KEHIDUPAN DALAM NERAKA

✍NERAKA adalah tempat yang Allah SWT cipta buat manusia yang ingkar perintah-Nya.

✍Manusia berdosa yang tidak memohon keampunan Allah SWT juga adalah golongan menempah ruang ke neraka.

✍Kealpaan manusia beriman kepada Allah SWT dan kegagalan mematuhi perintah-Nya menunjukkan betapa manusia mengharapkan keampunan daripada-Nya.

✍Hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT sahaja yang boleh menyelamatkan manusia daripada termasuk dalam golongan ahli neraka.

✍Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

✍Surah an-Nisa’, ayat 48.

✍Ayat diatas jelas menunjukkan Allah SWT memiliki sifat Maha Mengasihani (Ar-Rahim) kepada hamba-Nya.

✍Setiap dosa akan diampuni Allah SWT sekiranya diri hamba yang melakukannya itu kembali bertaubat.

✍Mana-mana hamba Allah SWT yang tidak memperoleh keampunan daripada-Nya adalah golongan yang tidak mengiktiraf keesaan-Nya.

✍Maka, layaklah mereka menjadi penghuni neraka yang disediakan untuk membalas perbuatan melampaui batas itu.

Neraka juga disediakan untuk hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT namun tidak kembali bertaubat menyesali perbuatan dosa yang dilakukannya.

✍Sedangkan pintu taubat dibuka seluas-luasnya untuk mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan jahat ketika hidup di dunia.

✍Gambaran neraka dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran.

✍Ia sangat menggerunkan jiwa yang memiliki iman.

✍Neraka digambarkan sebagai seburuk-buruk tempat tinggal.

✍Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:

“Sesungguhnya neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.”

✍Surah al-Furqan, ayat 66.

✍Neraka juga disebut sebagai seburuk-buruk tempat dengan gambaran seksaan yang terdapat di dalamnya.

✍Padanya terdapat api marak menjulang. Hal itu dinyatakan Allah SWT pada ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah melaknat orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang.

✍Surah al-Ahzab, ayat 64.

Wallahu’alam bisshawab C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s