Umat Islam wajib bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT
seperti nikmat bernafas dan sebagainya.
Berikut 4 Cara Untuk Bersyukur :
1- BERSYUKUR DENGAN HATI, dilakukan dengan menyedari
sepenuhnya bahawa segala nikmat dan rezeki yang didapati
semata-mata merupakan kurniaan dan kemurahan Allah SWT.
2- BERSYUKUR DENGAN LISAN, bila hati seseorang telah yakin
bahawa segala nikmat yang didapati berasal dari kurniaan
Allah SWT pasti mengucap dengan lisan lafaz “Alhamdulillah “.
3- BERSYUKUR DENGAN TINDAKAN, semua nikmat yang diperolehi
mesti dimanfaatkan di jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
4- MEMELIHARA NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT, hal ini seperti
menjaga amanah dari Allah, menjaga kesihatan tubuh untuk
beribadat kepada Allah SWT dan menjauhi makanan serta perkara
haram.
Assalamualaikum & Salam Ukhuwah Islamiah.
Untuk mendapat maklumat yang lebih berguna dan menarik sila layari laman ini :
https://jipskelantan88695409.wordpress.com/2020/10/19/4-cara-mensyukuri-nikmat-allah-swt/
Sila follow blog kami dan sebarkan demi berkongsi ilmu dan pahala jariah.