5 CARA PANDANG TERHADAP SESUATU SITUASI.

5 CARA PANDANG TERHADAP SESUATU SITUASI.

Dengan izin Allah, akan berubah juga keadaan hati. Jom, muhasabah diri:

1. KETIKA DIBERI NIKMAT

“Sebenarnya, saya tidak layak untuk nikmat ini. Allah Maha Mengetahui segala dosa dan keaiban saya. Namun, atas rahmat Allah Yang Maha Baik nikmat ini sampai kepada saya.”

2. KETIKA DIBERI HIDAYAH

“Sebenarnya, bukan saya yang sedar. Allah Yang Maha Baik memberi kesedaran kepada saya. Jika bersandar kepada diri, saya tidak kuat untuk merasa walau sedikit kesedaran.”

3. KETIKA DIBERI UJIAN

“Ya, ini memang salah saya. Ini kerana dosa-dosa saya. Ya Allah, jadikanlah diriku hamba-Mu yang sabar. Ampunkanlah dosa-dosaku asbab ujian ini. Aku redha ini jalan untuk mendapat pengampunan-Mu.”

4. KETIKA MELIHAT ORANG LAIN DIBERI NIKMAT

“MasyaAllah. Allah memberkahi rezekinya sehingga dia layak mendapat nikmat itu. Ya Allah, tambahkan lagi keimanannya kepada-Mu.”

5. KETIKA MELIHAT ORANG LAIN DIBERI UJIAN

“Subhanallah. Dia insan terpilih. Ujian itu tanda kasih sayang Allah. Insya-Allah, semakin ringan hisabnya di akhirat. Allah sedang meningkatkan darjat dia di sisi-Nya.”

Dengan cara pandang sebegini,

Kita tiada peluang untuk mengangkat diri sendiri

Kita tiada peluang untuk merendahkan orang lain

Dengan mendoakan diri sendiri dan orang lain,

Ketika dalam nikmat dan ujian..

Kita sentiasa bersangka baik kepada Allah

Kita sentiasa bersangka baik kepada manusia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s