DOA HARIAN

DOA HARI ISNIN

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ.

Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar nabi muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ

Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami  melahirkan kesyukuran kepada-mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia di negara ini.

يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ

Kami memohon restu dan kasih sayang-mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI SELASA

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ اَّلذِيْ فَضَّلَنَا عَلَى سَائِرِ اْلأُمَمِ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ  المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ.

Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas semulia – mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat – sahabat baginda sekalian.

يَا اَلله ُيَا خَبِيْرُ

Dihari yang mulia ini, kami memohon taufiq dan kesejahteraan dari mu.  Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, imam dan cetusan idea yang bernas bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan supaya ianya dapat memenuhi ekspektasi pelanggan dan jabatan.

يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ

Engkau tunjukkanlah kami ke arah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup sihat kami dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang supaya bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI RABU

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا  يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ 

يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.

Segala puji bagi allah yang mentadbir sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas semulia–mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar nabi muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat–sahabat baginda sekalian.

يَا اَلله ُيَا خَبِيْرُ

Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, iman dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan.  Jadikanlah kami insan yang berpandangan jauh, komited dengan kehendak dan perubahan zaman.  Berilah kami kesihatan agar dapat bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada agama, bangsan dan negara malaysia yang tercinta ini agar kedaulatan tanah air kami teguh terpelihara.

يَا اَلله ُ يَا قُدُّوْسُ

Engkau tanamkanlah didalam hati kami sifat amanah, bertanggungjawab dan keimanan yang mantap.  Pertingkatkanlah iktikad dan amalan kami agar taat mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima dugaan dan ikhlas menyempurnakan amanah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI KHAMIS

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas semulia – mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat – sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Dihari yang mulia ini, kami memohon ke hadrat mu, berilah kami kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami semua supaya kami dapat memperbaiki diri kami.  Tambahkanlah ya allah kepada kami ilmu, iman dan amal.  Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat dengan pasukan polis diraja malaysia ini dengan lebih cekap dan cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada Mu Ya Allah, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang diberkati, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI JUMAAT

 

بِسْمِ اللهِ الرّحْمـنِ الرَّحِيْمَِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas semulia – mulia para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat – sahabat baginda sekalian.

يَا اَلله ُ يَا قَهَّارُ

Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon ke hadrat mu, satukanlah dan perteguhkanlah hati – hati kami dibawah keredhaanmu. Lahirkanlah perasaan persaudaraan,  berkasih sayang, bermuafakat.  Tanamkanlah ke dalam jiwa kami sifat sabar, tekun dalam melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan serta dipermudahkan segala urusan kami.

يَا اَلله ُ يَا مُجِيْبُ

Engkau jadikanlah perkhidmatan Polis Diraja Malaysia di negara ini, sebagai perkhidmatan yang berkualiti lagi cemerlang, agar dengannya dapat menjadikan negara kami maju dalam segala bidang, agar ianya menjadi negara yang unggul, disegani, bertaraf dunia dan mendapat keredhaan Mu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI SABTU

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْء ٍعِلْمًا وَأَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

يَا اَلله ُ يَا كَرِيْمُ

Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaan-mu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terapkanlah amalan kerja yang baik agar kami jadikan ia sebagai ibadah yang berterusan dan jauhkanlah sifat tercela, bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayah-mu agar dapat kami jadikannya sebaik-baik penghayatan.

يَا اَلله ُ يَا فَتَّاحُ

Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar  agar kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

DOA HARI AHAD

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ  اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ  وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ  وَاغْفِرْلَنَا وَاهْدِنَا وَلاَ تُؤَاخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا  يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ

Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan keredhaan dari-mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini diterima serta mendapat kerahmatan dari-mu Ya Allah.

اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ

Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar  sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Jadikanlah perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s