PERINGATAN DARI ILAHI (IV) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN
Membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar.”
(Surah al-A’raf: 33)
Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu.”
Berikut petikkan-petikan yang dambil dari Kitab Tanbihul Ghafilin untuk fikirkan, renungkan dan amalkan supaya kita sentiasa berada dilaluan yang benar;
23 Kelebihan mereka yang mendapat Ilmu Allah SWT:
1- Belajar ilmu mendapat pahala.
2- Mencari ilmu adalah ibadah.
3- Mengingati ilmu menyamai tasbih dan beribadat malam.
4- Menyelidik ilmu menyamai jihad.
5- Mengajar ilmu menyamai sedekah.
6- Memberi ilmu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meninggikan martabat di dalam Syurga.
7- Menjadi sahabat ketika kesunyian.
8- Menunjuk jalan kepada kesenangan.
9- Penolong ketika menghadapi kesukaran.
10- Memberi keindahan di tengah sahabat-sahabat.
11- Senjata dalam menghadapi musuh.
12- Meninggikan martabat sesuatu kaum.
13- Menjadikan insan pilihan Para Malaikat.
14- Mendapat doa dari semua makhluk di bumi dan di laut.
15- Dapat menghidup hati yang mati.
16- Menjadi pelita kepada kegelapan.
17- Memberi kekuatan kepada yang lemah.
18- Meninggikan darjat di dunia dan Akhirat.
19- Memerhati ilmu menyamai puasa.
20- Menyambung hubungan Silatul Rahim.
21-Dapat membezakan yang halal dan yang haram.
22- Orang yang mendapat ilmu Daripada Allah SWT akan bahagia dalam hidup.
23- Orang yang tidak mendapat ilmu daripada Allah SWT kehidupannya akan celaka dan rugi.
3 Perkara orang munafiq memandang remeh :
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang tua dalam Islam.
3- Orang mengajar Al-Quran dan memahaminya.
7 Kalimah memuliakan kita di sisi Allah :
1- Ketika memulakan sesuatu pekerjaan membaca Bismillah.
2- Ketika dapat selesaikan sesuatu pekerjaan membaca ” Alhamdulillah “.
3- Jika terlanjur sesuatu pada lidah atau pekerjaan, membaca Astaghfirullah .
4- Jika ingin melakukan sesuatu akan datang, membaca ” Insya Allah “.
5- Jika menghadapi sesuatu kesukaran, membaca” La Haula Wala Quwata Illa Billah Hilaliyil Azim “.
6- Jka ditimpa musibah, membaca ” Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun” .
7- Berzikir siang dan malam dengan lafaz ” La Ilaha IllAllah “.
6 Tanda taubat anda telah diterima oleh Allah SWT :
1- Tidak merasa dirinya terpelihara dari kemaksiatan.
2- Hatinya melihat bahawa kegembiraan itu sangat jauh dan kesedihan itu sangat dekat.
3- Senang hati apabila berada berdekatan dengan orang yang melakukan kebaikan, sekaligus menjauhi orang-orang yang berbuat dosa.
4- Memandang harta miliknya yang sedikit terasa banyak dan memandang amal Akhirat yang banyak terasa sedikit.
5- Sibuk dengan ketaatan kepada Allah SWT dan tidak menyibukkan diri dalam mencari rezeki yang telah dijanim oleh Allah SWT.
6- Sentiasa memelihara lidahnya, sentiasa bertafakkur serta mencemaskan dan menyesali dengan dosa yang pernah dikerjakannya.
5 Perkara pengubat hati :
1- Bergaul dengan orang-orang soleh.
2- Suka membaca dan memerhatikan Al-Quran.
3- Membersihkan perut daripada makanan yang haram.
4- Suka solat sunat di malam hari.
5- Zikir dan berdoa kepada Allah SWT ketika subuh.
4 Perkara menyebabkan hati tidak bahagia :
1- Orang bakhil yang tidak mahu membaca selawat kepada Nabi SAW apabila mendengar nama Nabi SAW disebut.
2- Orang yang tidak suka menjawab laungan azan.
3- Orang yang diminta bantuan untuk kebaikan lalu tidak suka membantu.
4- Orang tidak suka berdoa untuk dirinya dan orang mukmin sesudah solat.
7 Perkara tertolaknya doa:
1- Kamu telah melakukan amal yang memurkakan Allah SWT dan tidak bertaubat serta tidak menyesalinya.
2- Kamu mengakui kamu hamba Allah SWT tetapi kamu tidak berlaku sebagai seorang hamba Allah SWT yang patuh kepada majikanNya.
3- Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak memerhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan yang terkandung di dalam Al-Quran Nul Karim.
4- Kamu mengakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berminat untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW dan kamu masih tetapi makan benda yang haram.
5- Kamu mengakui dunia ini tidak bernilai di sisi Allah SWT walau sesayap nyamuk tetapi kamu masih berasa tenteram dan nyaman di dalamnya.
6- Kamu berkata dunia ini akan hilang tetapi kamu berbuat seakan-akan kekal selamanya.
7- Kamu mengakui Akhirat lebih baik daripada dunia tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh dalam usaha amal Akhirat, bahkan kamu tetap mengutamakan dunia daripada Akhirat.
SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK.
17 thoughts on “PERINGATAN DARI ILAHI (IV) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN”