Doa Qunut Nazilah Khusus Wabak COVID-19

Doa Qunut Nazilah Khusus Wabak COVID19

‎اللّهُمَّ اهْدِنَا فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيْمَنْ عَافَيْتَ،

Ya Allah berikanlah kami hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Berikan kesihatan kepada kami sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

‎وَتَوَلَّنَا فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لَنَا فِيْمَا أَعْطَيْتَ،

Dan peliharalah kami sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

‎وَقِنَا بِرَحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِى وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ،

Dan selamatkan kami dengan rahmatMu dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang dihukum.

‎فَإِنَهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ،

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

‎تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ،

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

‎وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ،

Kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.

‎اللّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلَآءَ وَالْوَبَآءَ، وَخُصُوْصًا الْوَبَآءَ وَيْرُوْس الْكُوْرُوْنَا،

Ya Allah hindarkanlah kami daripada musibah dan wabak penyakit,

Dan khususnya wabak virus CORONA,

‎وَالْغَلَآءَ وَالْمِحَنَ وَالْفِتَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ،

Dan (hindarkanlah kami daripada) kejatuhan ekonomi dan kesulitan dan ujian,

Dari segi zahir mahupun batin.

‎عَنْ بَلَدِنَا هَذَا خَآصَّةً، وَعَنْ بُلْدَان عَآمَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ،

Di negara kami ini khususnya (Malaysia)

Dan negara-negara lain umumnya. Wahai tuhan sekalian alam.

‎وَصَلَّ اللّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Aamiin Ya Allah..

Aamiin Ya Rahman..

Aamiin Ya Raahim..

Birahmatika Ya Arhama Raahiimin..

Aamiin Allahumma Aamiin.

يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ  ءَامِنــَّـا مِمَّا نــَخَافُ

يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ  سَلِّمْنــَا مِمَّا نــَخَافُ

يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ  نــَجِّنــَا مِمَّا نــَـخَافُ

Wahai Allah Yang Memberikan Keamanan Kepada Sesiapa yang takut

Berikanlah kami aman (di dunia) terhadap apa sahaja yang kami takut..

Wahai Allah Yang Memberikan Keamanan Kepada Sesiapa yang takut

Berikanlah kami sejahtera (di akhirat) terhadap apa sahaja yang kami takut..

Wahai Allah Yang Memberikan Keamanan Kepada Sesiapa yang takut

Keluarkanlah kami dari apa sahaja yang kami takut..

Laisa laha min dunillahi kashifah

Tiada baginya selain Allah yang maha melindungi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s