HUKUM GUNA VAKSIN BERDASAR SYARIAT, MASLAHAT MANUSIA

👉Vaksin dan imunisasi perlu dilihat dalam konteks rawatan kesihatan serta langkah pencegahan kepada penyakit kritikal, sekali gus tidak menyimpang daripada syariat Islam dan  yang jelas mementingkan maslahat manusia di dunia dan akhirat.

👉Dakwaan mengaitkan kandungan vaksin dengan bahan tidak halal dan meragukan, tidak sepatutnya terus diperbesarkan kerana Islam menyediakan panduan langkah pencegahan penyakit yang bukan bersifat semberono(main belasah je), sebaliknya berdasarkan al-Quran dan sunnah.

👉Malah, keputusan dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menjelaskan hukum harus bagi penggunaan vaksin perlu diterima kerana selari dengan kaedah pencegahan dianjurkan Islam.

👉Ini kerana ia bukan hanya ditentukan pakar perubatan, sebaliknya menimbang tara pandangan pakar hukum syarak untuk menentukan sesuatu vaksin itu boleh digunakan atau sebaliknya.

Hal itu tidak boleh dipandang ringan kerana terdapat kes kematian di negara ini yang dilaporkan akibat tidak melalui program vaksinasi hingga memudahkan tersebarnya penyakit berjangkit khususnya yang berbahaya.

Ini disebabkan peratusan liputan imunisasi dalam kalangan masyarakat itu yang begitu rendah sehingga mudah wabak penyakit menular.

Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, menyatakan syarak mengetengahkan konsep pencegahan penyakit sebagai langkah awal kesihatan dan kewajipan mendapatkan rawatan bagi mengekalkan kesejahteraan tubuh badan.

👉Pencegahan ialah wajib untuk kemaslahatan umum seperti hadis: Apabila kalian mendengar wabak taun di suatu tempat, janganlah kalian pergi ke situ dan sekiranya ia merebak di kawasan kalian, janganlah keluar melarikan diri.

(HR Bukhari & Muslim),”

“Orang Arab Badwi pernah bertanya kepada Rasulullah SAW sama ada boleh atau tidak mereka berubat apabila ditimpa penyakit.

“Baginda menjawab: Wahai hamba Allah sekalian, berubatlah! Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan bersamanya penawar (HR Tirmizi)

👉 Ramai keliru dalam hal membabitkan perbezaan pandangan fuqaha berkaitan hukum berubat atau menerima rawatan.

Secara umumnya, sebahagian ulama menyatakan hukum harus, selain ada berpandangan afdal atau lebih utama berubat, manakala tidak kurang mengaitkan afdal tidak berubat dengan bertawakkal kepada Allah SWT.

👉Bagaimanapun, perbezaan pendapat dalam kalangan ulama itu, merujuk kepada keadaan penyakit biasa yang bukan kritikal atau berbahaya serta boleh sembuh sendiri.

🛑Bagaimanapun, dalam kes darurat dan kritikal seperti polio, tetanus serta virus papiloma manusia (HPV), SARS  VOVID 19, semua fuqaha menegaskan hukum merawat sebagai wajib kerana menjaga keselamatan nyawa (hifz al-nafs) yang menjadi antara elemen maqasid (tujuan) syariah

👉Sebarang pengenalan vaksin baharu khususnya di tanah air, perlu mendapat kelulusan hukum pihak berkuasa agama seperti Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

👉Dalam isu halal-haram membabitkan penggunaan vaksin, ia dilakukan dengan teliti seperti vaksin meningococcal meningitis untuk penyakit meningitis, iaitu keradangan selaput otak dan saraf tunjang.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan hukum menggunakan pelalian Meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus, manakala meningococcal miningitis momumune yang mengandungi unsur daripada babi diharamkan.

👉Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan perlu mengambil langkah mewajibkan pengambilan vaksin demi kepentingan umum, manakala rakyat wajib mematuhi keputusan waliyyul amr, iaitu pemerintah.

👉Kesedaran hal itu kepada golongan anti-vaksin perlu diperluaskan supaya dapat membuka minda golongan itu, sekali gus mengelakkan mereka terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit yang kritikal.

👉Golongan ini terkhilaf kerana seolah-olah melihat isu ini seperti pengambilan makanan yang boleh dipilih sesuka hati.

👉Dalam perspektif makanan, pengguna ada hak memilih tetapi kita perlu sedar kerajaan masih berhak mengawal dan menetapkan jenis makanan yang terbaik serta selamat untuk orang ramai.

Perlu diingat kan bahawa jika sistem imunisasi tubuh(daya ketahanan kekebalan tubuh) lemah maka vaksin akan membantu untuk mengelkkan penyakit yang sudah sedia ada menyerang pesakit daripada terus dijangkiti virus dan merebak bkn sahaja untuk diri sendiri malahan menular kepada orang lain

Dan bagi mereka yang belum dijangkiti, melalui suntikan vaksin akan mencegah virus tersebut menghinggapi mereka selain meningkatkn /mengawal sistem imunisasi seseorang Hukum guna vaksin berdasar syariat, maslahat manusia

Dan bagi mereka yang belum dijangkiti, melalui suntikan vaksin akan mencegah virus tersebut menghinggapi mereka selain meningkatkn /mengawal sistem imunisasi seseorang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s