Isutzu Terjemah Quran ke Bahasa Jepun

Isutzu Terjemah Quran ke Bahasa Jepun

APABILA menyebut tokoh-tokoh dan ilmuwan Jepun, apa yang terlintas tentulah kecanggihan dalam kemajuan teknologi pembuatannya yang kini telah menguasai kehidupan seluruh warga penduduk dunia.

Yang jarang, malah langsung tidak diperkatakan umum mengenai ketokohan warga negara matahari terbit itu ialah dalam pengkajian serta keilmuan Islam.

Sebaliknya warga Jepun diketahui terlalu kuat berpegang dengan spiritual warisan budaya tradisi yang berasaskan anutan agama Buddha (zed Buddha).

Toshihiku Isutzu (1914-1993) adalah nama agak asing untuk dikait atau diletak dalam senarai nama-nama sarjana dan ilmuwan Islam pada abad ini.

Begitupun kedudukan Isutzu di kalangan ahli akademik dan para sarjana yang terlibat dalam pengajian serta pengkajian Islam dunia masa kini agak istimewa.

Bagi ahli akademik dan pengkaji pengajian Islam dunia, Profesor Isutzu adalah ‘pendakwah’ dan ‘ilmuwan’ sebenar dalam menyebar serta mengembangkan pemahaman tentang Islam.

Kegigihan dan kemampuan Isutzu dalam mendalami Islam membolehkan beliau menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Jepun memang wajar diberi penghormatan. Ini dilakukan pada tahun 1958.

Dalam bidang keilmuan, sukar untuk sesiapapun menyangkal malah menyaingi kemampuan Isutzu.

Keupayaannya menguasai dan mahir dalam lebih 20 bahasa milik bangsa-bangsa bertamadun utama dunia termasuk bahasa klasik Sanskrit, Hebrew, Persia, Cina, Turki dan Arab di samping pelbagai bahasa Eropah moden dianggap suatu misteri dan unik.

Terlibat dalam pembentangan pelbagai persidangan, syarahan, kuliah pengajaran, pengajian dan penyelidikan mengenai Pengajian Islam di universiti-universiti Asia, Asia Barat mahupun Eropah, nama Isutzu dicatat sebagai sarjana Islam sejati dalam sejarah hubungan Jepun-Muslim abad ini.

Menyedari betapa besar dan hebatnya semangat perjuangan serta sumbangan Isutzu terhadap Muslim di Jepun dan agama Islam keseluruhannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk pertama kalinya mengadakan perbincangan khas mengenai pemikiran yang beliau wariskan itu.

Karya ilmiah hasil pemikir dan ilmuwan legenda Jepun dalam Pengajian Islam itu dibincangkan pada Persidangan Antarabangsa Sarjana Islam Masa Kini: Pembabitan Bangsa Jepun Dalam Pengajian Islam Melalui Legenda Toshihiko Isutzu.

Persidangan tiga hari itu dikelolakan oleh Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kulliyyah Sains Kemanusiaan dan Penilaian Pemikiran Islam UIAM dengan kerjasama Yayasan Jepun.

Lebih 30 ahli akademik dan sarjana dalam pengajian Islam dari Malaysia, Jepun, Turki, Iran, India, Syria, Pakistan, United Kingdom dan Kanada terlibat dalam pembentangan yang berlangsung di bilik senat UIAM pada 5 hingga 7 Ogos lalu.

Hadir sama ialah Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Aidit.

Pada persidangan tersebut Prof. Dr. Mehmet Atalay berpendapat, Isutzu bukan jenis golongan orientalis.

Menurut beliau, Isutzu diibarat gabungan orientalis barat dan timur, tetapi tidak terpengaruh atau dipengaruhi budaya orientalis barat.

“Isutzu punya pendirian dan prinsip tersendiri malah merupakan intelektual terbaik dalam profesionnya serta mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap Islam.

“Kita mungkin boleh memaafkan kekurangan serta kelemahannya, tetapi tidak boleh melupa atau meminggirkan sumbangan hasil karya, pemikiran dan kajiannya mengenai Islam,” kata Dr. Atalay.

Malah pensyarah Universiti Istanbul, Turki itu menyifatkan Profesor Isutzu sebagai pelopor yang berpendirian dalam membicara serta menghasilkan kajian khusus terhadap falsafah dan ilmu kejiwaan (spiritual) keagamaan.

Menurut Dr. Atalay, Isutzu tidak seperti orientalis barat malah beliau tidak terpengaruh dengannya. Sebaliknya menghasilkan yang terbaik dalam profesion keilmuannya mengikut kefahaman, pengalaman serta pengamatan sendiri untuk dikongsi kepada masyarakat audiennya terhadap Islam.

Cuma beritahu beliau lagi, metodologi pengajian Islam itu sendiri perlu diteliti semula dengan lebih serius bagi mengelak konflik skop pengkajian kalangan sarjana orientalis dan bukan orientalis terhadap agama Islam.

Ini kerana tegas Dr. Atalay, sarjana dan ilmuwan Islam atau bukan Islam bebas untuk mengkaji mengenai Islam, tetapi mesti faham dan tahu membezakan antara yang tersirat dan tersurat dalam setiap isi kandungan al-Quran.

Isutzu pada fikiran Prof. Dr. Mohamed El-Tahir El-Mesawi pula, dianggap kurang memahami secara mendalam mengenai apa yang tersirat dalam kebanyakan kandungan al-Quran.

Kajian Isutzu menurut pensyarah di UIAM itu, terlalu dipengaruhi oleh pengalaman mendalam beliau terhadap ilmu kejiwaan atau spiritual penganut zed buddha serta agama semetik.

“Sikap dan cara berfikir serta kajiannya bersifat terlalu memahami keagamaan melalui kejiwaan dan budaya manusia penganutnya tanpa menyentuh secara mendalam mengenai bahasa al-Quran itu sendiri,” ujarnya.

Untuk itu tegas El-Mesawi, pemahaman yang mendalam terhadap al-Quran dan bahasa Arab sangat penting dalam metodologi Pengajian Islam.

Prof. Dr. Abdul Kabir Hussain Solihu pula berkata, memahami spiritual dan budaya agama semetik adalah jalan paling mudah untuk memahami al-Quran di kalangan yang tidak dilahirkan sebagai Muslim.

Isutzu menurut pensyarah UAIM itu, begitu menjiwai semangat spiritual dan budaya semetik terutama yang diamalkan kebanyakan Muslim.

Dalam masa yang sama tambah Abdul Kabir, beliau memahami al-Quran tetapi penjiwaannya sebagai pengamal spiritual zed Buddha sejak dilahirkan lebih kuat.

Tetapi dalam mertabat keilmuan Islam kata Dr. Abdul Kabir yang menjadi pembeza antara pemahaman spiritual dan budaya di samping kefahaman terhadap bahasa al-Quran adalah iman dan ketakwaan individu.

“Apa yang dilakukan oleh Isutzu adalah penghasilan analisisnya terhadap spiritual agama semetik, khususnya Islam dan zed buddha serta amalan budaya warisan penganut keagamaan yang pelbagai itu sendiri,” ujarnya.

Malah Prof. Dr. Ibrahim Zein berkata, pemikiran Isutzu relevan untuk semua khususnya ilmuwan dan sarjana Islam.

Kajian Isuztu bagaimana menurut beliau, lebih menjurus kepada bahasa al-Quran dalam aspek keajaiban, budaya dan tradisi, retorik serta kejiwaan manusia.

Bagi sarjana Jepun pula, Isutzu adalah satu-satunya legenda yang telah mewariskan keilmuan Pengajian Islam tidak ternilai harganya untuk bangsa mereka.

Lantaran itu Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie menyifatkan Isutzu sebagai ‘bapa’ kepada rakyat Jepun dalam Pengajian Islam.

Profesor Dr. Isutzu menurut Horie telah digelar sebagai ‘Bapa Yayasan Pengajian Islam Jepun’ kerana sumbangan dan pembabitan besarnya dalam membantu masyarakat Jepun memahami dan mempelajari Islam secara spiritual.

Sementara itu, Prof. Kojiro Nakamura dari Universiti Tokyo pula memberitahu, zed buddha yang dijiwai dan diamal sejak kecil di samping falsafah orientalis yang dikajinya menjadikan Isutzu bersifat lebih merendah diri dalam keilmuannya.

“Yang jelas Isutzu telah mengenengahkan metodologi tersendiri secara toleran dalam analisis mengenai keajaiban pada kesamaan dan perbezaan semangat serta amalan spiritual dan budaya beragama,” jelasnya.

Prof. Yoshitsugu Sawai pula berpendapat, pemikiran Isuztu memperlihatkan kepada kita bagaimana falsafah ketimuran mempengaruhi amalan semetik kehidupan nyata manusia.

Pensyarah Universiti Tenri, Jepun itu berkata, pemikiran falsafah ketimuran yang diketengahkan oleh Isutzu adalah berpandukan kepelbagaian pemikiran dan budaya tradisi masyarakat timur yang diiringkan dengan kemajuan semasa.

Malah katanya, metodologi semetik dan falsafah timur pada perspektif Isutzu saling berkait kerana pengkajian serta pemikiran falsafahnya meliputi semua agama semetik serta cabangnya di samping agama lain termasuk Buddha dan Hindu.

Dalam pada itu, tidak ada ahli panel menyentuh mengenai keislaman mahupun keimanan ‘legenda Islam Isutzu’ yang mewariskan naskhah kitab suci al-Quran dalam bahasa Jepun untuk rakyat negara matahari terbit itu.

Sebaliknya, kebanyakan mereka membayangkan keraguan masing-masing terhadap akidah serta pendirian ‘ilmuwan Islam’ Jepun itu mengenai kalimah syahadahnya sebagai Muslim meskipun mengakui kehebatan ‘keislaman’ beliau.

Ini jelas seperti yang dikatakan oleh Pensyarah dari Universiti Kanada, Prof. Dr. Ibrahim Abu Rabi di mana menurut beliau: “Sesiapa pun berhak mengkaji dan memahami al-Quran serta Islam dan mengakui keunikan, kehebatan mahupun kebenarannya. Tetapi soal akidah dan ketauhidan diri ia perkara lain.”

Sebabnya kata Dr. Ibrahim, sesiapa yang mengkaji Islam dan al-Quran dengan berfikir serta membuat analisis, mereka akan menemui kebenaran yang hakiki.

“Itulah yang berlaku di Eropah selepas peristiwa 11 September, di mana lebih 20 peratus masyarakat Barat telah mendaftar mengikuti Pengajian Islam,” ujarnya.

Malah tambah beliau, keilmuan adalah kuasa paling dominan untuk menyekat dan mengatasi persepsi buruk bukan Islam terhadap Islam dan mengembalikan Islam pada kedudukan sebenar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

http://mengenalislam.blogspot.com/

SAINTIS-SAINTIS TERNAMA MENGAKUI KEBENARAN QURAN DAN MUHAMMAD

SAINTIS-SAINTIS TERNAMA MENGAKUI KEBENARAN QURAN DAN MUHAMMAD

The greatest Scientists testify to scientific Facts in Quran.

These are short parts of many interviews with the Prominent Scientists in the TV-Program (it is the Truth) which organized by the World Organization of scientific miracles in the Quran, which was broadcast on the Qatari- Television for more than three consecutive hours..

This Program was made during the Eighth international Medical Conference in Saudi Arabia and other scientific Conferences at that Time.

The Scientists who were interviewed during this conference are:

1) professeur keith Moore (USA)

is an eminent Specialist in world fame in surgery and embryology. this professor wrote Anatomy Book named (the Human Development). this book was considered as the best Anatomy Book in the world, written by only one author.

2)Professeur Van Bersoud (canada)

is a professor of Anatomy, pediatry, and obstetrics-gynaecology and sciences of the reproduction at the University Manitoba in Canada. He was there the president of the Department of anatomy during 16 years. He is very recognized in his field. He is the author or the editor of 22 handbooks and he published more than 181 scientific articles. In 1991, he received price more distinguished allotted in the field of the anatomy in Canada, the J.C.B., Great Price of the Canadian Association of the Anatomists.

3)Professeur Joe Leigh Simpson (USA)

is a president of the Department of obstetrics-gynaecology, professor of obstetrics-gynaecology, and professor of human and molecular genetics in Baylor College of Medicine, in Houston, Texas, the United States.

4)Professor Marshal Jhonson

is a professor highly skilled of anatomy and biology related to the development at the university Thomas Jefferson on Philadelphia, Pennsylvania, the United States.

5)Professeur Gerald C (USA)

is a director of program and lecturer of medical embryology at the cellular Department of biology of the Medical school from the Georgetown University in Washington, the United States.

6)Professeur Youchedi Kuzane (Japan)

is a professor highly skilled at the University of Tokyo with Hongo, Tokyo, Japan, and he was already a director of the national astronomical Observatory with Mitaka, Tokyo, Japan.

7)Professeur Tejatat Tejasen (Thailand)

is president of Autopsy Department in the University Chiang Mai in Thailand.. he was a senior of the Faculty of Medicine of the same university.

He embraced islam after reading the Quran

8)Professor William W. Hay (USA)

is a very known maritime scientist. He is a professor of geological sciences at the University of Colorado with Boulder, Colorado, the United States. Previously, he was the senior of Rosenstiel School of Marine and Atmospheric Science at the University from Miami in Miami, Florida, the United States.

9)Professor Alfred kroner (Germany)

is one of the world’s renowned geologists. He is Professor of Geology and the Chairman of the Department of Geology at the Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany.

Watch the whole Program on google-video:

it was in arabic but all interviews were in english:

Part 1

http://video.google.de/videoplay?doci…

Part 2

http://video.google.de/videoplay?doci…

Part 3

http://video.google.de/videoplay?doci…

Part 4

http://video.google.de/videoplay?doci…

and here in german language (deutsch)

http://video.google.com/videoplay?doc…

http://video.google.com/videoplay?doc…

More Videos about scientific Facts in Quran (english):

Miracles of Quran:

http://video.google.com/videoplay?doc…

The Scientific Precision of the Qur’an by Professor Al-Najjar:

in french (français):

http://video.google.com/videoplay?doc…

http://www.aimer-jesus.com/temoignage…

Learn more about islam:

http://www.islamreligion.com/

http://www.islam-guide.com/

http://www.sultan.org/

http://www.miraclesofthequran.com/

http://mengenalislam.blogspot.com/search/label/ISLAM%20DAN%20SAINS

Kelebihan Bersembahyang Menurut Sains

Kelebihan Bersembahyang Menurut Sains

Solat Dari Pandangan Sains

* Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

* Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

* Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

* Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

* Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

* Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

* Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

* Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

* Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

* Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

* Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

* Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

* Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

* Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.Masya-Allah.

Sekian untuk renungan kita bersama

http://pcmansurah.blogspot.com/

http://mengenalislam.blogspot.com/search/label/ISLAM%20DAN%20SAINS

KEBAIKAN DAN DOSA

KEBAIKAN DAN DOSA

عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ.

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah berakhlak yang mulia. Manakala dosa adalah sesuatu yang mengelisahkan hatimu (ketika dosa tersebut dilakukan, hati gementar dan bimbang) serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.” (HR Muslim, No: 2553) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Fitrah manusia sukakan kebaikan juga inginkan kebaikan. Kebaikan itu adalah akhlak yang baik.

2. Akhlak yang baik terhasil daripada ketaatan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.

3. Hati yang tenang adalah jiwa yang memiliki nur (cahaya) sehingga dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah, perkara yang jujur dan yang bohong, perkara yang terpuji dan tercela, kerana itulah petunjuk yang datang daripada jiwa seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan. Sabda Nabi SAW:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ

Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. (HR Ahmad No:18006)

4. Manusia yang fitrahnya suka melakukan kebaikan akan menyebabkan hati tenang. Manakala perkara dosa pula akan menggementarkan hati. Apabila melakukan dosa, hati akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, berdebar-debar, resah gelisah, cemas, bimbang dilihat atau diketahui oleh orang lain.

5. Pelaku dosa sentiasa bimbang dan tidak mahu jika perlakuan buruknya diketahui oleh orang lain.

FIDYAH ATAU QADA’ PUASA

FIDYAH ATAU QADA’ PUASA

Ramai yang bertanya tentang bayaran fidyah terutama dari kalangan ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan orang tua yang uzur yang belum sempat menggantikan puasa ataupun tidak berkemampuan melaksanakan ibadah puasa.

Jom sama-sama kita fahami beberapa perkara berkaitan fidyah dan panduan pembayarannya.

a) Apa Maksud Qada’ Puasa?

Qada’ puasa ialah menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal atas sebab-sebab tertentu.

b) Apa Maksud Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

c) Apakah Hukum Membayar Fidyah?

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

d) Apakah Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah?

1. Meninggalkan puasa kerana tua

Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan  kesihatan tubuh badannya.

2. Meninggalkan puasa kerana sakit kronik

Orang yang sakit berpanjangan dan tidak diharapkan boleh sembuh berdasarkan pengesahan doktor perubatan.

3. Meninggalkan puasa kerana hamil

Wanita yang bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

4. Meninggalkan puasa kerana menyusukan anak

Ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

5. Meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit dan tidak qada’ puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak menggantikan (qada’) puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menggantikan (qada’) puasanya dan wajib membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan ganti puasa (qada’)

Mereka yang melambat-lambatkan ganti (qada’) puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan) dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

7. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

e) Bagaimana Kiraan Fidyah?

Kiraan fidyah dihitung dari berapa banyak hari puasa Ramadan yang ditinggalkan. 1 hari bersamaan 1 cupak.

Contoh:

(Hari yang ditinggalkan) X (1 Cupak) = FIDYAH

f) Berapa Kadar Fidyah?

a. Kadar fidyah adalah ¼ daripada zakat fitrah semasa mengikut beras yang dimakan di negeri Selangor pada tahun 2021 iaitu RM 2.00. Ini bagi mereka yang memakan Beras Super Tempatan Gred A. Jumlah ini termasuk 15% upah mengurus yang dibenarkan kepada Baitulmal untuk mengutip dan mengagih fidyah.

b. Bagi golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari seperti beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi, kadar fidyah dan upah mengurus adalah RM 4.00.

c. Manakala bagi individu yang memakan beras basmathi/beras jepun/beras merah, kadar fidyah dan upah mengurus adalah RM 6.00. 

d. Jika puasa yang ditinggalkan itu tidak diganti atau dibayar fidyahnya sehingga bulan Ramadan berikutnya, maka digalakkan untuk membayar fidyahnya secara berganda.

g) Bagaimana Membuat Bayaran Fidyah?

Di Selangor pembayaran fidyah boleh dilakukan di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Lembaga Zakat Selangor (MAIS):

1. Majlis Agama Islam Selangor:

Klik: http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

2. Lembaga Zakat Selangor

Klik: https://fpx.zakatselangor.com.my/v2/

Kedua-dua bayaran ini sama ada melalui MAIS atau LZS akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Harta Baitulmal sebelum diagihkan kepada fakir miskin.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita melunaskan hutang kita dengan Allah Ta’ala.

Sumber :

Sektor Baitulmal

Majlis Agama Islam Selangor