DOA SEMASA PENUGASAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR)

DOA SEMASA PENUGASAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR)

‘OP COVID-19

(DIBACA SEBELUM MELAKSANAKAN TUGAS)

بسم الله الرحمن الرجيم

الحمد لله رب العالمين،

 والصلاة والسلام على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى ءاله وصحبه أجمعين.

Hanya puji-pujian dan kesyukuran dapat kami

lafazkan kepada-Mu Ya Allah!

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

ahli keluarga, para sahabat, serta pengikut-pengikut baginda sekalian.

اللهم يا رحمن ويا رجيم،

Dengan kasih sayang-Mu Ya Allah!

Kami bersyukur kerana dapat berkhidmat kepada Negara di hari yang penuh barakah ini. Peliharalah dan lindungilah kami daripada penularan

wabak covid-19 yang membawa musibah dan penyakit.

Jadikanlah kerjaya kami ini suatu kerjaya yang mulia demi memperolehi

rezeki sebagai untuk kami melalui kehidupan dengan lebih baik.

Anugerahkanlah kami kesejahteraan serta kesihatan yang berpanjangan,

agar kami mampu melaksanakan kewajipan terhadap-Mu serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Hiasilah diri kami dengan akhlak yang mulia dalam mendepani masyarakat khususnya pengguna-pengguna jalan raya.

Tanamkanlah keimanan dan kesabaran dalam diri kami agar pengguna jalan raya dapat menerima nasihat dan teguran kami dengan baik demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia tercinta.

اللهم يا مجيب السائلين،

Ya Allah! Pimpinlah kami untuk terus taat akan perintah-Mu

disepanjang usia serta mendapat rahmat dari-Mu dalam menjalani kehidupan dengan lebih bermakna agar segala kebaikan dan amal soleh kami diterima di sisi-Mu dan menjadi bekalan di akhirat.

اللهم إنا نعوذبك من الهم والحزن و نسألك الصحة والعافية،

ربناءاتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار،وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين، والحمد الله رب العالمين

Create your website with WordPress.com
Get started