DUHAI DIRI YANG LALAI

DUHAI DIRI YANG LALAI

– Jangan bertangguh untuk menjadi Hamba Allah yang Soleh. Jaga solat dan ibadah.

– Jangan bertangguh menjadi Wanita yang Solehah, jaga maruah dan tutup aurat.

– Jangan bertangguh menjadi anak yang berbakti, jaga baik-baik hati ibu dan ayah.

– Jangan bertangguh menjadi isteri yang taat dan terhormat, usaha laksanakan hak suami.

– Jangan bertangguh menjadi Ibu yang mithali, penyayang dan lembut.

– Jangan bertangguh untuk menjadi pencinta al-Quran, zikir, solat, sedeqah, ilmu dan lain-lain.

– Jangan bertangguh menjadi apa yang Allah dan Rasulullah mahu kita jadi iaitu memiliki akhlak yang Mahmudah, menjaga tutur kata lidah, pandangan mata dan pendengaran telinga.

– Apa yang kita mahu belum tentu apa yang Allah redha. Namun bila buat apa yang Allah redha kita akan jadi apa yang perlu kita jadi.

– Sampai bila mahu bertangguh?

Ajal bukan semakin menjauh, Malaikat Maut takkan sesaat pun bertangguh!

Firman Allah SWT:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ.

(QS. al-A’raf : 34)

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walaue sesaat pun.”

Kain kafan sedang ditenun,

Keranda sedang dipaku,

Meniti hari meniti tahun,

Kematian yang semua kan bertemu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: