Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

JIWA TARBAWI

JIWA TARBAWI

Biar pun apa yang sedang berlaku di persada hidup ini,

Samaada senang atau pun susah,

Gembira atau pun kecewa,

Sibuk atau tenang,

Perjuangan dalam diri wajib diteruskan..iaitu

Untuk menambah takut hatimu kepada Allah Azza wa Jalla.

Untuk menambah celik penglihatan mata hatimu terhadap aib dirimu sendiri.

Untuk menambah makrifat pengenalan hatimu dalam beribadat kepada Allah ta’ala.

Untuk menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia yang sementara.

Juga menambah kegemaran cinta hatimu terhadap negeri akhirat yang tiada penghujung.

Untuk membukakan pintu hatimu agar dapat mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.

Untuk menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan dan kelucikan penipuan syaitan.

Justeru, hanya dengan mujahadah yang bersungguh-sungguh serta suluhan ilmu yang bermanfaat, perjuangan ini akan dilalui dengan taufiq dan hidayahNYA jua.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ ﴿العنكبوت: ٦٩﴾

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Al Ankabut : 69

Diuji Tanda Allah SWT Kasih & Sayang

Diuji Tanda Allah SWT Kasih & Sayang

Ada orang diuji dengan kesibukan, kerana sekiranya dia punya masa lapang yang banyak, dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya lalu dia buat banyak perkara yang melalaikan.

Ada orang yang diuji dengan kemiskinan, kerana sekiranya dia punya harta yang banyak, dia akan menjadi saudara syaitan dengan membelanjakannya dengan begitu gelojoh dan boros.

Ada orang yang diuji dengan kesakitan, kerana sekiranya dia sihat, banyak sekali dia akan bermaksiat.

Ada orang diuji dengan ketiadaan anak, kerana sekiranya dia punya anak, dia akan terlalu leka dengan anaknya sehingga lupa pada Tuhannya.

Dan ada orang yang diuji dengan sukarnya mahu mencari pasangan, kerana sekiranya dia berkahwin, dia akan menzalimi pasangannya itu.

Begitulah.

Maka berlapang dadalah dengan ujian yang menimpa kita. Kerana yakinlah, setiap apa yang berlaku pada kita itu, pasti ada hikmahnya.

Berlapang dada juga dengan ujian yang menimpa orang lain. Pada pandangan mata kita, ia mungkin tidak ada apa-apa. Tapi pada mereka yang memikulnya, mungkin itulah ujian yang paling berat dan dahsyat untuk dirinya.

Kerana setiap orang itu akan diuji pada titik-titik kelemahannya.

Moga kita menjadi orang yang redha dan sabar dengan ujian yang menimpa, kerana sungguh, setiap ujian itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk menaikkan darjat kita di sisiNya.

Senyumlah wahai hati.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

SEMBUNYIKAN AMALANMU…

SEMBUNYIKAN AMALANMU…

Elak kan diri dari riak adalah dengan rahsiakan Ibadahmu. Sembunyikan amalanmu seperti mana kamu Sembunyikan aib kamu.

Dan jangan suka mencari kesilapan orang. Sibuk kan diri mencari kesilapan diri sendiri dan cuba memperbaikinya.

Doakan yang terbaik untuk sesiapa sahaja. Tiap kali kita doakn seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut, malaikat juga mendoakn kita.

Balas kebaikan dgn kebaikan. Balas kejahatan juga dengan kebaikan. Mungkin esok dia lebih baik dari kita.

Hati yang tertutup riya’ ibarat batu licin yang tertutup tanah. Orang yang berbuat riya’ tidak akan membuahkan kebaikan, bahkan ia telah berbuat dosa yang akan dia peroleh akibatnya pada hari Kiamat.

Riya’ menghapuskan amal shalih, dan seseorang tidak mendapatkan apa-apa karenanya di akhirat nanti dari amal-amal yang pernah ia lakukan di dunia.

Allah berfirman :“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya’ kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadikan ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan, dan Allah tidak memberi petunujuk kepada orang-orang kafir”. [al Baqarah : 264].

“Betapa aku cemburu pada orang yang pandai menyembunyikan kebaikannya. Dunia tak melihatnya, namun surga merindukannya.”

(Uwais Al Qorni Rahimahullah)

Manusia terbahagi menjadi empat kelompok

Manusia terbahagi menjadi empat kelompok,

1. Orang yang tahu dan dia mengetahui bahawa dirinya tahu. Dia itulah orang yang berilmu, maka jadikanlah dia sebagai ikutan dan tempat bertanya.

2. Orang yang tidak tahu dan dia mengetahui bahawa dirinya tidak tahu. Dia adalah orang bodoh maka ajarilah dia.

3. Orang yang tahu namun dia tidak mengetahui bahawa dirinya tahu. Dia adalah orang yang cerdas, dia perlu diingatkan, maka ingatkanlah dia.

4. Orang yang tidak tahu namun dia tidak mengetahui bahwa dirinya tidak tahu. Dia adalah orang dungu, maka berwaspadalah dengan dia.

4 PERTANYAAN DI PADANG MAHSYAR

4 PERTANYAAN DI PADANG MAHSYAR

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari Kiamat nanti sampai ditanya tentang empat perkara;

1. Umurnya untuk apa dia habiskan,

2. Ilmunya sejauh mana dia amalkan ilmu tersebut,

3. Hartanya dari mana didapatkan dan untuk apa harta tersebut dibelanjakan dan

4. Tubuhnya untuk apa dia manfaatkan.”

(HR. at-Tirmidzi, No. 2417)

8 PESANAN YANG AMAT BERMANFAAT

8 PESANAN YANG AMAT BERMANFAAT

– Apabila anda bersembahyang, maka jagalah baik baik fikiran anda.

– Apabila anda berada dirumah orang lain maka jaga jagalah mata anda.

– Apabila anda berada ditengah tengah majlis maka jagalah lidah anda.

– Apabila anda dimajlis jamuan makan maka jagalan perangai anda.

– Ingat kepada Allah selalu.

– Ingatlah akan mati (dengan menyediakan bekalan amalan untuk akhirat).

– Lupakan budi baik anda kepada orang lain.

– Lupakan kesalahan orang terhadap anda.

14 TIP UNTUK MEMBINA KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :

1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.

2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.

3. Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.

4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.

5. Tidak tidur selepas subuh.

6. Tiada iri hati melihat orang lain.

7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.

8. Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.

9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.

10. Istighfar sekurangnya 100 kali.

11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.

12. Taat ibubapa.

13. Solat di awal waktu.

14. Hargai dengan apa yang ada.

Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia.

ORANG HEBAT

ORANG HEBAT

1⃣Kewibawaan & kehebatan diri akan terserlah disebabkan amal-amal kebaikan yang dibuat tanpa mengharapkan apa-apa balasan melainkan keredaan Allah semata-mata.

2⃣Kehebatan yang hakiki ialah kehebatan yang dipandang baik disisi Allah.

3⃣Orang yang hebat ialah orang yang mampu menundukkan perasaan ego semata-mata untuk menghormati orang lain hanya kerana Allah.

🌾Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah//Cerdik Baik,Solusi 100

Tanda Allah Sayang Kita

” Tanda Allah Sayang Kita”

Allah beri kita KESEDIHAN kerana Dia nak kita selalu sebut namaNya

Allah beri kita KESAKITAN kerana Dia nak kita memohon kesembuhan dariNya

Allah beri kita KEHILANGAN kerana Dia nak kita minta yang lebih baik dariNya

Allah beri kita KESUSAHAN kerana Dia nak kita belajar untuk bersyukur dan redha

Allah beri kita KEMISKINAN kerana Dia nak kita meminta dariNya kecukupan

Allah beri kita KEHINAAN kerana Dia nak kita minta kemuliaan dariNya

ALLAH SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI

وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا ۚ قُلْ مَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ ۚ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ (11)

(11) Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: “Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan”, dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezeki. SURAH AL-JUMUAH, QS. 62 :11