DOA SEMPENA HARI KELUARGA

DOA SEMPENA HARI KELUARGA PDRM 2009

Allahumma Ya Allah Ya Tuhan kami, yang maha pemurah lagi amat mengasihani, sesungguhnya kami memohon petunjuk yang hasanah dengan keberkatanmu Ya Rabbi, kami memohon kekuatan dari kudratmu yang Maha Agung dan Tinggi.

Dengan limpahan rahmat dan kebesaranmu Ya Ilahi, kami bersyukur kepadamu dengan apa yang kami hajati, kerana dengan keizinanmu dapatlah kami berhimpun pada pagi ini, bagi mengadakan Perhimpunan Mahabbah sempena Hari Keluarga PDRM 2009 yang mana Engkau sahaja mengerti hasrat dan tujuan kami.

Ya Allah kami memohon kepadamu, jadikanlah perhimpunan Hari Keluarga PDRM 2009 ini sebagai satu perhimpunan yang barakah dan mendapat rahmat dari pada Mu Ya Allah,satu perhimpunan yang menyatukan ukhuwah kami Ya Allah,mudah-mudahan ikatan yang terbina di antara kami, akan mengeratkan silaturrahimd an persahabatan antara kami semua warga PDRM. Hasil dari ikatan dan ukhuwah kami ini Ya Allah, kami bermohon padamu Ya Allah agar kami dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai pegawai dan anggota serta warga PDRM yang berintegriti, berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dan seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada jabatan Pasukan polisdiraja Malaysia yang kami bernaungi.

Ya Allah hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji, jauhilah dari kami sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji, tanamkanlah ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam suasana semangat bekerjasama dan persaudaraan yang sejati, kearah mencapai kecemerlangan dan keredhaanmu Ya Ilah. Ya Allah, Engkau kukuhkanlah perpaduan di antara kami, kekalkanlah sifat mahu bekerjasama dan tolong menolong di antara kami,Engkau terimalah segala usaha dan khidmat kami ini, sebagai satu ibadah seperti mana yang Engkau kehendaki.

Akhirnya Ya allah Ya Karim, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, keluarga kami, dan para pemimpin kami, samada yang nyata atau yang tersembunyi, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi amat Mengasihani.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s