10 Tips Agar Tegar Menghadapi Ujian

10 Tips Agar Tegar Menghadapi Ujian

Dr. Musyaffa Addariny, Lc., M.A.

1.Sadarlah bahwa Anda tidak sendirian, ada Allah bersama Anda.

2.Ingatlah bahwa di balik takdir Allah pasti ada hikmah yang indah.

3.Tidak ada yang dapat memberi kebaikan dan menyelamatkan dari keburukan kecuali Allah, maka janganlah menggantungkan harapan kecuali kepadaNya.

4.Apapun yang ditakdirkan menimpamu; ia tidak akan meleset darimu. Dan apapun yang ditakdirkan meleset darimu; ia tidak akan dapat menimpamu.

5.Ketahuilah hakekat dunia, maka jiwa Anda akan menjadi tenang.

6.Berbaik-sangkalah kepada Rabb Anda.

7.Pilihan Allah untuk Anda, itu lebih baik daripada pilihan Anda untuk diri Anda sendiri.

8.Cobaan yang semakin berat, menunjukkan pertolongan Allah semakin dekat.

9.Jangan pikirkan bagaimana datangnya pertolongan Allah, karena jika Allah berkehendak, Dia akan mengaturnya yang cara yang tidak terlintas di akal manusia.

10.Anda harus berdoa meminta kepada Allah, yang di tangan-Nya ada kunci-kunci kemenangan.

4 PERKARA BAIK DAN TERLEBIH BAIK

4 PERKARA BAIK DAN TERLEBIH BAIK

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik :

1) Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita.

2) Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin.

3) Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik.

4) Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir.

42 SIFAT-SIFAT MULIA RASULULLAH SAW

DIANTARA SIFAT-SIFAT MULIA RASULULLAH SAW

1. Baginda Rasulullah SAW selalu diam.

2. Berbicara ketika perlu.

3. Perbicaraannya Fasih, Ringkas tetapi Padat .

4. Menghadapkan seluruh Tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

5. Hatinya selalu sedih (Inginkan Umatnya dalam Kebaikan dan terlepas dari Azab Allah SWT).

6. Selalu menundukkan pandangan kerana Tawaddu’.

7. Berfikir terus-menerus.

8. Menghargai Nikmat sekecil apa pun.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan, jika tidak maka ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan Dunia.

11. Marah bukan kerana Nafsu.

12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

13. Apabila marah Baginda akan memalingkan Wajah.

14. Apabila suka Baginda akan memejamkan Mata.

15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji yang melampaui batas.

16. Tidak pernah berteriak-teriak(menjerit-jerit).

17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda Memaafkan dan berlapang Dada.

18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk Berjihad(mempertahankan bukan berlawan) di Jalan Allah SWT.

20. Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara Ma’siat.

21. Di rumah, Baginda adalah Manusia biasa yang mencuci pakaian, memerah susu(haiwan) dan membuat sendiri segala keperluan Diri.

22. Ketika Duduk ataupun Berdiri, Baginda selalu Berdzikir.

23. Raut Wajahnya selalu ceria, Perangainya boleh menjadi Suri Tauladan dengan mudah, Lemah Lembut dan Peramah.

24. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak(menjerit-jerit) , lebih-lebih lagi mencela orang lain.

25. Tiga perkara yang dijauhi Baginda : perselisihan, perdebatandebat dan segala yang tidak diperlukan.

26. Tidak pernah mencela dan memaki orang lain.

27. Tidak pernah mengetahui rahsia orang lain.

28. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang mendatangkan Pahala.

29. Cara berbicaranya menarik dan siapapun yang mendengarnya terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas Kepala mereka.

30. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas, maka ia akan tertarik dan Hormat terhadapnya.

31. Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, maka ia akan menyayanginya sepenuh Jiwa Raga.

32. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan di kalangan mereka.

33. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang Lemah Lembut.

34. Tangan Baginda selalu terbuka kepada siapa saja tanpa pilih kasih. Baginda adalah Ayah bagi mereka semua(umat).

35. Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar Cahaya Ilmu, sikap Malu dan Sabar serta Amanah.

36. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana Kewibawaan Baginda.

37. Semua mengakui keutamaannya karena Ketaqwaannya : Menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.

38. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

39. Paling berlapang Dada.

40. Paling tepat dalam Berbicara.

41. Paling halus Keperibadiannya.

42. Paling ramah dan Beradab dalam pergaulan dan Muamalah(kemasyarakatan)nya.

(Dipetik dari Biografi Lengkap Rasulullah SAW oleh Prof Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al maliki..

اَللَّٰہُمَّ صَلِّ عَلَیٰ سَیِّدِنَا مُحَمَّدِِ وَعَلَى آلِ سَیِّدِنَا مُحَمَّدِِ

35 tempat yang perlu ditambah Nun Kecil di dalam Al Quran

35 tempat yang perlu ditambah Nun Kecil di dalam Al Quran :

1. Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180

2. Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8

3. Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158

4. Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164

5. Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177

6. Muka Surat 190 Surah At Taubah Ayat 24

7. Muka Surat 191 Surah At Taubah Ayat 30

8. Muka Surat 226 Surah Hud Ayat 42

9. Muka Surat 257 Surah Ibrahim Ayat 18

10. Muka Surat 259 Surah Ibrahim Ayat 26

11. Muka Surat 265 Surah Al Hijr Ayat 61

12. Muka Surat 276 Surah An Nahl  Ayat 87

13. Muka Surat 302 Surah Al Kahf Ayat 77

14. Muka Surat 303 Surah Al Kahf Ayat 88

15. Muka Surat 305 Surah Maryam Ayat 7

16. Muka Surat 309 Surah Maryam Ayat 61

17. Muka Surat 333 Surah Al Haj Ayat 11

18. Muka Surat 335 Surah Al Haj Ayat 25

19. Muka Surat 344 Surah Al Mukminun Ayat 38

20. Muka Surat 360 Surah Al Furqon Ayat 4

21. Muka Surat 362 Surah Al Furqon Ayat 26

22. Muka Surat 371 Surah As Syuara’ Ayat 105

23. Muka Surat 372 Surah As Syuara’ Ayat 123

24. Muka Surat 374 Surah As Syuara’ Ayat 160

25. Muka Surat 431 Surah Saba’ Ayat 31

26. Muka Surat 446 Surah As Soffat Ayat 6

27. Muka Surat 468 Surah Ghofir Ayat 8

28. Muka Surat 499 Surah Al Jaasiyah Ayat 9

29. Muka Surat 528 Surah An Najm Ayat 50

30. Muka Surat 541 Surah Al Hadid Ayat 27

31. Muka Surat 554 Surah Al Jumu’ah Ayat 11

32. Muka Surat 577 Surah Al Qiyaamah Ayat 12

33. Muka Surat 578 Surah Al Qiyaamah Ayat 30

34. Muka Surat 601 Surah Al Humazah Ayat 1

35. Muka Surat 604 Surah Al Ikhlas Ayat 1

Doa Kebahagiaan Keluarga

Doa Kebahagiaan Keluarga

Setiap kita mengharapkan agar memiliki keluarga yang bahagia.

Kebahagiaan itu bukan hanya dilihat pada fizikal semata-mata. Memang benar semua orang ingin mengecapi kebahagiaan dengan keselesaan pemilikan harta seperti rumah, kenderaan, wang ringgit, pekerjaan yang baik, pangkat dan sebagainya.

Namun kita jangan lupa bahagia itu bukan hanya material malah termasuk kebahagiaan itu adalah hati yang bersih, rohani yang kukuh, emosi yang tenang dan akal yang baik.

Semua orang ingin mengecapi kebahagiaan dalam berumahtangga. Ingin memiliki “Baiti Jannati”. Rumah kita adalah syurga kita. Kita mengharapkan keluarga dan rumahtangga kita adalah antara taman-taman syurga yang mampu membawa seluruh ahli keluarga kita menuju ke syurga.

Mari kita usahakan antaranya melalui amalan doa yang berterusan:

1. Doa Agar Menjadi Keluarga Terbaik

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, kurniai kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata dan dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang bertakwa.” (Surah al-Furqan 25: 74)

2. Doa Agar Ahli Keluarga Menjadi Orang Soleh

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doaku. Wahai Tuhan kami, ampuni aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang beriman pada hari perhitungan.” (Surah Ibrahim 14: 40-41)

Doa Nabi Ibrahim AS sewaktu menziarahi anak dan isterinya yang ditinggalkan di Makkah.

3. Doa Suami-Isteri

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Wahai Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan menyayangi kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.” (Surah al-A‘raf 7: 23)

Doa Nabi Adam dan Hawa setelah terlanjur di dalam syurga sebelum diturunkan ke bumi. Suami isteri yang baik ialah orang yang cenderung melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan pasangannya.

4. Doa Agar Tiada Dendam Sesama Ahli Keluarga

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat pelemput dan pengasih.” (Surah al-Hashr 59: 10)

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

https://t.me/kapsul_tazkirah

6 PERKARA MEROSAKKAN HATI

Imam Alhasan Al bashri mengatakan :

 Hati itu rosak kerana enam perkara :

1. Melakukan dosa dengan berharap taubat.

2. Belajar ilmu , tapi tidak mengamalkan ilmunya.

3. Bila mengamalkan ilmu ia tidak ikhlas.

4. Makan dari rezeki Allah tapi tidak bersyukur.

5. Tidak redha dengan bahagian (rezeki) yang sudah ditetakan Allah untuknya.

6. Mereka menguburkan mayit , tapi  tidak mengambil ibrah dari mayit yang dia kuburkan.

Create your website with WordPress.com
Get started