JOM MENANAM POHON KEBAIKAN

JOM MENANAM POHON KEBAIKAN

🌴🌴🌴

Ibnul Qoyyim rohimahullah berkata dalam kitab Al-Fawaa’id tatkala menjelaskan tentang Syajarotul Ikhlaash (Pohon Keikhlasan):⁣

🌴🌴🌴

⚉ “Tahun itu bagaikan sebatang pohon, bulan-bulannya adalah dahan, hari-harinya adalah ranting, jam-jamnya adalah daun, dan nafas (detak jantung) adalah buahnya. ⁣.

🌴🌴🌴

⚉ Barangsiapa yang waktu-waktunya diisi dengan ketaatan, maka buah dari pohon yang ia miliki akan bagus. Akan tetapi barangsiapa yang waktu-waktunya dihabiskan dalam kemaksiatan maka pohonnya akan berbuah pahit..

🌴🌴🌴

⚉ Hanya saja untuk mengetahui buah mana yang manis atau pahit dapat diketahui pada musim panen ketika semua buah dipetik, yaitu pada hari yang dijanjikan (kiamat).. ⁣

🌴🌴🌴

⚉ Ikhlas dan tauhid bagaikan sebatang pohon di dalam hati manusia, dahannya adalah amal perbuatan, sedang buahnya adalah kehidupan yang bahagia di dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat.. ⁣

🌴🌴🌴

⚉ Sebagaimana pohon yang ada dalam surga yang terus berbuah, tak pernah berhenti, juga tidak terlarang diambil, buah dari pohon tauhid dan ikhlas di dunia ini demikian pula; tidak pernah terputus buahnya dan tidak pernah terlarang dicicipi.⁣.

🌴🌴🌴

⚉ Dan demikian pula Syirik, dusta, dan riya’ adalah pohon di dalam hati manusia. Buahnya di dunia ini adalah rasa takut, kegelisahan, kesempitan hati, dan gelapnya hati.. ⁣

🌴🌴🌴

⚉ Sedangkan buahnya di akhirat adalah zaqqum (makanan ahli neraka) dan azab yang kekal. Kedua pohon inilah yang disebutkan Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Al-Qur’an surat Ibrahim..” ⁣

(Lihat Al-Fawaa’id, hal. 214).⁣

TUJUH PRINSIP KEBAHAGIAAN

TUJUH PRINSIP KEBAHAGIAAN

١. لاتكره أحدا مهما اخطأ في حقك.

Jangan pernah membenci siapapun meski mendzolimi hakmu.

٢. لاتقلق أبدا مهما بلغت الهموم.

Jangan panik meski deritamu memuncak.

٣. عش في بساطة مهما علا شأنك.

Hiduplah sederhana meski statusmu / pangkatmu tinggi.

٤. توقع خيرا مهما كثر البلاء.

Berharaplah kebaikan meski ujianmu bertubi-Tubi.

٥. أعط كثيرا ولو حرمت.

Berikan sebanyak yang kau punya meski kau sedang kesulitan.

٦. إبتسم ولو القلب يقطر دما.

Senyumlah meski hatimu mengucurkan darah (karena terluka).

٧. لاتقطع دعاءك لأخيك المسلم بظهر الغيب.

Jangan hentikan doamu untuk saudaramu yang muslim ketika tidak ada.

– Sayyidina Ali Bin Abi Thalib –

PENGERTIAN HUSNUL KHATIMAH

HUSNUL KHATIMAH itu tidaklah semestinya dengan mati di dalam masjid atau di atas tikar sejadah atau mati dalam keadaan memegang mushaf.

Sedangkan sebaik-baik manusia, Rasulullah SAW sendiri wafat di tempat pembaringannya.

Sebaik-baik Sahabat yang merupakan teman rapat baginda SAW, Abu Bakr al-Siddiq juga meninggal di tempat tidurnya.

Khalid bin al-Walid pejuang yang telah menempuh 100 medan peperangan tanpa kalah dan digelar “Pedang Allah Yang Terhunus” juga meninggal di atas katilnya.

Namun…

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari SYIRIK.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari NIFAQ.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari BIDAAH.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan berada di atas landasan AL-QURAN dan AL-SUNNAH.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan tidak menanggung bebanan KEZALIMAN terhadap saudara seagama dan sentiasa menunaikan HAK ALLAH dan HAMBA-NYA.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan HATI YANG BERSIH dari dendam, sangka buruk dan dengki terhadap saudara seagama, hati yang disulami ketulusan NIAT dan diri yang dihiasi dengan keindahan AKHLAK.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan sentiasa memelihara SOLAT LIMA WAKTU secara berjemaah dan sentiasa menunaikan segala KEWAJIPAN yang telah diperintahkan Allah.

Semoga Allah mengurniakan kita kesudahan yang baik dalam setiap urusan dan memelihara kita dari kerugian dunia serta azab akhirat.

-Nasihat emas Syeikh al-‘Uthaymin رحمه الله-

MUSAHABA DIRI

MUSAHABA DIRI❄️

🤍☘️Hati yang bersih, tak akan pernah menyakiti hati orang lain, jika ia di sakiti sekalipun, ia membalasnya dengan Sebuah senyuman kebaikan…

🤍☘️Hati yang suci, tak akan pernah mengecewakan orang lain, jika ia dikecewakan, ia akan membalasnya dengan kesabaran Dan do’a2 untuk kebaikannya..

🤍☘️Hati yang baik, ia tak akan pernah merasa dirinya paling baik karena baginya semuanya punya kebaikan Dan kekurangn

🤍☘️Hati yang ikhlas akan terpancar dari raut wajah, ia sentiasa kelihtan ramah Dan mesra dalam berbicara..

🤍☘️Hati yang tulus akan Menenangkan jiwa, menghadirkan secebis perkataan yang lembut, memiliki kesederharnaan dalam bersikap

🤍☘️Ingatlah ☘️🤍

Kita takkan pernah sempurnah dimata manusia

🤍☘️Biarlah Allah yang menilai kita.. Karena Allah tahu apa yang ada dihati kita. 🤲Semoga kita menjadi pribadi yang baik Dan memiliki hati yang terbaik 🤍

Berkata Seorang Ahli Hikmah…

Berkata Seorang Ahli Hikmah…

..aku mengenali jalan yang lurus dengan melalui jalan yang berliku…

..aku mengenali nilai kehidupan dengan jalan kematian…

..aku menemui kegembiraan dalam banyaknya tangisan…

..aku mengenali kenikmatan dengan banyaknya mujahadah dan penderitaan…

..aku mengenali kesabaran dalam banyaknya keluhan dan kemarahan…

..aku menemui puji-pujian melalui kejian dan penghinaan padaku…

..aku menemui nikmat kesihatan dalam kecuaian dan kesakitanku…

..aku menemui kesyukuran melalui kesusahan dan kepayahanku…

..aku menemui keampunanNya dalam memaafkan kesalahan orang lain…

..aku menemui ketiadaan daya upayaku melalui ketaatan dan kebajikanku….

..aku menemui keinsafan melalui kesilapan dan kesalahan…

..aku menemui taubat melalui penyesalan perbuatan dosaku dan…

..aku mengenali TuhanKu dengan banyaknya keaiban dan cacat cela dalam diriku…

: لاحول ولا قوة إلا بالله

Di setiap kurniaan dan musibah yang melanda.

Ada ibrah yang tersembunyi rahsia dalam Pemilik segala Rahsia.

Ingatlah takdir Allah tidak ada yang tidak baik..

Tinggal kita untuk mencari hikmah..

Mencari Cinta dan Kasih Ilahi

PENGERTIAN SABAR

“`SABAR ITU ..

Bila hati dalam kesakitan,

Namun bibir masih mengukir senyuman.

SABAR ITU ..

Bila diri tak dihargai dan tak dilayan,

Namun masih tetap buat yang terbaik.

SABAR ITU ..

Bila dia menangis di malam hari,

Namun keesokan pagi dia nampak macam biasa.

SABAR ITU ..

Bila dia kekal bertahan,

Walaupun sebenarnya dia dah tak tahan.

SABAR ITU ..

Bila dia menjaga hati orang lain,

Sehingga terlupa akan hati sendiri.

SABAR ITU ..

Bila dia seringkali dilukai,

Namun dia sentiasa rawat sendiri.

SABAR ITU ..

Bila hidup tak seindah yang dibayangkan,

Namun dia tetap teruskan kehidupannya.

SABAR ITU ..

Bila doanya belum dimakbulkan Tuhan,

Namun dia tak putus asa untuk berdoa.

WALAUPUN ..

Bersabar itu berat, sungguh beruntunglah orang yang sentiasa bersabar.

KERANA ..

Sesungguhnya ada sesuatu yang begitu indah di sebalik kesabaran.

‘Sabar itu seperti namanya pahit rasanya, namun akhirnya lebih manis daripada madu’.

Create your website with WordPress.com
Get started