Doa Kebahagiaan Keluarga

Doa Kebahagiaan Keluarga

Setiap kita mengharapkan agar memiliki keluarga yang bahagia.

Kebahagiaan itu bukan hanya dilihat pada fizikal semata-mata. Memang benar semua orang ingin mengecapi kebahagiaan dengan keselesaan pemilikan harta seperti rumah, kenderaan, wang ringgit, pekerjaan yang baik, pangkat dan sebagainya.

Namun kita jangan lupa bahagia itu bukan hanya material malah termasuk kebahagiaan itu adalah hati yang bersih, rohani yang kukuh, emosi yang tenang dan akal yang baik.

Semua orang ingin mengecapi kebahagiaan dalam berumahtangga. Ingin memiliki “Baiti Jannati”. Rumah kita adalah syurga kita. Kita mengharapkan keluarga dan rumahtangga kita adalah antara taman-taman syurga yang mampu membawa seluruh ahli keluarga kita menuju ke syurga.

Mari kita usahakan antaranya melalui amalan doa yang berterusan:

1. Doa Agar Menjadi Keluarga Terbaik

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, kurniai kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata dan dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang bertakwa.” (Surah al-Furqan 25: 74)

2. Doa Agar Ahli Keluarga Menjadi Orang Soleh

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doaku. Wahai Tuhan kami, ampuni aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang beriman pada hari perhitungan.” (Surah Ibrahim 14: 40-41)

Doa Nabi Ibrahim AS sewaktu menziarahi anak dan isterinya yang ditinggalkan di Makkah.

3. Doa Suami-Isteri

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Wahai Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan menyayangi kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.” (Surah al-A‘raf 7: 23)

Doa Nabi Adam dan Hawa setelah terlanjur di dalam syurga sebelum diturunkan ke bumi. Suami isteri yang baik ialah orang yang cenderung melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan pasangannya.

4. Doa Agar Tiada Dendam Sesama Ahli Keluarga

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat pelemput dan pengasih.” (Surah al-Hashr 59: 10)

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

https://t.me/kapsul_tazkirah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: