DOA SELAMAT

DOA SELAMAT I

______________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ وَفَّقَنَا لِطَاعَتِهِ  وَهَدَانَا لِعِبَادَتِهِ  وَخَصَّنَا بِرِسَالَةِ حَبِيْبِهِ وَرَسُوْلِهِ.  اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ صَلاَةً وَسَلاَمًا دَائِمَيْنِ مُتَلاَزِمَيْنِ إِلَى يَوْمِ  الدِّيْنِ. 

اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera.  Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْمَنِّ وَاْلإِحْسَانِ

Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi  sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.

اَللَّهُمَّ يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ

Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman.

اَللَّهُمَّ يَا مَالِكَ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang.

اَللَّهُمَّ يَا مَالِكَ يَوْمِ الدِّيْنِ

Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana.

Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan.  Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini .

اَللَّهُمَّ بِكَ نَسْتَعِيْنُ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، إِرْحَمْنَا يَارَبَّنَا فَإِنَّكَ أَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللَّهُمَّ وَسَلَّمَ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ  وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

DOA SELAMAT II

_____________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ اْلكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ   اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ  وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ  وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ  وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini  berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.

Semoga dengan rahmat itu ,

Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan . Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.

اَللَّهُمَّ يَا ذَالْجُوْدِ وَالْكَرَمِ

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami pohonkan limpah rahmat, taufik dan hidayah bagi pemimpin-pemimpin dan seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara supaya disanjung tinggi, bertaraf dunia dan disegani, di bawah ri’ayah-Mu dan naungan-Mu.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ  وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ  أَجْمَعِيْنَ   وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA SELAMAT III

_____________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَوْضَحَ لَنَا سَبِيْلَ الْهُدَى وَالرَّشَادِ وَجَعَلَ فِى اتِّبَاعِهِ السَّلاَمَةَ مِنَ اْلآفَاتِ وَالْمُهْلِكَاتِ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الْمَبْعُوْثِ إِلَيْنَا، خَيْرَخَلِيْفَةِ اللهِ فِى أَرْضِهِ وَأَحْسَنَ أُسْوَةٍ لَنَا نَقْتَدِيْ بِهِ   وَعَلَى ءَالِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَأَصْحَابِهِ الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَمَنِ اهْتَدَى بِهَدْيِهِمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

اَللَّهُمَّ يَا عَلِيْمُ يَا حَكِيْمُ

Ya Allah ya Tuhan kami , kami bersyukur tidak terhingga atas limpah kurnia-Mu dan memohon keberkatan yang berterusan dalam setiap perancangan dan seterusnya mengambil keputusan sebagai panduan dalam mentadbirkan urusan negara kami Malaysia yang tercinta ini dengan kemas dan teratur.  Semoga segala nikmat di bumi yang bertuah ini kami berjaya manfaatkannya sebagai meningkat dan memantapkan ekonomi negara kami.

اَللَّهُمَّ يَا قَدِيْرُ  يَا قَوِيُّ يَا مُهَيْمِنُ

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon peliharakanlah hamba-hamba-Mu dalam sihat wal’afiat dan aman sentosa sepanjang hayat.

اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْجُوْدِ وَالْكَرَمِ

Ya Allah, kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam semua tingkatan Persekutuan dan Negeri, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat, berkerjasama bermuafakat untuk memaju dan memakmurkan Negara dan mempertahankan kesucian agama kami, membimbing rakyat kearah mencapai wawasan negara 

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ   وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA SELAMAT IV

____________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَمَرَنَا بِالشُّوْرَى تَكْرِيْمًا لِلْعُقُوْلِ وَتَأْلِيْفًا لِلْقُلُوْبِ وَتَقْدِيْرًا لِحُرِّيَّةِ الرَّأْيِ وَحِفْظًا لِلأُمُوْرِ مِنَ الْخَطَإِ وَالزَّلَلِ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِ اْلأَنْبِيَاءِ وَإِمَامِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَمَنْ دَعَا بِدَعْوَتِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

اَللَّهُمَّ يَا رَبَّ الْكَائِنَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَاتِ

Ya Allah kami memohon agar pertemuan mesyuarat ini dianugerahkan hidayah dan taufik agar urusan harian kami berjalan dengan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.

Ya Allah, kami dipertanggungjawabkan dengan amanah yang berat, maka anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.

اَللَّهُمَّ يَا اَلله ُ

Jadikanlah majlis ini sentiasa mendapat pertunjuk ke jalan yang diredhai serta hindarkanlah hati-hati kami dari sifat-sifat buruk yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan.

اَللَّهُمَّ يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ وَيَا مُنْزِلَ الْبَرَكَةِ وَالرَّحْمَةِ

Selamatkanlah kami dan jadikanlah zaman ini zaman yang bertambah-tambah aman dan tenteram semoga negara kami terus maju lagi makmur dan rakyat dapat hidup bersatu, bantu-membantu di antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama.

اَللَّهُمَّ حَسِّنْ حَالَتَنَا السِّيَاسِيَّةَ وَاْلإِقْْتِصَادِيَّةَ وَاْلإِجْتِمَاعِيَّةَ إِلَى أَحْسَنِ حَالٍ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَبِاْلإِجَابَةِ جَدِيْرٌ.

اَللَّهُمَّ ءَامِنَّا فِى وَطَنِنَا وَأَصْلِحْ أَحْوَالَنَا وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا وَخُذْ بِأَيْدِيْنَا وَبِأَيْدِيْهِمْ إِلَى مَافِيْهِ خَيْرُنَا وَخَيْرُ وَطَنِنَا وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمِ وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

                                                                                                                                DOA SELAMAT V

___________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ   اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ  وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ  وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ  وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.

Ya Allah ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami berhimpun di majlis yang mulia dan bersejarah ini memohon rahmat dan hidayah dari sisi-Mu.

Semoga dengan rahmat itu,

Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Ya Allah, kami memohon taufiq dan hidayah-Mu dalam setiap perkara dan restuilah perancangan dan pembangunan yang disusun dan diatur oleh kami dalam usaha memajukan negara kami.  Bimbinglah para pemimpin kami yang memikul amanah dan tanggungjawab dalam pentadbiran negara kami dengan sinaran petunjuk-Mu yang berterusan.  Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.  Hindarkanlah kami sekalian dari segala malapetaka dan sifat-sifat keji, hasad-dengki, boros, dan semua sifat negatif. Ya Allah selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.  Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.

اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْجُوْدِ وَالْكَرَمِ

Kami pohonkan limpah rahmat, taufiq dan hidayat bagi pemimpin kami di segenap lapisan dan seluruh rakyat negara yang tercinta.  Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara dan agama supaya disanjung tinggi dan disegani.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}  وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ  وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ   وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA SELAMAT V

__________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَ إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ  وَنَسْتَوْدِعُكَ دِيْنَنَا  وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَنَا وَأَمْوَالَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا  اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِى كَنَفِكَ  وَأَمَانِكَ وَجِوَارِكَ  وَعِيَاذِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ  وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ  وَذِى عَيْنٍ وَذِى بَغْيٍ  وَشَرِّ كُلِّ ذِى شَرٍّ  إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Ya Allah, kami pohon perlindungan dari-Mu dari segala hasutan syaitan mahu pun kejahatan insan, kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup dalam aman dan tenteram, selamatkanlah kami dari segala keburukan, jauhkanlah kami dari segala bala, wabak mahu pun penyakit yang menyusahkan.

اَللَّهُمَّ يَا مُتَوَلِّيَ السَّرَائِرِ

Ya Tuhan kami, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan sanubari kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini, kami mengakui dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang kebesaran dan kekuasaan-Mu ya Allah. Lantaran itu kami menadah tangan di samping memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan, kami juga ingin melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat keselamatan dan  kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan.                                                           

اَللَّهُمَّ يَا دَائِمَ اْلإِحْسَانِ

Ya Allah, Engkaulah yang lebih mengetahui tentang hati dan perasaan kami, kami yakin bahawa hanya kudrat dan iradat-Mu sahaja yang dapat menyelamatkan kami dari segala rupa bentuk keburukan mahu pun bala bencana, hanya kekuasaan-Mu jua yang telah menyelamatkan kami dari segala maksiat mahu pun wabak yang sedang melanda kami.     

Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu  kami harapkan, Rahman    dan Rahim-Mu kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi dengan sepenuh riayah dan pemeliharaan-Mu, kami akui bahawa kami sentiasa terdedah kepada bahaya dan keburukan, lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai hasad dengki di atas sedikit kelebihan yang dikurniakan kepada kami, justeru itu, kami pohonkan ya Allah, Engkau peliharakanlah serta hindarkanlah kami daripada segala bahaya dan keburukan itu.          

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ      

Sekiranya keburukan telah Engkau qadha ke atas kami, sekiranya kecelakaan telah Engkau tetapkan akan menimpa kami, maka dengan Rahman dan Rahim-Mu ya Allah kami pohonkan, hindarkanlah kami dari segala  keburukan dan kecelakaan itu, agar dapat kami hidup lebih bererti dan lebih bermakna.    

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلأخِرَةِ اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ.

اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا  وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً  ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً {رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ   وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s