7 PERKARA MENYEBABKAN MURTAD.

Asas murtad

Asas murtad itu adalah keingkaran samada keingkaran itu dilakukan dengan perbuatan atau perkataan atau niat seperti berikut:-

1)Mengingkari Allah dan rasulnya atau salah satu sifat atau lebih daripada sifat – sifat Allah dan rasulnya atau salah satu nama atau lebih daripada nama – nama Allah dan rasulnya yang telah ijmak oleh sekelian ulama akan sabitnya.

2)Mengingkari satu ayat daripada ayat – ayat Al Quran atau lebih yang telah ijmak sekelian ulama Islam bahawa ayat tersebut merupakan ayat Al Quran.

3)Mengingkari hadis – hadis nabi yang mutawattir iaitu hadis – hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang sampai kepada bilangan mustahil untuk mereka berpakat mengadakan dusta atau mustahil mereka melakukan kesilapan di dalam perkara yang sama.

4)Mengingkari satu rukun daripada rukun – rukun iman atau lebih atau mengingkari satu rukun daripada rukun – rukun Islam atau lebih.

5)Mengingkari satu kewajiban atau lebih yang telah ijmak ulama akan wajibnya seperti kewajiban berbuat baik kepada ibu bapa , kewajiban menunaikan janji dan seumpamanya.Ini termasuk juga jika perintah yang sunnat sekalipun.

6)Mengingkari satu keharaman atau lebih daripada perkara – perkara yang dilarang oleh Allah yang telah ijmak ulama akan haramnya seperti haram minum arak , makan daging babi dan seumpamanya.Ini termasuk juga walaupun larangan yang makruh.

7)Mengkafirkan orang yang beriman atau tidak mengkafirkan orang yang telah jelas kekafirannya.

Murtad boleh berlaku walaupun dilakukan dengan niat bergurau dan bermain – main.Wal iyazubillah.Sabda rasulullah saw

Ertinya :Tiga perkara yang jika dilakukan bersungguh – sungguh jadi sungguh dan jika dilakukan secara bermain – main pun menjadi sungguh iaitu murtad , menceraikan isteri dan membebaskan hamba.

Walaubagaimanapun hukuman murtad tidak dapat dijatuhkan jika murtad itu berlaku di dalam keadaan dipaksa dengan ancaman bunuh atau disiksa dengan siksaan yang tidak tertanggung pada adat atau dilakukan di dalam keadaan lupa atau jahil. C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s