APA ITU ALLAH ?

JIKA DITANYA APA ITU ALLAH?

SOALAN :

Kalau orang tanya Allah itu apa macamana kita nak beri jawapannya?

Kadang-kadang terbayang dalam hati tuhan itu mungkin seperti kita semua cuma dia sangat berkuasa.

Macamana nak yakinkan hati apa yang terbayang itu tidak benar?

JAWAPAN :

Sebagai jawapan pertanyaan tuan ini adalah sangat sesuai dan elok saya lampirkan apa yang telah disebut oleh Syeikh Ba’lawi pada muqaddimah kitab Sullam Taufiq.

Berkata Al-Faqih Syeikh Abdullah Ba’lawi Al-Hadhrami As-Syafie :

مِنَ المُهِمِّ أَنْ يَعْرِفَ المُسْلِمُ كَيْفَ يُجِيبُ مَنْ يَسْأَلُ: “ما هُوَ اللهُ؟”، فَهَذا سُؤالٌ يَطْرَحُهُ كَثِيرٌ مِنَ الصِّغارِ، ولا يُحْسِنُ الإِجابَةَ عَلَيْهِ كَثِيرٌ مِنَ الكِبارِ؛ ويُمْكِنُ إجابَتُهُ إجابَةً صَحِيحَةً بِأَنْ يُقالَ: اللهُ تَعالَى مَوْجُودٌ لا يُشْبِهُ غَيْرَهُ مِنَ المَوْجُوداتِ، فَمَهْما تَصَوَّرْتَ بِبالِكَ فَاللهُ لا يُشْبِهُ ذٰلك، ولا يَعْلَمُ أَحَدٌ غَيْرُهُ تَعالَى حَقِيقَتَهُ، ولٰكِنَّنا بِناءً على الأَدِلَّةَ القَطْعِيَّةَ نَعْلَمُ يَقِينًا عَنِ اللهِ تَعالَى أُمُورًا مِنْها:

حَقِيقَةُ اللهِ تَعالَى لَيْسَتْ كَحَقِيقَةِ أَحَدٍ غَيْرِهِ، فَلَيْسَ تَعالَى مِنْ أَفْرادِ الكَوْنِ أي العالَمِ؛

لَيْسَ اللهُ تَعالَى في أيِّ مَكانٍ أو جِهَةٍ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ ذا جِسْمٍ وحَجْمٍ وشَكْلٍ؛

لا يَحْتاجُ الله تعالى إِلى شَيْءٍ، ولا يَتَضَرَّرُ بشيءٍ، ولا يَنْتَفِعُ بِشَيْءٍ؛ لِأَنَّ لَهُ الكَمالَ المُطْلَقَ؛

اللهُ تَعالَى لا بِدايَةَ لِوُجُودِهِ، فَلَيْسَ لَهُ خالِقٌ كَغَيْرِهِ؛

اللهُ تَعالَى خالِقُ كُلِّ ما سِواهُ، أيِ كُلِّ ما في العالَمِ؛

ما أَوْهَمَتْ ظَواهِرُهُ مِنَ الآياتِ الكَرِيمَةِ والأَحادِيثِ الشَّرِيفَةِ اتِّصافَ اللهِ تَعالَى بِصِفَةٍ مِنْ صِفاتِ المَخْلُوقاتِ، كَالجِسْمِ والمَكانِ والحَرَكَةِ والسُّكُونِ، فَتَفْسِيرُهُ الصَّحِيحُ غَيْرُ ذٰلك قَطْعًا

Artinya : “Dan setengah dari perkara yang sangat penting bahawa diketahui olih orang Islam bagaimana menjawab orang yang bertanya : Apakah itu Allah?. Maka soalan ini banyak dilontarkan oleh budak-budak yang tidak dapat menjawabnya dengan baik oleh kebanyakkan orang dewasa. Dan mungkin oleh jawabnya sebagai jawapan yang sahih dengan bahawa berkata ia :

Allah itu wujud tanpa menyerupai akan selainnya dari segala yang ada ini. Maka apa sahaja yang tergambar pada hatimu maka Allah itu tidak menyerupai yang demikian itu. Dan tiada seorang jua selain Allah yang tahu akan hakikat-Nya akan tetapi kita yang berasaskan dalil-dalil yang pasti dapat kita ketahui secara yakin daripada Allah Taala beberapa perkara.

Setengah daripadanya :

Hakikat Allah itu tidak seperti hakikat selain-Nya. Maka tiadalah Allah itu sebahagian daripada alam ini. Tiadalah Allah itu pada mana-mana tempat atau arah dari kerana sungguhnya Dia bukan empunya tubuh dan badan dan bentuk.

Allah tidak memerlukan kepada suatu dan tidak termudarat oleh suatu dan tiada mengambil menafaat dengan suatu kerana sungguhnya bagi-Nya kesempurnaan yang mutlak.

Allah Taala tiada permulaan bagi wujud-Nya maka tiadalah bagi-Nya pencipta seperti lainnya.

Allah Taala yang mencipta segala sesuatu yakni segala yang ada pada alam ini.

Sekelian ayat-ayat Quran yang mulia dan hadith-hadith yang pada zahirnya memberi sangkaan bersifatnya Allah dengan satu sifat dari sekelian sifat makhluk seperti bertubuh dan bertempat dan bergerak dan diam maka tafsirannya yang sahih ialah bukan yang demikian itu sama sekali.” (Kitab Sullam At-Taufiq)

InsyaAllah inilah jawapan yang elok sebagai menjawab pertanyaan orang-orang yang bertanya apa itu Allah dan inilah juga perisai yang ampuh bagi menolak lintasan syaitan yang datang pada hati manusia menyerupakan Allah dengan makhluk yang tiada lain tujuannya melainkan hendak menyesatkan manusia.

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: