Manusia hari ini suka bersangka-sangka.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka.

Ada sangka baik.

Ada sangka buruk.

Orang beribadah disangka riak.

Orang rileks disangka malas.

Orang berpakaian baru disangka menunjuk.

Orang berpakaian buruk disangka hina.

Orang makan banyak disangka pelahap.

Orang makan sedikit disangka diet.

Orang yang senyum disangka mengejek.

Orang yang masam disangka merajuk.

Orang berbincang disangka mengumpat.

Orang yang diam disangka menyendiri.

Orang yang menawan disangka menggoda.

Orang yang ceria disangka mengada.

Orang yang bertanya disangka menyibuk.

Hakikatnya, mana tahu.

Yang senyum itu kerana bersedekah.

Yang masam itu kerana mengenang dosa.

Yang berbincang itu memberi pendapat.

Yang diam itu kerana beribadah.

Yang menawan itu bersih wataknya.

Yang ceria itu cerdas mindanya.

Yang bertanya itu prihatin orangnya.

Justeru, sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka sangka-sangka.

Allah berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.

Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.

Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?”

Al-Hujuraat 49:12

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Umar bin al-Khattab r.a

KAPSUL PENYUCIAN JIWA

KAPSUL PENYUCIAN JIWA

لسانك يعبِّر عما في قلبك..

Lisan-mu adalah gambaran dari apa-apa yang tersimpan didalam hatimu

 فكل كلمة سيئة دالة على سوء في قلبك ،

Maka setiap kalimat yang buruk,menunjukkan atas buruknya apa-apa didalam hatimu

كل غيبة دليل على ظلمة في قلبك ،

Setiap gosip menunjukkan atas gelapnya apa-apa didalam hatimu

كل كذبة دليل على سوء في قلبك ،

Setiap kebohongan menunjukkan atas jeleknya apa-apa didalam hatimu

كل يمين كاذبة دليل على كدرة ووسخ في قلبك ،

Setiap sumpah palsu menunjukkan atas keruh & kotornya apa-apa didalam hatimu

كل سبٍّ على صغير أو كبير بل على حيوان دليل على ظلمة في قلبك..

Setiap cacian baik atas anak kecil atau-pun orang dewasa bahkan cacian atas hewan sekali-pun menunjukkan atas gelapnya apa-apa didalam hatimu.

اللسان ترجمان الجنان فكن صدوقَ اللسان طاهر الجنان.

Lisan adalah merupakan gambaran hati,maka jadilah dirimu pribadi yang memiliki lisan yang jujur,suci hati…

Create your website with WordPress.com
Get started