Menghindari Hati Yang Keras

Menghindari Hati Yang Keras

Hati yang keras akan mengakibatkan munculnya pelbagai penyakit hati seperti sombong, keras kepala, dengki, khianat, dia saja yang betul, orang lain salah serta pelbagai penyakit hati lainnya. 

Berusahalah menghindari hati yang keras, antaranya dengan:

1.  Sentiasa Bersyukur

Jadilah orang yang bersyukur dengan  sering menyantuni orang yang lemah seperti anak yatim, orang miskin.

Rasulullah SAW bersabda;

أتَى النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم رجلٌ يشكو قسوةَ قلبِه قال أتحِبُّ أن يلينَ قلبُك وتُدرِكُ حاجتَك ارحَمِ اليتيمَ وامسَحْ رأسَه وأطعِمه من طعامِك يلِنْ قلبُك وتُدرِكْ حاجتَك

Suatu hari, seorang sahabat datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu: Akhir-akhir ini aku merasakan hatiku keras, Rasulullah SAW kemudian bersabda, “Mahukah engkau aku beritahu cara untuk melembutkannya dan keinginanmu tercapai? Sayangilah anak-anak yatim, usaplah kepalanya, berikanlah mereka makanan dari makananmu, nescaya (hal demikian) akan melembutkan hati dan mendapatkan hajatmu.” (HR Thabrani 2/676).

2.  Sering Menziarahi Kubur

Satu daripada sunah yang disuruh oleh Rasulullah kepada kita adalah menziarahi kubur. Antara tujuannya agar kita dapat mengingati kematian dan hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ أَلا فَزُورُوهَا فَإِنَّهُ يَرِقُّ الْقَلْبَ وَتَدْمَعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الآخِرَةَ

“Aku pernah melarang kalian ziarah kubur. Sekarang berziarahlah. Sebab sesungguhnya ia akan melembutkan hati, mengalirkan air mata, dan mengingatkan akhirat.” (HR Al Hākim no.1393) Status: Hadis Sahih

Ziarah kubur dengan tujuan mengingati kematian serta akhirat adalah sesuatu yang dianjurkan. Dengan mengingati kematian, seseorang akan sentiasa sedar bahawa kehidupan di dunia ini sementara. Kematian boleh menjemput bila-bila waktu. Ia akan menjadikan hati kita insaf dan sedar. Jauh daripada sifat sombong dan bongkak.

3.  Bersegera Melakukan Kebaikan.

Rasulullah SAW menganjurkan untuk setiap kita bersegera dalam melakukan amal kebaikan, jauhi dari  sifat malas.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Segeralah beramal dengan amalan kebaikan sebelum tiba tujuh perkara. Apakah yang kamu nantikan selain papa yang melupakan atau kekayaan yang menyombongkan atu penyakit yang merosakkan atau tua yang nyanyuk atau mati dengan tiba-tiba atau tibanya dajjal yang merupakan sejahat-jahat makhluk yang di tunggu-tunggu atau datangnya hari kiamat. Maka hari kiamat itu adalah lebih berat dan lebih mengerikan”. (HR Tirmizi)

Rasulullah SAW kemudian mengajarkan kita untuk berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

“Ya Allah, aku berlindung padamu dari kelemahan dan rasa malas.”

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

21 Peristiwa-Peristiwa dalam Zulhijjah

Peristiwa-Peristiwa dalam Zulhijjah

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan Haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam lipatan sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhuwwah umat di dalam meneruskan perjuangan Baginda SAW. Antara peristiwa tersebut adalah:

1. Peristiwa “Penyembelihan” Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mendapat wahyu melalui mimpinya agar disembelih Nabi Ismail. Bahkan, Nabi Ismail juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa sebarang bantahan.

Pengorbanan bapa dan anak ini membuktikan ketaatannya akan perintah Allah SWT lalu diabadikan dalam sejarah umat Islam menjadi ibadah sembelihan korban yang saban tahun diadakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

2. Barang dagangan. Nabi Muhammad SAW membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

3. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

4. Peperangan As-Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi SAW keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

5. Penghantaran tentera. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

6. Kelahiran Ibrahim putera Nabi SAW pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

7. Haji Wida’. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi SAW mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

8. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi SAW pada tahun 12 Hijrah.

9. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

10. Palestin? Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

11. Kematian. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab mati syahid dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

12. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.

13. Kematian Saidina Uthman bin Affan. Pada 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah, Saidina Uthman bin Affan meninggal dunia.

14. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

15. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

16. Salehuddin Al-Ayubi Menawan Kubu Musuh. Pada 11 Zulhijjah tahun 571 Hijrah, Salehuddin Al-Ayyubi berjaya menawan kubu pihak musuh setelah berlakunya pengepungan selama 38 hari.

17. Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang “syaikhul muhaqqiqin” (penyelidik besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah “Al-Kitab” karya Sibaweih, “Al-Hayawan” karya Al-Jahiz  dan “Khazanah al-Adab” karya al-Baghdadi.

18. Kelahiran Ulama’, Pada 5 Zulhijjah 1335H lahir seorang pendakwah, muslih, faqih dan mujaddid Syeikh Muhammad al-Ghazali di Mesir dan menamatkan pengajiannya di Al-Azhar.

Beliau menghabiskan usianya dengan menjalankan dakwah dan memusatkan dakwahnya dalam hal membaharui iman kepada Allah, memerangi kezaliman, seruan kepada keadilan, membebaskan dan membangkitkan umat.

19. Pemangkatan, pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus.

20. Penulis Kitab sirah terkemuka meninggal. Pada 11 Zulhijjah 207 seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazi dan Sirah. Penulis kitab “Al-Maghazi”. Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.

21. Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan “Al-Khatib al-Baghdadi” yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah “Tarikh Baghdadi”.

Ini adalah sebahagian dari Peristiwa du bulan Zulhijjah. Moga terus membuatkan Kita cakna kepada bulan Islam dan Peristiwa dalam diari sejarah Umat Islam.

Amalan Bulan Zulhijjah

Amalan Bulan Zulhijjah

Hari ini kita telah memasuki bulan Zulhijjah, bulan yang terkenal dengan ibadah Haji dan Korban.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini -baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.” Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda; “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757).

10 awal ZulHijjah ini merupakan hari-hari yang dimuliakan oleh tuhan,  digandakan ganjaran amalan padanya dan disebut sebagai hari yang paling disukai Allah SWT.

Ini adalah peluang kita untuk menebus kekurangan dan kekhilafan diri pada masa lalu. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ketaatan padaNya, dengan harapan bahawa dosa-dosa kita diampunkan dengan gandaan ganjaran amalan dalam tempoh istimewa ini.

Berpuasa, berzikir, beristighfar, tilawah, berselawat serta bermacam kebaikan yang seharusnya kita laksanakan sedaya mampu sepanjang 10 hari ini. Paling kurang jangan kita terlepas daripada Puasa Arafah (tanggal 9 ZulHijjah – ganjarannya keampunan dosa setahun lalu dan setahun mendatang).

Moga Allah golongkan kita dalam kalangan orang yang tidak lalai dan sempat merebut peluang keemasan ini, sebelum baki umur kita ditamatkan tempohnya di dunia.

Ubat Pelembut Hati

Ubat Pelembut Hati

Kita biasa dengar kalimah apabila berhadapan dengan seseorang:

Kenapalah dia ni keras sangat hatinya?

Kenapalah susah sangat nak berubah?

Setiap kita mengharapkan agar memiliki hati yang lembut.  Hati yang lembut bukan bermakna kita lembik dan lemah. Hati yang lembut sentiasa merasakan rendah hati, tidak sombong dan prihatin serta peduli terhadap orang lain. Hati yang lembut akan segera bertaubat jika melakukan kesalahan. Hati yang lembut akan segera melakukan kebaikan dan amal soleh. Hati yang lembut merupakan cerminan hati yang bersih.

Antara ubat untuk memiliki hati yang lembut:

1. Menangis Di malam Hari

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ….

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Tujuh golongan yang akan mendapat naungan pada hari tiada naungan selain naungan Allah: (satu daripadanya)… dan seorang yang berzikir kepada Allah dengan menyendiri lalu kedua matanya menitiskan air mata” (HR Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih

Kata Ibnu Qayyim:

يُحْيُونَ لَيْلَهُمْ بِطَاعَةِ رَبِّهِمْ بِتِلاَوَةٍ  وَتَضَرُّعٍ  وَسُؤَالٍ

Mereka menghidupkan malam hari dengan mentaati Tuhan mereka, iaitu dengan membaca al-Quran, mendekatkan diri dan memohon kepadaNya

وَعُيُونُهُمْ تَجْرِي بِفَيْضِ دُمُوعِهِمْ   مِثلُ انْهِمَالِ الوَبِلِ الهَّطَالِ

Sedang mata mereka mengalirkan air mata yang deras bagaikan derasnya air hujan yang lebat

2. Membaca al-Quran

اقـرؤاالقـرءان وابكوا فان لـم تبكوا فتبـاكـوا

Bacalah al-Quran dan menangislah! Apabila tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis” (HR Ibnu Majah: 1237)

3. Banyak Berzikir

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzab: 41).

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring” (An-Nisa: 103).

4. Mengingati Kematian

Muhammad Ahmad ar-Rasyid menyatakan dalam kitabnya al-Raqaiq:

Dalam mengejar kehidupan kita tidak terlepas berada di dalam kancah persaingan – antara mencari keperluan dunia dengan bekalan akhirat. Oleh itu kita perlu mengimbangi dengan sifat qanaah (berpada) dan syajaah (keberanian) agar kehidupan terpantau.

Tidak ada cara baru untuk membawa muslim memiliki pandangan sederhana melainkan dengan mengingatkan terhadap kematian

Ketika Rasulullah menjawab pertanyaan sahabat siapa yang paling cerdik di kalangan mereka, lalu baginda menjawab:

أَكْثَرُهُم للْمَوتِ ذِكْرًا .  وَأَحْسَنُهُم لِمَابَعْدَهُ إِسْتِعْدَادًا أُلَئِكَ الأَكْيَاسُ

 “Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persediaan mereka selepas mati. Mereka itulah yang paling cerdik” Riwayat Tabrani, Ibn Majah dan Baihaqi

Uwais Ibn Amir al-Qarni (ahli zuhud di kalangan Tabiin) pernah menyatakan pada penduduk Kufah:

 يَا أَهْلَ الكُوفَة : تَوَسَّدُوا المَوتَ إِذَا نِمْتُمْ ، وَاجْعَلُوهُ نُصْبَ أَعْيُنِكُم إِذَا قُمْتُم

“Hai penduduk Kufah, berbantallah dengan kematian bila kamu tidur dan jadikanlah kematian berada di depan matamu bila kamu bangun”

JOM ubati hati agar sentiasa memiliki hati yang lembut

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

TIGA RAHSIA KEMATIAN

” ADA TIGA RAHSIA KEMATIAN “

① Rahsia WAKTU :

Kita tak akan pernah tau bila kematian akan menjemput kita.

② Rahsia TEMPAT :

Kita tak akan pernah tau Di mana kematian akan menjemput kita..

③ Rahsia CARA :

Kita tak akan pernah tau dengan Cara apa kematian menjemput kita..

الله سبحانه وتعالى

merahasiakanya agar kita selalu siap setiap saat..

Kematian adalah sesuatu yang pasti terjadi, oleh kerana itu..

~ > Jangan menunda amal ibadah..!!

~> Jangan menunda nunda taubat..!!

~> Jangan menunda perbaikan diri..!!

~> Jangan main-main dengan maksiat..!!

~> Jangan sia-siakan mereka orang yang kita Cintai..!!

~> Jangan lepaskan orang yang sayang dan mengajak kita kepada kebaikan

~> Jangan putuskan silaturahim dan bersabarlah dalam harungi samudra hidup

Semoga diakhir hayat kita Husnul Khatimah..

Ketenangan dan Ketenteraman

Ketenangan dan Ketenteraman

Setiap kita mendambakan kebahagiaan. Bahagia adalah suatu perasaan yang lahir dari hati yang tenang dan tenteram. Ketenangan dan ketenteraman hati itu adalah anugerah daripada Allah. Firman Allah SWT;

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

“Dialah yang menurunkan Sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Fath: 4).

Sakinah bermaksud ketenangan, kedamaian, ketenteraman, keamanan dan rahmat. Ketenangan itu adalah anugerah Allah untuk mukmin yang taat dan akur kepada syariat Allah.

Jiwa yang tenang dan tenteram ini akan menyuburkan rasa kebahagiaan pada seseorang. Dari jiwa yang tenang, seseorang itu bersedia menerima ujian serta beban yang berat dengan hati yang kukuh. Jiwa yang tenang sentiasa redha dalam apa juga ujian yang dilalui, imannya menjadi bertambah dan keyakinannya menjadi sempurna.

Antara cara memperoleh ketenangan dan ketenteraman;

1.  Sentiasa Mengingati Allah

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”. (Ar-Ra’d : 28)

Ketenangan hati akan timbul jika manusia dapat berzikir mengingat kebesaran Allah, tanda-tanda kekuasaan Allah, dan juga betapa banyak nikmat Allah yang diberikan kepada kita.

2.  Solat Mendekatkan Diri Kepada Allah

Jadikan solat lima waktu dan solat sunat sebagai pengikat dan penghubung kita dengan Allah. Apabila kita solat, kita akan berusaha dan  benar-benar menyerahkan diri pada Allah. Firman Allah;

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَٰشِعِينَ ٤٥

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (al-Baqarah: 45)

Rasulullah SAW menjadikan solat sebagai penghibur dirinya.

وَجُعِلَتْ قُرَّةَ عَيْنٍ فِيْ الصَّلَاةِ

“dan telah dijadikan penghibur (penghias) hatiku (kebahagiaanku) pada solat.” (HR. An-Nasai [7/61] no. 3939 Status Sahih)

Dari sahabat Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Bila kedatangan masalah, Nabi SAW mengerjakan solat.” (HR. Ahmad  [5/388] Status Hasan

3.  Membaca Al-Quran

Al-Quran sebagai penyembuh dan penenang jiwa. Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu (al-Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada (hati manusia) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus, ayat 57)

4.  Jauhi Maksiat

Kebaikan dan ibadat yang dilakukan menjadi penyebab ketenangan jiwa. Perbuatan  maksiat menjadi penyebab jiwa gelisah dan tidak tenteram. Nabi SAW bersabda:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ

Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. (HR Ahmad No: 18006)

5.  Banyakkan Berdoa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang.” (HR Abu Daud, no. 1555)

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu

Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Daripada Abi Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Ibadah korban sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi.

2.  Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat.

3.  Dalam Mazhab Syafie, kelapangan belanja bermaksud seseorang yang mempunyai wang untuk membeli binatang korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

4.  Dalam Mazhab Hanbali pula, kelapangan belanja ialah mereka yang dapat membeli harga korban walaupun secara meminjam atau berhutang, dan hutang itu mampu dijelaskan.

5.  Imam Malik berkata: “Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

Hari Raya Korban semakin menghampiri kita. Berusaha kita untuk  melaksanakan ibadat korban agar ia menjadi penghapus kepada dosa-dosa kita dan memberi kelegaan khususnya kepada fakir miskin dan kegembiraan jiran tetangga.

MAKNA IMAN KEPADA ALLAH

MAKNA IMAN KEPADA ALLAH

Adapun makna iman kepada Allah adalah:

1.      Engkau meyakini bahwa Allah adalah satu-satunya ilaah yang berhak diibadahi

2.      Engkau memurnikan seluruh macam ibadah hanya kepada Allah

3.      Engkau menafikan ibadah itu dari selain Allah

4.      Engkau mencintai lagi loyal kepada orang yang bertauhid

Serta engkau membenci lagi memusuhi para pelaku syirik

Penjelasannya adalah sebagai berikut:

1.Engkau meyakini bahwa Allah adalah satu-satunya ilaah yang berhak diibadati

Orang yang membolehkan tumbal, sesajen, permohonan kepada orang yang sudah meninggal atau meyakini serta memegang sistem demokrasi berarti dia telah meyakini adanya ilaah yang lain bersama Allah, mereka tidak beriman kepada Allah. Orang yang menyerukan penegakan hukum thaghut atau menyerukan demokrasi, dia itu tidak beriman kepada Allah, begitu juga orang yang menyerukan hukum adat.

Orang yang bertauhid hanya meyakini satu sumber hukum, yaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Orang yang bertauhid hanya meyakini satu Dzat yang berhak diibadati. Allah Ta’ala berfirman (artinya) : “Katakanlah ; “Dialah Allah Yang Maha Esa” (Al Ikhlas: 1)

Dan firmanNya Ta’ala (artinya) : “Janganlah engkau mengangkat dua tuhan, Dia itu hanyalah Tuhan Yang Maha Esa”  (An Nahl: 51)

Sedangkan tuhan-tuhan para ‘Ubadul Qubur adalah banyak, yaitu orang-orang yang sudah mati yang mereka ajukan permohonan (permintaan) kepadanya. Dan adapun tuhan-tuhan para pengusung demokrasi adalah banyak pula, ada tuhan dari Partai A, Partai B, Partai C dan seterusnya. Para pembuat hukum itu adalah tuhan-tuhan mereka.

2.Engkau memurnikan seluruh macam ibadah hanya kepada Allah.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala bukan memerintahkan ibadah kepadaNya, akan tetapi Dia memerintahkan supaya orang hanya ibadah kepadaNya, dan tidak mempersekutukan sesuatupun denganNya dalam ibadah-ibadah tersebut, sebagaimana firmanNya (artinya) : “Dan mereka tidak diperintahkan kecuali supaya mereka beribadah kepada Allah seraya memurnikan seluruh Dien (ketundukan) hanya kepadaNya” (Al Bayyinah: 5)

Juga firmanNya Ta’ala (artinya) : “Dan barangsiapa yang menyerahkan wajahnya sepenuhnya kepada Allah sedang dia itu muhsin (mengikuti tuntunan rasul), maka dia itu telah berpegang pada buhul tali yang sangat kokoh (tauhid/Islam)” (Luqman: 22)

Menyerahkan wajah sepenuhnya kepada Allah adalah dengan cara beribadah hanya kepada Allah, sebagaimana Dia Ta’ala berfirman (artinya) : “Ya, siapa orangnya yang menyerahkan wajahnya sepenuhnya kepada Allah, sedang dia muhsin (berbuat kebaikan) maka bagi dia pahala disisi Tuhannya, tidak ada rasa takut atas mereka dan mereka itu tidaklah bersedih”  (Al Baqarah: 112)

Syaikh ‘Abdul Lathif Ibnu ‘Abdirrahman rahimahullah berkata: “Ayat ini adalah bantahan terhadap ‘ubbadul qubur yang menyeru selain Allah dan beristighatsah kepada selainNya, karena penyerahan wajah serta ihsan dalam beramal itu tidak pada diri mereka”  (Minhaj At Ta’sis)

‘Ubbadul qubur adalah orang-orang yang mengaku Islam, shalat, zakat, shaum, haji, dsb. Tetapi masih suka meminta kepada orang yang sudah mati, terutama orang shalih atau wali. Maka ‘ubbadul qubur adalah kaum musyrikin.

Syaikh Ali Khudlair, di awal kitab Ath Thabaqat menyebutkan bahwa diantara golongan yang termasuk ‘ubbadul qubur adalah: “Para penguasa thaghut, para budaknya (aparat keamanan), para pengusung undang-undang buatan, kaum demokrat dan yang lainnya”.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Hak Allah atas hamba-hambaNya adalah mereka beribadah kepadaNya dan mereka tidak menyekutukan sesuatupun denganNya”   (hadits shahih dari Mu’adz)

Orang yang berbuat syirik, berarti dia telah melanggar hak Allah. Jelasnya bahwa orang yang mengaku beriman pada rukun iman, rukun Islam dan dia beribadah kepada Allah, akan tetapi di samping itu dia membuat tumbal, sesajen, memohon kepada penghuni kubur atau ikut serta dalam demokrasi, maka mereka itu dianggap tidak beriman kepada Allah (dia bukan muslim). Syaikh ‘Adurrahman Ibnu Hasan rahimahullah berkata: “Para ulama telah berijma, baik salaf maupun khalaf dari kalangan shahabat, tabi’in, para imam dan seluruh Ahlus Sunnah bahwa seseorang tidak dianggap muslim, kecuali dengan cara (dia) mengosongkan diri dari syirik akbar, berlepas diri darinya dan dari pelakunya, membenci mereka, memusuhi mereka sesuai kekuatan dan kemampuan, serta memurnikan amalan seluruhnya bagi Allah”   (Ad Durar As Saniyyah: 11/545)

Perkataan seseorang: ”Saya beriman kepada Allah dan saya bukan musyrik” tidaklah bermanfaat bila ternyata realita syirik ada padanya, oleh sebab itu Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata: “Iman itu bukan angan-angan dan bukan dengan hiasan, akan tetapi ia adalah apa yang terpatri di dalam hati dan di benarkan dengan amalan”

3.Menafikan ibadah itu dari selain Allah

Orang yang beriman kepada Allah tidak mungkin memalingkan satu macam ibadahpun kepada selain Allah, karena orang yang memalingkan satu saja ibadah kepada selain Allah, berarti telah meninggalkan Islam. Oleh sebab itu Allah Ta’ala memerintahkan kepada nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengatakan kepada orang-orang kafir: “Aku tidak beribadah kepada apa yang kalian ibadahi” (Al Kaafirun: 2).

4.Engkau Mencintai Dan Loyal (Wala) Kepada Orang Yang Bertauhid

Orang yang beriman kepada Allah pasti mencintai dan loyal kepada orang yang bertauhid, karena mereka memiliki ikatan persaudaran diatas dien ini, Allah Ta’ala berfirman (artinya) :  Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara” (Al Hujurat: 10)

Dan firmanNya dalam ayat yang lain (artinya) : “Orang-orang mukmin laki-laki dan mukmin perempuan sebahagiannya adalah penolong bagi sebahagian yang lain” (At Taubah: 71)

Oleh sebab itu, tidak mungkin orang mukmin mendukung orang-orang kafir dalam rangka menghancurkan kaum muslimin karena itu bertentangan dengan wala (loyalitas) terhadap kaum muslimin.

5.Engkau membenci pelaku-pelaku syirik dan memusuhi mereka

Allah mengatakan tentang ucapan para rasul semuanya yang harus kita ikuti (artinya) : “Dan tampaklah antara kami dengan kalian permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kalian beriman kepada Allah saja…”  (Al Mumtahanah: 4)

Orang yang tidak membenci dan tidak memusuhi pelaku syirik adalah orang yang tidak beriman kepada Allah.

Falsafah yang mengajarkan agar tidak membenci atau memusuhi ajaran agama lain adalah falsafah kafir. Sistem yang menyamakan semua ajaran agama adalah system syirik. Orang yang bertauhid pasti membenci dan memusuhi pelaku syirik meskipun ayah sendiri atau anak sendiri. Syaikh Muhammad Ibnu ‘Abdil Wahhab rahimahullah berkata: “Tidak tegak keIslaman sesorang meskipun dia tidak beribadah kecuali kepada Allah, kecuali dengan cara memusuhi para pelaku syirik’

Raihlah iman dengan cara memusuhi para pelaku syirik.

TUJUH DOA PENUH KEBERKATAN.

TUJUH DOA PENUH KEBERKATAN.

Bismillahirrahmanirrahim…

✍️ Selalu Menjadikan Allah SWT sebagai satu-satunya Dzat yang kita mintai pertolongan adalah sebuah keharusan.

“Dan diantara mereka ada orang yang berdoa : “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan periharalah kami dari siksa neraka. (QS. Al-Baqarah [2]: 201).

✍️👉Tujuh doa keberkahan :

✔️Pertama :

اَللَّـهُمَّ يَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Allahumma yâ qâdhiya l-hâjât : Wahai Allah, pemenuh segala hajat & kebutuhan… Hajat kami banyak, ya Allah… penuhilah hajat dunia kami, juga hajat akhirat kami…

✔️Kedua :

اَللَّـهُمَّ يَا كَافِيَ الْمُهِمَّاتِ

↗️Allahumma yâ kâfiya l-muhimmât : Wahai Allah, pencukup segala kepentingan… Cukupkanlah kepentingan rumah tangga kami… Cukupkanlah kepentingan pendidikan anak-anak kami… Cukupkanlah kepentingan usaha dan pekerjaan kami… Cukupkanlah kepentingan ibadah kami… Cukupkanlah bekal kami untuk berhaji, sebelum mati mendatangi…

✔️Ketiga :

اللَّـهُمَّ يَا دَافِعَ الْبَلِيَّاتِ

↗️Allahumma yâ dâfi‘a l-baliyyât : Wahai Allah, penolak segala bala’… penepis segala bencana… Jauhkanlah kami dari berbagai bala’ dan bencana… bencana natural, maupun bencana moral… bencana finansial, maupun bencana spiritual… Jauhkan kami dari bencana rumah tangga, ya Allah…

✔️Keempat :

اللَّـهُمَّ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ

↗️Allahumma yâ râfi‘a d-darajât : Wahai Allah, pengangkat derajat… peninggi martabat… Angkatlah derajat dan martabat kami… Muliakanlah umat Muhammad ini di hadapan umat²Mu yang lain… Jangan Engkau perhinakan kami, hanya karena banyaknya dosa dan maksiat yang kami buat… Tutuplah segala cacat, aib, cela, dan kekurangan-² kami…

✔️Kelima :

اللَّـهُمَّ يَا شَافِيَ الْأَمْرَاضِ

↗️Allahumma yâ syâfiya l-amrâdl : Wahai Allah, penyembuh dari segala penyakit… Sembuhkanlah kami dari penyakit-² jismani… juga penyakit- ruhani… Jauhkanlah kami dari penyakit munafik…

✔️Keenam :

اللَّـهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ

↗️Allahumma yâ mujîba d-da‘awât : Wahai Allah, penjawab segala doa… Engkau pengabul segala permohonan… Perkenankanlah segala permintaan kami…. Sampaikanlah anak-cucu kami pada cita-cita dan harapan mereka…

✔️Ketujuh :

اللَّـهُمَّ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

↗️Allahumma yâa arhama r-râhimîn : Wahai Allah, Maha Penyayang di antara para penyayang… Sayangilah kami ya Allah… Jadikanlah kami orang-orang yang Engkau cintai, .sekaligus orang-² yang mampu untuk saling mencintai… Sebagaimana kami selalu mengharap ampunan dan maaf dariMu… jadikan pula kami orang-orang yang mampu memaafkan orang lain… Angkatlah segala marah & iri, benci & dendam, serta kekecewaan dari diri kami…

Berdoalah selalu kepada Allah SWT agar diberi kebaikan dan keselamatan dalam kehidupan kita. Aamiin Allahumma Aamiin.

Teruslah bersyukur atas semua nikmat-Nya dan bersabar terhadap musibah-Nya.

Create your website with WordPress.com
Get started