Golongan yang wajib qada puasa tanpa fidyah

Golongan yang wajib qada tanpa fidyah:

1. Orang sakit yang tidak mampu berpuasa, tetapi ada harapan untuk sembuh.

2. Orang yang bermusafir dua marhalah atau lebih, bukan dengan tujuan maksiat.

3. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang membahayakan dirinya.

4. Perempuan hamil atau perempuan yang menyusukan anaknya atau anak orang lain dan dia takut mudarat kepada dirinya, bukan kepada anak yang disusukannya atau takut mudarat kepada dirinya dan anaknya.

5. Perempuan yang haid dan nifas.

6. Orang yang pengsan.

7. Orang yang mabuk dan pitam sepanjang hari.

8. Lupa niat pada malam hari atau sengaja tidak berniat pada malam hari.

9. Orang yang melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

☘️ Golongan yang wajib qada serta fidyah:

1. Perempuan hamil atau perempuan yang menyusukan anaknya atau anak orang lain dan dia takut mudarat kepada anak yang dikandung atau disusukannya.

2. Orang yang menunda-nunda untuk mengqadakan puasanya sehingga datang Ramadan yang berikutnya.

☘️ Golongan yang wajib fidyah tanpa qada:

1. Orang yang sangat tua yang tidak mampu berpuasa.

2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.

3. Orang yang meninggal dunia sebelum mengqada puasa Ramadan sehingga masuk ke bulan Ramadan berikutnya.

☘️ Golongan yang wajib qada dan kafarah:

1. Lelaki yang berpuasa Ramadan yang bersetubuh dengan sengaja pada siang hari.

📚 Rujukan:

1. Mishbahud Duja ms. 577-578

Wallahu A’lam

“Memburu al-Rayyan, Mengecapi Ketakwaan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s