5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam

5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam

Muamalat adalah urusan yang melibatkan hukum syariat dan bersangkut paut dengan urusan dunia dimana aktiviti manusia pada hari ini adalah jual beli, pinjam meminjam dan sebagainya.

Sama ada daripada sudut kepentingan individu, ekonomi atau sosial Islam, muamalat merupakan proses atau tatacara perhubungan manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing dengan berlandaskan syariat Islam.

Muamalat perlu dilakukan berteraskan keimanan dan ketawaan kepada Allah Swt disamping ia dapat memberi keuntungan kepada ekonomi individu dan masyarakat. Urusan muamalat juga mementingkan akhlak mulia seperti jujur, adil, amanah dan lain-lain lagi.

Krisis akan berlaku sekiranya terdapat unsur-unsur yang dilarang dalam muamalat sesama manusia. Urusan tidak diredhai, ekonomi tidak berkembang dan banyak lagi risiko yang bakal terjadi.

Oleh itu, penting untuk kita ketahui apakah unsur yang dilarang dalam muamalat Islam yang perlu kita jauhi.

#1 Riba’

Riba’ berlaku apabila telah berlakunya perjanjian yang menyebabkan jumlah tambahan perlu dibayar lebih banyak kadar sepatutnya dari jumlah pinjaman.

Keuntungan yang berlebih-lebihan ini amat ditegah dalam Islam untuk urusan perbankan dan apa juga jenis transaksi.

#2 Gharar

Gharar bermaksud ketidakpastian seseorang atau kedua-duanya berkaitan sesuatu produk atau perkhimatan dari segi ciri-ciri dan sifat objek tersebut pada masa kontrak dilakukan. 

Perniagaan yang ada unsur gharar amat ditegah.

#3 Judi

Judi adalah salah satu unsur yang dilarang dalam Muamalat Islam. Ia dikenali dengan nama al-maisir atau al-qimar dalam bahasa Arab. 

Judi bermaksud pertaruhan di mana salah seorang akan mengaut keuntungan tetapi ia bersifat sia-sia.

#4 Tipu Atau Khianat

Penipuan dalam sesebuah muamalat sangat dimurka Allah SWT.  Di antara contoh penipuan yang berlaku pada hari ini termasuklah memaksa, menindas, memonopoli, menyembunyikan kecacatan dan membuat persepakatan secara senyap.

#5 Barang Atau Perkhidmatan Yang Haram

Unsur yang dilarang dalam Islam juga termasuklah membuat jual beli atau transaksi yang melibatkan barang atau perkhidmatan yang haram di sisi Agama. 

Di antaranya adalah aktiviti pelacuran, judi, tilik nasib, barangan makanan babi, arak dan sebagainya lagi.

Itulah dia 5 unsur yang dilarang dalam muamalat Islam yang harus kita jauhi dalam apa jua transaksi. Sekiranya kita membuat urusan jual beli atau pelaburan sekalipun, semuanya haruslah berkonsepkan syariah dan menjauhi unsur-unsur yang

Sumber Rujukane-Muamalat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s