TEKS DOA PERBARISAN MAJLIS PERINGATAN HARI POLIS KALI KE-202

TEKS DOA PERBARISAN MAJLIS PERINGATAN HARI POLIS KALI KE-202

بسـم الــلــه الرحمـن الرحيم

الحمد لله رب العالمين لااله الاالله الحليم الكريم سبحان الله رب العرش العظيم والصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

Allahumma ya allah, engkaulah penyelamat segala sesuatu, darimu datangnya keselamatan, kepadamu jua kembalinya keselamatan, semoga engkau memelihara kami, sentiasa didalam keselamatan dan keamanan serta kesejahteraan.

Dengan hati yang penuh khuyuk dan tawadu’, kami menadah tangan memohon kehadratmu ya allah, semoga majlis kami ini mendapat limpahan rahmat dan keberkatan serta keredhaanmu.

ياالله   يارحمن  يارحيم  ياارحم الرحمين

Ya allah, kami bersyukur kepadamu dengan keizinanmu jua dapatlah kami berhimpun pada pagi yang penuh bersejarah dan bermakna ini bagi menyempurnakan majlis peringatan kali ke-202 penubuhan pasukan kami polis diraja malaysia organisasi penguatkuasa terulung dinegara ini yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam dan kesejahteraan pertiwi. Jayakanlah matlamat serta hala tuju kami ini. Ya rabbul izzati.

اللهم يـاغـنـى يـاحـمـيـد يـافـعـال لـمـايـريـد

Kami berhimpun bersama-sama pada pagi ini dengan hasrat dan doa  jadikanlah pasukan kami pasukan yang mantap dan berwibawa  dibarisi didalamnya pegawai dan anggota serta sekalian warga  yang berakhlak mulia, beriman dan bertaqwa tidak hanya mementingkan diri dan keluarga  tetapi mengutamakan kepentingan pasukan demi agama, pertiwi dan negara semoga dengan izinmu jua  terbentuklah sebuah pasukan yang mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian negara serta tercapailah visi dan misi yang dicitakan.

يا حي  يا قيوم  يا بديع السموات والأرض  ياذالجلأل  والأكرام

Ya allah, didalam mengharungi tugasan dan tanggungjawab kami terlalu banyak halangan dan cabaran terpaksa kami harungi dan tempuhi kejadian jenayah terjadi di sana sini angkara perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Undang-undang dan peraturan telah mereka cabuli justeru itu dengan rasa rendah diri dan harapan yang tinggi kami memohon kehadratmu ya ilahi. Tingkatkanlah kekuatan dan keimanan kepada seluruh ahli pasukan kami agar kami mampu menangani segala cabaran dan rintangan yang dihadapi. Bijaksanakan dan perkasakanlah akal budi kami supaya berupaya meyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi.

Tanamkanlah keimanan dan kesedaran dalam setiap hati masyarakat kami hubungan persaudaraan yang erat serta kasih mengasihi. Semaikanlah semangat tolong-menolong dan hindarilah ahli pasukan kami dari terlibat dalam sebarang perkara yang menyalahi sama ada perlakuan jenayah, dadah, gejala sosial dan sebagainya.

يا  الله  يا قدير  يا عظيم  يا حليم  يا جبار  انك على  كل  شيىء  قدير

Kami juga sedar dan insaf betapa sukar dan peritnya kesengsaraan yang telah dilalui sepanjang tempoh 202 tahun pejuangan ahli pasukan kami. Khususnya warga pejuang kami yang terdahulu ramai yang terkorban menabur bakti khususnya dalam menjaga keselamatan negara dan pertiwi . Justeru itu  kami bermohon kepada mu ampunkanlah segala dosa mereka dan tempatkanlah roh-roh mereka bersama-sama para syuhada, para anbiya’ serta mereka yang engkau kasihi.

Akhirnya ya allah, kami bermohon ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami. Dosa ibu bapa dan ahli keluarga kami, serta dosa ahli masyarakat kami baik yang hidup mahupun yang telah kembali kerahmatullah dan jadikanlah kami sekalian sebagai hambamu yang sentiasa hidup dalam maghfirahmu.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ولا تجعل فينا ولا معنا شقيا ولا محروما برحمتك يا أرحم الراحمين

ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار وأدخلنا الجنة مع الأبرار يا عزيز يا غفار يا رب العالمين وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمدلله رب العلمين.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s