22 KESAN DOSA (III)

22 KESAN DOSA (III)

Firman Allah seterusnya yang bermaksud:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka             membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhan Mu menghendaki,             nescaya mereka tidak mengerjakan-nya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.   (Al- An’aam : 112)

“Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan senoktah warna hitam. Jika dia bertaubat dan beristighfar,  hatinya akan kembali putih bersih.   Jika ditambah dengan dosa lain,  noktah itu pun bertambah hingga  menutupi hatinya.Tahukah Anda sekalian apa akibat yang menimpa diri kita jika kita melakukan maksiat? Ibnu Qayyim Al-Jauziyah telah meneliti tentang hal ini.

 “Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah warna hitam.

Jika dia bertaubat dan beristighfar,  hatinya akan kembali putih bersih.    Jika ditambah dengan dosa lain,  noktah itu pun bertambah hingga            menutupi hatinya. Tahukah Anda sekalian apa akibat yang menimpa diri kita jika kita melakukan maksiat?  Ibnu Qayyim Al-Jauziyah telah meneliti  tentang hal ini. Menurutnya, ada 22    akibat yang akan menimpa diri kita. Kerana itu, renungkahlah, wahai para-para sahabat . Sambungan dari SIRI (II) :

17. Maksiat menghalangi syafaat Rasulullah dan Malaikat.

Kecuali,  bagi mereka yang bertaubat dan kembali kepada jalan yang lurus. Allah SWT  berfirman,

“(Malaikat-malaikat) yang memikul Arasy dan malaikat yang  berada di

sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman sambil   mengucapkan:

‘Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan  peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyla-nyala. Ya Tuhan kami dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Adnin yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh diantara

suami-suami  mereka, isteri-isteri mereka dan  keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan.” (Al-Mukmin: 7-9)

18. Maksiat melenyapkan rasa malu.Padahal, malu adalah pangkal kebajikan.

Jika rasa malu telah hilang dari diri kita, hilanglah seluruh kebaikan dari diri kita. Rasulullah bersabda, “Malu itu merupakan kebaikan  seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu,  berbuatlah sesukamu.” (HR. Bukhari)

19. Maksiat yang kita lakukan adalah bentuk meremehkan Allah.

Jika kita melakukan maksiat, secara sedar atau tidak, rasa untuk  mengagungkan Allah perlahan-lahan lenyap dari hati kita.

Ketika kita  bermaksiat, kita secara sedar atau tidak sedar, kita telah           memandang remah terhadap  ancaman azab  Allah. Kita mengacuhkan bahawa Allah Maha Melihat segala perbuatan kita. Sesungguhnya ini merupakan penderhakaan yang luar biasa  terhadap Dzat Allah SWT.

20. Maksiat memalingkan perhatian Allah atas diri kita..

Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat               berteman dengan syaitan. Allah berfirman, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.”  ( Al-Hasyir: 19)

21. Maksiat melenyapkan nikmat dan mendatangkan azab.

Allah SWT berfirman, “Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).” (Asy-Syura: 30)

Saidina Ali r.a. berkata, “Tidaklah turun bencana melainkan kerana dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan kerana taubat.” Kerana itu, bukankah sekarang waktunya bagi kita untuk segera bertobat dan             berhenti dari segala maksiat yang kita lakukan?Allah SWT.

22 . MAKSIAT MEMALINGKAN KITA DARI ISTIQOMAH BERIBADAH

Maksiat memalingkan diri kita dari sikap istiqamah beribadat beribadat kepada Allah SWT, kita hidup di dunia ini sebenarnya bagaikan seorang

peniaga dan peniaga yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi

Saudaraku, siapakah yang sanggup membeli diri kita dengan harga tinggi selain Allah?

Allah-lah yang mampu membeli diri kita dengan bayaran kehidupan surga yang abadi. Jika seseorang menjual dirinya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, sungguh ia telah tertipu!

Renungkanlah…

Semoga Allah menjaga kita semua dari perbuatan maksiat.

Amin.Muaz bin Jabal r.a, beliau berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Telah berfirman Allah SWT :

‘Telah berhaklah cinta-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, saling bermajalis kerana Aku, saling menziarahi kerana Aku dan saling berkorban kerana Aku’.”  (al-Muwaththa Imam Malik 2/94)1

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: