukmi (iaitu mampu serah milik—menjual mata wang yang tidak dimiliki dan tidak boleh diserah milik), spekulasi bersifat judi dan tidak memenuhi syarat jual beli mata wang (bay’ al-sarf).

Perdagangan mata wang asing dalam talian dan skim yang seumpamanya dibuat terhadap nilaian indeks saham (Dow Jones, S&P500, Nasdaq), komoditi (Gold, WTICrude/Brent Oil) hanya mengambil posisi dalam Contract for Difference (CFD) tetapi tidak berlaku pindahan hak milik sempurna, mempunyai unsur tidak jelas dan syubhah. Berbeza dengan pembelian saham-saham syarikat antarabangsa seperti Apple, Amazon, TESLA, dan sebagainya diharuskan dengan syarat patuh syariah atau syarikat berkaitan memenuhi kriteria keputusan dan kelonggaran tertentu, secara khusus boleh dirujuk dalam keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (31 Disember 2019).

Pandangan-pandangan agamawan yang dikatakan mengharuskan sebenarnya telah dipetik di luar konteks dengan tanpa memperincikan kepada khilaf utama iaitu penggunaan terma “pertukaran wang asing” dan “perdagangan mata wang asing” yang dibincangkan di sini. Terdapat juga pandangan umum tentang keharusan pertukaran wang asing disuntingkan bagi maksud perdagangan mata wang asing. Manakala kenyataan-kenyataan lain, didapati merupakan pandangan umum mereka dalam syarat keharusan iaitu sekiranya tiada tegahan muamalah seperti ghish (tipu), dzulm (aniaya), riba, gharar (tidak jelas) dan maisir (judi).

Kesimpulannya, perdagangan mata wang asing atau skim seumpamanya seperti dagangan nilai indeks, komoditi berbentuk derivatif atau dagangan mata wang kripto dalam talian menggunakan metode yang sama adalah tidak dibolehkan di sisi syarak. Manakala tukaran wang asing dengan pengurup wang berlesen diharuskan dengan syarat penyerahan berlaku segera, dalam masa yang sama. Pembelian dan pemilikan saham-saham patuh syariah juga tiada halangan dari sudut syariat. Tujuan mendirikan syariat dalam muamalah tidak lain daripada memastikan matlamat akhirnya untuk kemaslahatan dan mengelak kerosakan dalam kehidupan.

70 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM AL-QURAN

70 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM QURAN

1. Jangan berkata kasar.

(QS 3 – Ali Imran : 159)

2. Tahanlah marah.

(QS 3 – Ali Imran : 134)

3. Berbaiklah kepada orang lain.

(QS 4 – An Nisaa’ : 36)

4. Jangan sombong dan congkak.

(QS 7 – Al A’raaf : 13)

5. Maafkanlah kesalahan orang lain.

(QS 7 – Al A’raaf : 199)

6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.

(QS 20 – Thaahaa : 44)

7. Rendahkanlah suaramu.

(QS 31 – Luqman : 19)

8. Jangan mengejek orang lain.

(QS 49 – Al Hujuraat : 11)

9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapak).

(QS 17 – Al Israa’ : 23)

10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapak).

(QS 17 – Al Israa’ : 23)

11. Jangan memasuki kamar pribadi ibu bapak tanpa izin.

(QS 24 – An Nuur : 58)

12. Catatlah hutang-hutangmu.

(QS 2 – Al Baqarah : 282)

13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.

(QS 2 – Al Baqarah : 170)

14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.

(QS 2 – Al Baqarah : 280)

15. Jangan makan riba’/membungakan uang

(QS 2 – Al Baqarah : 275-278. )

16. Jangan melakukan korupsi)

(QS 2 – Al Baqarah : 188)

17. Jangan ingkar atau melanggar janji

(QS 2 – Al Baqarah : 177)

18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu

(QS 2 – Al Baqarah : 283)

19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan

(QS 2 – Al Baqarah : 42)

20. Berlakulah adil terhadap semua orang

(QS 4 – An Nisaa’ : 58)

21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas

(QS 4 – An Nisaa’ : 135)

22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga

(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

23. Wanita memiliki hak waris

(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

24. Jangan memakan harta anak yatim

(QS 4 – An Nisaa’ : 10)

25. Lindungi anak yatim

(QS 2 – Al Baqarah : 220)

26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya

(QS 4 – An Nisaa’ : 29)

27. Damaikanlah orang yang berselisih

(QS 49 – Al Hujuraat : 9)

28. Hindari perasangka buruk

(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

29. Jangan memfitnah orang

(QS 2 – Al Baqarah : 283)

30. Jangan memfitnah orang

(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial(QS 57 – Al Hadid : 7)

32. Biasakan memberi makan orang miskin

(QS 107 – Al Maa’uun : 3)

33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah

(QS 2 – Al Baqarah : 273)

34. Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah

(QS 17 – Al Israa’ : 29)

35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu

(QS 2 – Al Baqarah : 264)

36. Hormatilah tamu anda

(QS51AdzDzaariyaat26)

37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri

(QS 2 – Al Baqarah : 44)

38. Jangan berbuat kerusakan di muka bumi

(QS 2 – Al Baqarah : 60)

39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid

(QS 2 – Al Baqarah : 114)

40. Perangilah mereka yang memerangi mu

(QS 2 – Al Baqarah : 190)

41. Jagalah etika perang

(QS 2 – Al Baqarah : 191)

42. Jangan lari dari peperangan

(QS 8 – Al Anfaal : 15)

43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)

(QS 2 – Al Baqarah : 256)

44. Berimanlah kepada para Nabi

(QS 2 – Al Baqarah : 285)

45. Jangan melakukan hubungan intim di saat haid

(QS 2 – Al Baqarah : 222)

46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh

(QS 2 – Al Baqarah : 233)

47. Jauhilah hubungan intim di luar nikah

(QS 17 – Al Israa’ : 32)

48. Pilihlah pemimpin yg pantas. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya

(QS 2 – Al Baqarah : 247)

49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya

(QS 2 – Al Baqarah : 286)

50. Jangan mau dipecah belah

(QS 3 – Ali Imran : 103)

51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini

(QS 3 – Ali Imran 3 :191)

52. Lelaki maupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya

(QS 3 – Ali Imran : 195)

53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu

(QS 4 – An Nisaa’ : 23)

54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki

(QS 4 – An Nisaa’ : 34)

55. Jangan pelit

(QS 4 – An Nisaa’ : 37)

56. Jangan iri hati

(QS 4 – An Nisaa’ : 54)

57. Jangan saling membunuh

(QS 4 – An Nisaa’ : 92)

58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan

(QS 4 – An Nisaa’ : 105)

59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan

(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

60. Bekerja samalah dalam kebenaran

(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran

(QS 6 – Al An’aam : 116)

62. Berlaku adil

(QS 5 – Al Maa-idah:8)

63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan

(QS 5 – Al Maa-idah : 38)

64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum

(QS 5 – Al Maa-idah : 63)

65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi

(QS 5 – Al Maa-idah : 3)

66. Hindari minum racun dan alkohol

(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

67. Jangan berjudi

(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain

(QS 6 – Al An’aam : 108)

69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu

(QS 6 – Al An’aam : 152)

70. Makan dan minumlah secukupnya

(QS 7 – Al A’raaf : 31)

Semoga  bermanfaat, C&P.

LELAKI TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA.

LELAKI TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA.

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. beliau berkata, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam telah Bersabda  :

إِنِّى لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى. فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ – قَالَ – فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا – قَالَ – فَيَقُولُ أَتَسْخَرُ بِى – أَوْ أَتَضْحَكُ بِى – وَأَنْتَ الْمَلِكُ » قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ. قَالَ فَكَانَ يُقَالُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً

“Sesungguhnya aku tahu siapa orang yang paling akhir  dikeluarkan dari neraka dan paling akhir masuk ke dalam syurga. Yaitu seorang laki-laki yang keluar dari neraka dalam keadaan merangkak.

Kemudian Allah berfirman kepadanya : “Pergilah engkau maka masuklah engkau ke dalam syurga.”

Ia pun mendatangi syurga tetapi ia membayangkan bahawa syurga itu telah penuh.

Ia kembali dan berkata : “Wahai Tuhanku aku mendatangi syurga tetapi nampak sepertinya ia telah penuh.”

Allah Berfirman kepadanya : “Pergilah engkau dan masuklah ke dalam syurga.”

Ia pun mendatangi syurga tetapi ia masih membayangkan bahawa syurga itu telah penuh.

Kemudian ia kembali dan berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah mendatangi syurga tetapi sepertinya telah penuh.”

Allah Berfirman kepadanya : “Pergilah engkau dan masuklah ke dalam syurga, kerana untukmu di dalam syurga seperti dunia dan sepuluh kali ganda darinya.”

Orang tersebut berkata : “Apakah Engkau memperolok-olokan aku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau adalah Raja ?”

Ibnu Mas’ud berkata : “Aku melihat Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam tertawa sampai kelihatan gigi geraham baginda. Kemudian baginda bersabda : “Itulah penghuni syurga yang paling rendah derajatnya.”

( Hadith Bukhari & Muslim )

Wallahua’lam C&P.

10 RESEPI HIDUP BAHAGIA

10 RESEPI HIDUP BAHAGIA :

1. Lepaskanlah Rasa Kuatir & Ketakutan.

Ketakutan & kekuatiran hanyalah imajinasi pikiran akan suatu kejadian di masa depan yang belum tentu terjadi, kebanyakan hal-hal yang Anda kuatirkan & takutkan tak pernah terjadi! It’s all only in mind.

2. Buanglah Dendam.

Dendam & Amarah yang disimpan hanya akan menyedot energi diri Anda & hanya mendatangkan KELELAHAN JIWA,maka segera BUANGLAH!!

3. Berhentilah Mengeluh.

Mengeluh berarti selalu tak menerima apa yang ada saat ini, secara tak sadar Anda membawa-bawa beban negatif.

4. Bila Ada Masalah, Selesaikan Satu Persatu.

Hanya inilah cara menangani setiap persoalan satu demi satu.

5. Tidurlah dengan Nyenyak.

Semua masalah tak perlu dibawa tidur. Hal tersebut buruk & tak sehat, biasakanlah tidur dengan nyaman.

6. Jauhi Urusan Orang Lain.

Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara sendiri untuk menangani setiap masalahnya.

7. Hiduplah Pada Saat ini, Bukan Masa Lalu.

Nikmati masa lalu sebagai kenangan, Jangan tergantung padanya. Konsentrasilah hidupmu pada kejadian saat ini, karena apa yg Anda miliki adalah saat ini, bukan kemarin, bukan besok.

“Be totally present”

8. Jadilah Pendengar Yang Baik.

Saat menjadi pendengar, Anda belajar & mendapatkan ide-ide baru berbeda dari org lain.

9. Berpikirlah Positif.

Rasa frustasi datang dari pikiran negatif.

Kembalilah berpikir positif. Bertemanlah dgn orang-orang yg berpikiran positif & terlibatlah dengan kegiatan positif.

10. Bersyukurlah.

Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang akan membawa Anda pada hal-hal besar.

Selamat MENUNAIKAN ibadah shalat dhuha semoga keberkahan senantiasa tercurah.  C&P.

4 JANJI ALLAH

4 JANJI ALLAH

Ini Allah ni yang berjanji, pasti DIA tepati..

1. Allah janji akan menjawab kalau kita berdoa kepada-Nya.

“Berdoalah kepadaKU, nescaya AKU perkenankan bagiMU.”(Ghafir ayat 60)

2. Allah janji akan menambah rezeki kalau kita bersyukur.

“Apabila Kalian bersyukur, Nescaya AKU tambahkan keatas kalian.” (Ibrahim ayat 7)

3. Allah janji akan mengingat kita kalau kita berdzikir mengingatNYA.

“Ingatlah (berdzikirlah) kepadaKU, nescaya AKU akan mengingatmu.” (AlBaqarah 152)

4. Allah janji akan mengampuni kalau kita beristighfar.

“Dan AKU tidak akan mengazab mereka, selagi mereka masih beristighfar kepadaKU.” (AlAnfal ayat 33)

Jom, kita buat 4 perkara ini; Berdo’a, Bersyukur, Berdzikir, Beristighfar. Semoga kita dapat apa yg Allah janjikan untutk kita 🤲  Senang kan nak bahagia, tenang dan berjaya.. 🙂

Semoga bermanfaat 🙂 C&P.

SEDIKIT TERTAWA BANYAK MENANGIS

SEDIKIT TERTAWA BANYAK MENANGIS

Ketawa dan menangis adalah sifat semula jadi yang ada pada seseorang. Kebiasaannya apabila seseorang ketawa itu tandanya dia gembira dan bahagia.  Namun banyak tertawa boleh membawa kepada kelalaian dan keras hati.

Tangisan pula adalah suatu perbuatan yang dekat dengan manusia. Bayi yang baru lahir dari perut ibunya, jika terdengar suara tangisan itu tanda kegembiraan buat ibu yang melahirkan.

Tangisan boleh menjadi kekuatan dan ia juga boleh menjadi sesuatu yang melemahkan.

Air mata keinsafan yang mengalir di malam yang sepi menjadi penyembuh jiwa bagi mendapat kasih Ilahi. Tangisan boleh menjadi ibadah. Tangisan boleh menjadi rawatan pada setiap kesedihan.

Rasulullah SAW mengingatkan kita,

عن أنس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ رَأَيْتُمْ مَا رَأَيْتُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا. قَالُوا: وَمَا رَأَيْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ  قَالَ: رَأَيْتُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ

Dari Anas katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” Para shahabat bertanya: “Apa yang engkau lihat ya Rasulullah SAW” Baginda menjawab: “Saya melihat Al Jannah dan An Naar.” (HR. Muslim Kitab Sholat no. 426)

Menangis kerana takut terhadap siksaan dan azab Allah dan tidak banyak tertawa adalah dituntut, kerana banyak tertawa menunjukkan kelalaian dan kerasnya hati.

Contohilah para sahabat kerana mereka adalah orang yang paling lembut hatinya, paling banyak pemahaman agamanya, paling cepat menyambut ajaran agama. Mereka adalah Salafus Solih yang mulia, maka selayaknya kita meneladani mereka.

Dengan mengingati hari pembalasan, syurga dan neraka akan menyebabkan hati kita sentiasa gerun dan takut lantas digerakkan untuk melakukan amal soleh dan menjauhi maksiat dan kemungkaran.

Kegerunan, rasa kekurangan dan keinsafan akan menyebabkan hati kita lembut dan mudah menangis untuk segera memohon keampunan dan bertaubat.

Semoga kita tergolong dalam salah satu daripada golongan orang yang mendapat naungan di hari yang tidak ada naungan di hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW, tujuh golongan yang mendapat naungan dihari yang tidak ada naungan dihari kiamat, satu daripada golongan tersebut:

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

“orang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya mengalir air mata” (Sunan Tirmidzi No: 2313)

Semoga mata yang berjaga di penghujung malam dan daripada kedua biji mata itu mengalir air mata keinsafan akibat kegerunan siksaan pada hari kiamat akan menjadi penghindar dari api neraka.

Create your website with WordPress.com
Get started