3 PERKARA MENYEBABKAN ANDA MENJADI ORANG KAFIR

Perkara – perkara yang membatalkan syahadah

Batal syahadah dengan salah satu daripada tiga jalan :-

1)Perbuatan.Iaitu melakukan perkara – perkara yang pada urufnya menunjukkan telah hilang kepercayaannya kepada agama Islam seperti sujud kepada berhala , membuang ancak , mencium kitab agama lain dan seumpamanya.

2)Perkataan.Iaitu dengan mengucapkan perkataan yang pada urufnya menunjukkan telah hilang kepercayaannya kepada agama Islam seperti mengejek – ngejek agama Islam dengan perkataan , menghalalkan perkara yang haram atau mengharamkan perkara yang halal.Begitu juga mempersendakan sunnah nabi dengan perkataan.

3)Niat.Seperti diiktikadkan ada agama yang sama atau lebih baik daripada agama Islam.Begitu juga mengiktikadkan ada hukum yang sama atau lebih baik daripada hukum Islam.Atau berniat untuk keluar daripada agama Islam , walaupun niat tersebut digantungkan kepada suatu masa yang akan datang menjadi batal syahadahnya ketika itu juga.

Orang yang telah batal syahadahnya menjadi murtad (terkeluar daripada agama Islam) dan wajib diminta taubat daripadanya dengan diberi tempoh selama tiga hari.Sekiranya ia enggan maka wajib dibunuh oleh pemerintah dan jenazahnya tidak boleh diperlakukan sebagai jenazah muslim seperti dimandikan , dikafankan , disembahyangkan , dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam.Sabda rasulullah saw

ﻣﻦ ﺑﺩﻝ ﺩﻳﻧﻪﻓﺎﻗﺗﻟﻭﻩ

Ertinya :Barang siapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.

Sabda rasulullah saw lagi

ﻻ ﻳﺣﻝ ﺪﻡ ﺍﻣﺭﺉ ﻤﺳﻟﻡﺇﻻ ﻣﻦ ﺇﺣﺪﻯ ﺛﻼﺙ ﺍﻟﺛﻳﺏ ﺍﻟﺯﺍﻧﻲ ﻭﺍﻟﻧﻓﺱ ﺒﺎﻟﻧﻓﺱ ﻭﺍﻟﺗﺎﺭﻚ ﻟﺩﻳﻧﻪ ﺍﻟﻣﻓﺎﺭﻖ ﻟﻟﺟﻣﺍﻋﺔ

Ertinya :Tidak halal darah seseorang muslim itu melainkan salah satu daripada tiga perkara orang yang telah berkahwin tetapi berzina , orang yang melakukan jenayah membunuh dan orang yang keluar daripada agama dan memisahkan diri daripada jamaah. C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s