Mencari Redha Allah Atas Karenah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata; “Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”. Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula; “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi; “Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”. Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata; “Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”. Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya; “Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah SWT sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil).

Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu. Allah Yang Maha Sempurna itu juga ada yang mengejinya dan membencinya. Nabi Muhammad SAW yang sopan santun lagi maksum itu juga ada yang mengejinya dan membencinya. Jadi siapalah kita yang tidak sempurna dan banyak kekhilafan ini. Kita manusia biasa dan jangan anggap kita luar biasa. Apapun, utamakan pandangan Allah, jangan diutamakan pandangan manusia, biarkan manusia berkata – kata. Yakinlah, Allah lah sebaik-baik hakim Yang Maha Adil yang paling layak mengadili tindak tanduk kita.


Ironinya hari kita lihat fenomena berikut kerap berlaku dikalangan masyarakat kita;Bila kita jadi jahat, orang benci.., bila jadi baik, orang meluat…Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita berlagak alim…, bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata… “Astaghfirullah! Apa la nak jadi… dah nak kiamat kot?…”Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita skema a.k.a nak tunjuk baik…, bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam takde masa depan..Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni bajet bagus…, bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni kurang ajar…Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni kampong gilerr…, bila kita pakai ‘dedah sana-sini’.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..Bila kita bagi nasihat, ada orang kata “jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?…..”, bila kita sindir-menyindir, ada orang kata “tak reti bagi nasihat leklok?..”Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata “yang sibuk sangat nak tolong buat keja orang lain watpe?”.., Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata “apesal pemalas sangat ni? Nak minta tolong pun susah?”..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini; Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula, perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia…. mari kita renung-renungkan.
Bila kita berdepan dengan BOB (Buat Orang Bersalah) dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa ‘give up’ dalam proses untuk berubah ini. Don’t simply surrender. Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi. Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?
#1 : Sabar Dan Kuatkan HatiInilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar. Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita. Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat. Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya. Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi..
#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selambaBiasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka. Oleh apa yang boleh kita buat? Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana? Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?” Kita boleh membalas, “Takde la baik sangat..”. Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali. Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka. Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir, mereka mengharapkan kita tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin. Sebaliknya jika kita cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ kita tidak menjadi. Oleh itu kekal tenang dan senyum. Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan. Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita. Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah. Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka. Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.
#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakanKeep your eyes on the ball – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus. Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Pernahkan kita menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang? Perasankah kita ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain. Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain. Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan. Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan. Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif. Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini? Berdirilah atas kaki kita sendiri. Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik. Jika kita memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita. Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!

#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu. Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa. Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan. Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.
Penutup: Berdoalah kepada AllahJelas, hakikatnya dari 99 kebaikan yang kita dilakukan boleh tertutup dengan 1 kejahatan yang kalau dilakukan. Walaupun sebenarnya kita tidak melakukan kejahatan berkenaan. Penyakit hati manusia ini sukar untuk dikikis. Apabila tidak bendung, makin bercambah dalam diri. Manusia sebegini fikiran dan hatinya terlalu negatif. Dapat sesuatu isu terus dirasakan negatif. Terus menerus memang serong terhadap manusia lain. Tiada sesiapa yang dapat mengubah tafsiran dan tanggapan ini, hanyalah diri sendiri jua.
Jadi sekiranya kita tidak mampu mengawal mereka yang senantiasa membuat penilaian terhadap manusia lain ini, makanya kita redhakan saja. Itu yang terbaik. Manusia akan terus berkata-kata dan berfikiran negatif. Jadi, utamakan pandangan Allah SWT daripada penilaian manusia. Semua orang sedia maklum, sebaik mana pun kebaikan yang ditaburkan oleh seseorang tu, orang tetap mengata yang bukan-bukan. Orang tetap berfikiran negatif. Ada saja cacat cela. Ada saja yang tak kena. Lumrah sebagai insan manusia. Tapi kita tahu, bukan semua orang begitu. Mungkin segelintir daripada kita. Yang masih punya rasa tidak berpuas hati dengan manusia lain. Jadi, rahmatilah mereka. Dan kita terus jadi diri sendiri. Jadi diri sendiri hanya bermatlamatkanNya. Terus lakukan apa sahaja yang kita rasa itu adalah baik untuk kita. Baik untuk semua.

Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah. Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati. Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya. Mungkin kalian ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan? Catatkan apa yang bermain dalam fikiran kalian sekarang pada ruangan komen dibawah.

https://perjalanantanpahenti.blogspot.com/2014/11/mencari-redha-allah-atas-karenah-manusia.html

Assalamualaikum  &  Selamat  Pagi,

FURMAN ALLAH SWT YANG BERMAKNA

SESUNGGUHNYA KAMU TIDAK AKAN DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG YANG KAMU KASIHI, TETAPI ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG YANG DIKEHENDAKI-NYA, DAN ALLAH LEBIH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG MAU MENERIMA PETUNJUK. Surah Al-Qasas : 56

Mohon  Kunjungi Blog Kami Untuk Mendapat Maklumat Tentang  Al-Quran Mendahului Sains  Dan Lebih 80 Blog Gerbang Ilmu Agama Terbaik :

PERINGATAN DARI ILAHI (IV) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN

https://jipskelantan88695409.wordpress.com/2020/09/13/peringatan-dari-ilahi-iv-ringkasan-kitab-tanbihul-ghafilin/

Sama2 Kita Berkongsi Pahala Jariah Dengan Menyebarkan Bahan2 Agama Yang Bermanfaat, Mohon Para Sahabat Follow Blog Kami Dan Beri Pandangan Berguna, Terima Kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s