
JANGAN MENGHINA ORANG BODOH MELAKUKAN MAKSIAT.

Membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar.”
(Surah al-A’raf: 33)
Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu.”
Berikut petikkan-petikan yang dambil dari Kitab Tanbihul Ghafilin untuk fikirkan, renungkan dan amalkan supaya kita sentiasa berada dilaluan yang benar;
3 Golongan yang Allah SWT berbangga dengan mereka :
1- Mereka yang berada di hutan apabila mendengar azan dan Iqamah lalu dia solat , maka Allah SWT akan kepadanya ” Lihatlah hambaKu solat sendirian tanpa dilihat oleh seseorang “. Maka Allah SWT menurunkan kepadanya 70 ribu Para Malaikat untuk menjadi makmum kepadanya.
2- Mereka yang bangun dimalam hari solat sendirian sehingga dia tertidur dalam sujud. Maka Allah SWT berkata kepada Para Malaikat ” Lihatlah hambaKu rohnya padaKu dan badannya sujud padaKu “.
3- Mereka yang berada di medan perang, maka dia tetap tegak berdiri sehingga Syahid.
4 Perkara tersembunyi yang menentukan kehidupan anda :
1- Keredhaan Allah SWT tenggelam dalam Ketaatan, mengintai atau akan muncul di rumah mereka yang bersifat pemurah.
2- Murka Allah SWT tenggelam dalam kemaksiatan, mengintai dan akan muncul di rumah mereka yang bersifat bakhil atau kikir.
3- Kebahagiaan hidup dan murah rezeki tenggelam dan tersembunyi dalam pahala-pahala dan muncul di rumah mereka yang rajin menunaikan solat.
4- Kesempitan hidup tenggelam dalam seksa-seksa dan muncul di rumah mereka yang cuai dalam solat.
4 Fadhilat daripada Allah SWT untuk mereka yang sakit :
1- Diangkat baginya pencatat Qalam.
2- Diberi padanya pahala apa yang biasa dilakukannya ketika masih sihat.
3- Tiap-tiap dosa dikeluarkan dari ruas persendiannya.
4- Jika mati diampunkan baginya dan jika lanjut usia juga diampunkan baginya.
6 Perkara yang Rasulullah SAW paling takuti :
1- Pemerintah yang terdiri daripada pemuda-pemuda.
2- Ramainya polis.
3- Banyaknya rasuah dalam hukum.
4- Putus hubungan keluarga.
5- Meremehkan amanah perjanjian.
6- Pemuda-pemuda yang menjadikan Al-Quran sebagai seruling nyanyian, ditempatkan di muka majlis bukan kerana lebih pandai akan kefahaman agamanya tetapi hanya supaya melagukan Al-Quran.
3 Perkara menghalang pertolongan Allah SWT :
Al-Hassan R.A. berkata : Allah SWT sentiasa menaungi umat Nabi Muhammad SAW selagi tidak berlaku 3 perkara,
1- Selama orang-orang yang taat kepada Allah SWT tidak mengagong- agongkan orang-orang jahat.
2- Selama orang-orang yang melakukan kebajikan tidak menyokong perbuatan orang-orang jahat.
3- Selama ahlul Al-Quran tidak menjilat-jilat kepada raja.
Jika tiga perkara ini telah berlaku maka Allah SWT akan mencabut dan Allah SWT akan melahirkan pemerintah yang kejam serta Allah SWT akan menanam dalam hati mereka rasa takut lalu mereka akan menjadi miskin.
8 Perkara mendatangkan pahala tanpa beribadat :
1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.
2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.
3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.
4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedang kan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.
5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.
6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.
7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.
8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.
5 Keampunan buat isteri yang solehah :
Umar R.A. berkata : Kami memaafkan padanya kerana beberapa hak yang harus aku tanggung ,
1- Kerana dia menjadi dinding bagiku dari api neraka, sehingga hatiku tenang dan jauh dari perkara yang haram.
2- Dia menjadi penjaga rumahku dan hartaku jika aku keluar.
3- Dia bertanggungjawab menjaga kebersihan rumahku.
4- Dia menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anakku.
5- Dia bertanggungjawab dalam makan minumku