JAUHI DIRI DARI MENJADI HAMBA IBLIS LAKNATULLAH.

JAUHI DIRI DARI MENJADI HAMBA IBLIS LAKNATULLAH.

 Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (al-Imran-103)

Berpegang teguh dengan Tali Allah adalah bermaksud berpegang teguh dengan Agama Islam yang berpandukan Kitabullah dan Sunnah.  Larangan  berpecah-belah, iaitu jangan berselisih di antara  sesama Islam , hidup didalam satu jamaah yg tidak meminggirkan Sunnah.

Apa yg dapat dilihat sekarang umat Islam di Malaysia sedang mengalami  perselisihan dan perpecahan , ada yang menubuhkan kumpulan atau parti-parti berdasarkan semangat berpuak-puak kerana taksubkan bangsa atau pertubuhan demi perebutan kuasa ,pangkat serta kepentingan peribadi.

Jelas sekali mereka yang membuat onar menjadikan perpecahan Umat Islam sekarang telah melanggar perintah Allah serta tidak lagi menjadi hamba Allah malah menjadi hamba iblis yg dilaknati.

 Jika difikir segala onar yang ditunaskan olih pemimpin pemimpin parti politiklah yang menjadikan penyokong atau pengikut yg terdiri dari sebahagian rakyat Malaysia yg beragama Islam terpedaya terjun sama didalam kawah melanggar perintah Allah .

 Akibat pemimpin yang masing-masing mamandang sukunya, puak , kumpulan atau pertubuhannya lebih daripada yang lain dan hendak mengalahkan lawannya seperti dibayangkan oleh Allah terhadap suku Aus dan suku Khazraj jelas dapat disaksikan berlaku pada masa ini. Oleh yang demikian ada baiknya perkara-perkara yang membawa kepada perpecahan hendaklah dijauhi oleh semua rakyat Malaysia.

 Keseluruhan umat Islam Malaysia perlu memahami bahawa persaudaraan Islam itu adalah persaudaraan yang lahir dari takwa dan Islam yang menjadi tiang seri yang pertama, iaitu tiang seri yang berasaskan pegangan yang kukuh dengan tali Allah, iaitu dengan perjanjian-Nya, sistem-Nya dan agama-Nya dan bukannya persaudaraan yang lahir semata-mata bermasyarakat yang berlandaskan sesuatu fahaman yang lain atau kerana sesuatu matlamat yang lain atau persaudaraan yang berasaskan pegangan pada sesuatu tali yang lain dari tali-tali jahiliah yang banyak.

Umat Islam Malaysia juga perlu memahamI bahawa persaudaraan yang berpegang teguh dengan tali Allah ini merupakan suatu nikmat yang dibangkitkan Allah kepada angkatan jamaah Muslimin yang pertama, iaitu satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada para hamba yang sentiasa disayangi, dan di sini Allah mengingatkan nikmat ini kepada mereka.

Allah telah mengingatkan  bagaimana mereka di zaman jahiliah dahulu hidup bermusuh-musuhan antara satu sama lain seperti permusuhan yang paling tajam yang wujud di antara suku Aus dan Khazraj (di Madinah), iaitu dua suku Arab yang tinggal di Yathrib dan mereka berjiran dengan kaum Yahudi mendapat gelanggang yang sesuai dengan usaha kerja dan cara hidup mereka.

Kemudian Allah menjinakkan hati kedua-dua suku kaum ini dengan perantaraan agama Islam. Hanya Islam sahaja yang dapat memadukan hati yang berjauhan ini.

Hanya tali Allah sahaja yang dapat memberi pegangan kepada semua orang dan dengan nikmat itu mereka dapat hidup sebagai saudara.

Tiada yang dapat menyatukan hati melainkan persaudaraan kerana Allah, iaitu persaudaraan yang membuat segala dendam kesumat yang turun temurun dalam sejarah, segala pembalasan dendam, segala tamak haloba peribadi dan segala panji kaum itu kelihatan begitu kecil di samping persaudaraan ini dapat menyatupadukan mereka dalam satu barisan di bawah panji-panji Allah Yang Maha Besar dan Maha Tinggi.

Firman Allah s.w.t: “Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”

 Perselisihan yang semakin serius yang diusahakan oleh semua pemimpin politik yg mengaku  beragama Islam yg membuat onar dilihat dalam usha untuk menghapuskan hukum Allah yang telah ditetapkan. Perselisihan pemimpin  ini bersumberkan fikiran dan hawa nafsu yang ingin menetapkan hukum-hukum agama mengikut acuan mereka.

Seluruh umat Islam Malaysia perlu sedar bahawa pada masa sekarang suasana umat Islam Malaysia begitu rapuh ukhuwahnya. Hal ini menyebabkan musuh dapat menguasai umat Islam dari segenap aspek, sama ada politik, kuasa, ekonomi hatta corak kehidupan yang mereka jalani terpaksa mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.

Justeru itu, ayuh marilah semua umat Islam Malaysia bersatu padu dengan membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Usaha seperti ini hendaklah digembeleng bersama oleh pemerintah, ulama, pemimpin masyarakat, cendekiawan, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat hidayah Allah. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s