PERINGATAN DARI ILAHI (III) – KITAB TANBIHUL GHAFILIN

Membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar.”  

(Surah al-A’raf: 33)

Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu.”

Berikut petikkan-petikan yang dambil dari Kitab Tanbihul Ghafilin untuk fikirkan, renungkan dan amalkan supaya kita sentiasa berada dilaluan yang benar;

4 Kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW berkaitan dengan dosa :

Nabi Adam A.S. berkata : Sesungguhnya Allah SWT telah memberi kepada umat Muhammad 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku ,

1- Menetapkan tempat taubatku di Makkah sedangkan umat Muhammad diterima taubat mereka di mana-mana tempat.

2- Dahulu aku berpakaian tetapi apabila aku berdosa ditelanjangkan, sebaliknya umat Muhammad berbuat dosa dengan telanjang Allah SWT tetap memberi pakaian pada mereka.

3- Ketika akau berbuat dosa, aku dipisahkan dengan isteriku, tetapi umat Muhammad berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isteri mereka.

4- Saya melakukan dosa didalam Syurga lalu dikeluarkan, tetapi umat Muhammad berbuat dosa di luar Syurga kemudian mereka dimasukkan ke dalam Syurga. “.

5 Hikmah dan Keistimewaan Umat Nabi Muhmmad SAW :

  1- Allah SWT menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.

2- Mereka dijadikan kecil supaya tidak membazir dari segi makanan dan pakaian.

3- Umur mereka dijadikan pendek supaya tidak banyak melakukan dosa.

4- Mereka dijadikan fakir supaya ringan hisab mereka di Akhirat kelak.

5- Mereka dijadikan umat terakhir supaya tidak lama berada dalam kubur.

4 Nasihat yang mampu menghancurkan sifat Takabbur :

1- Mengingati bahawa taufik hidayah untuk beramal adalah datang daripada Allah SWT, maka dia akan bersyukur kepada Allah SWT.

2- Mengingati bahawa semua nikmat yang diterima adalah daripada Allah SWT, maka dia akan sibuk mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT tanpa merasaka ujub dan bangga diri.

3- Takut amalannya tidak diterima oleh Allah SWT, maka dia akan sentiasa bimbang amal ibadatnya tidak diterima oleh Allah SWT.

4- Mengingati segala dosa yang telah dilakukannya sehingga dia bimbang dosa-dosanya melebihi daripada amal soleh yang telah dilakukannya.

4 Kerangka yang mampu menegakkan Islam :

1- Yakin.     2- Adil.  3- Sabar.    4- Jihad.

5 Perkara menghalalkan usaha anda di sisi Allah SWT :

1- Jangan menunda sesuatu kewajipan terhadap Allah SWT dan jangan menguranginya.

2- Usaha anda jangan mengganggu makhluk lain.

3- Tanamkan niat dalam usaha anda untuk menjaga kehormatan anak      keluarga bukan semata-mata  mengumpul kekayaan.

4- Jangan memaksa diri dalam usaha.

5- Jangan menganggap rezeki berhasil melalui usaha yang anda lakukan tetapi rezeki yang dapat dicapai adalah anugerah Allah SWT secara langsung, kerana usaha anda adalah penyebab semata-mata.

5 Sifat mulia usahawan Islam :

1- Lidah yang suci dari dusta dan sumpah.

2- Hati yang bersih dari menipu, khianat dan hasad dengki.

3- Jiwa yang menjaga solat Jumaat dan  Jamaah.

4- Menuntut Ilmu.

5- Mengutamakan Allah SWT melebihi segala-galanya.

7 Kemuliaan bersama majlis ilmu Ulamak :

Orang yang duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh alim-ulamak akan mendapat 7 kemuliaan,  walaupun tidak mampu mengingati apa yang diajari oleh ulamak tersebut:

1- Kebesaran orang menuntut ilmu.

2- Tempoh masa berada dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada melakukan dosa.

3- Setiap langkah menuju kemajlis ilmu ulamak akan mendapat rahmat.

4- Setiap rahmat yang diturunkan untuk alim ulamak, anda akan mendapat bahagian yang sama.

5- Setiap perkataan yang didengar akan mendapat pahala.

6- Para Malaikat akan memayungi mereka yang menuntut ilmu dengan penuh kerahmatan.

7- Setiap langkah penuntut ilmu akan mendapat pahala dan terhapus dosa serta meninggikan martabatnya di dalam Syurga Allah SWT.

4 Perkara menyebabkan penuntut ilmu memasuki neraka :

1- Untuk menandingi para ulamak.

2- Berdebat dengan orang bodoh.

3- Untuk berbangga-bangga.

4- Untuk mencari wang daripada pemerintah, mencari kehormatan dan mencari kedudukan( pangkat).

3 Penyesalan di Akhirat kelak :

1- Seorang yang memiliki anak yang soleh,  anak soleh memasuki Syurga sedangkan

    bapanya memasuki neraka.

2- Seorang yang mengumpul harta dan  tidak mengeluarkan zakat sehingga mati, lalu diwarisi oleh ahli keluarga dan  digunakan untuk jalan ketaatan sehingga  mereka masuk Syurga sedangkan pemilik harta memasuki neraka.

3- Seorang yang alim yang mengajar ilmu kepada orang ramai tetapi tidak  menga malkannya sehingga orang ramai selamat sedangkan dia masuk neraka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: