PERINGATAN DARI ILAHI (1) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN.

Assalamualaikum & Selamat Pagi, sila kunjungi blog kami untuk mendapat maklumat Al-Quran mendahului sains dan lebih 70 blog gerbang ilmu agama terbaik :

PERINGATAN DARI ILAHI (1) – RINGKASAN KITAB TANBIHUL GHAFILIN.

https://jipskelantan88695409.wordpress.com/2020/09/08/peringatan-dari-ilahi-1-kitab-tanbihul-ghafilin/

Sama2 kita berkongsi pahala jariah dengan menyebarkan bahan2 agama yang bermanfaat, mohon para sahabat follow blog kami, Terima Kasih.

Membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar.”  

(Surah al-A’raf: 33)

Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu.”

Berikut petikkan-petikan yang dambil dari Kitab Tanbihul Ghafilin untuk fikirkan, renungkan dan amalkan supaya kita sentiasa berada dilaluan yang benar;

3 Golongan manusia yang akan dinilai di Akhirat kelak :

1- Orang yang sibuk urusan Akhirat   sehingga melalaikan dunianya –

    (Orang yang beruntung dan dan ahli Ibadah).

2- Orang yang sibuk urusan dunia sehingga melalaikan Akhiratnya –

    (Orang yang binasa).

3- Orang yang sibuk urusan dunia dan Akhiratnya – (Orang yang cuba

    mencari nasib dengan harapan beruntung).

3 Ciri mereka yang menipu diri sendiri :

1- Memuaskan hawa nafsu dan beranggapan dirinya selamat daripada azab seksaan Allah SWT.

2- Menunda-nundakan saat bertaubat kepada Allah SWT dan panjang

    angan-angan.

3- Mengharap pahala dan ihsan daripada Allah SWT tanpa beramal Soleh

3 Ciri mereka yang menzalimi diri sendiri :

1- Mengumpul apa yang tidak berguna untuk dirinya sendiri.

2- Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakan dirinya sendiri.

3- Meninggalkan amal soleh yang dapat menyelamatkan dirinya.

3 Sikap melahirkan Kecintaan dalam jiwa manusia :

1- Orang yang berbudi baik.

2- Orang yang Ikhlas dalam amal perbuatannya.

3- Orang yang tawadduk (merendah diri).

3 Sikap yang menghancurkan ibadat  seseorang :

1- Orang yang sibuk dengan kesalahan orang lain.

2- Orang yang sombong atau bangga diri.

3- Orang riya’ dalam amal perbuatannya.

4 Perkara mengundang hikmah daripada Allah SWT:

1- Badan yang bebas daripada kesibukan dunia.

2- Perut yang kosong daripada makanan.

3- Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.

4- Memerhati dan memikirkan akibat dunia.

3 Perkara yang tak perlu kita fikirkan:

1- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.

2- Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta akan berlanjutan kemarahanmu.

3- Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan

    kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan Akhirat.

10 Akhlak mulia wali Allah SWT yang wajib kita contohi :

1- Bersih hati.

2- Ringan tangan ( Dermawan) dengan wang.

3- Benar lidah.

4- Rendah diri.

5- Sabar dalam penderitaan.

6- Menangis di waktu sendirian.

7- Nasihat sesama makhluk.

8- Kasih sayang sesama orang mukmin.

9- Memikirkan kerosakkan dunia.

10- Memerhati dan mengambil iktibar dari segala kejadian.

5 Cara terbaik bertafakkur kepada Allah SWT :

1- Memikir ayat-ayat dan bukti kebesaran Allah SWT serta kekuasaa Allah SWT.

2- Memikir tentang nikmat pemberian Allah SWT.

3- Memikir tentang pahala yang telah Allah SWT janjikan.

4- Memikir tentang seksaan dan hukuman Allah SWT.

5- Memikir apa yang diredhai oleh Allah SWT dan apa yang dimurkai oleh Allah SWT.

4 Niat yang wajib disematkan dalam jiwa orang mukmin pada waktu pagi :

1- Menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT.

2- Meninggalkan larangan Allah SWT.

3- Menyelesaikan permasalahan dengan mereka yang berniaga atau berurusan dengan kita.

4- Memperbaiki hubungan dengan musuh-musuh kita. (Jika ada).

10 Perkara yang wajib kita lakukan setiap hari :

1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.

2- Menutup aurat.

3- Menyempurnakan wuduk.

4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.

5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.

6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).

7- Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).

8- Sabar menerima taqdir dan hukum Allah SWT.

9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.

10- Makan yang halal.

4 Syarat menyempurnakan makanan Rasulullah SAW :

Rasulullah SAW bersabda :

Jika makanan memenuhi 4 perkara, maka sempurnalah makanan tersebut ,

1- Jika halal.

2- Jika dimakan dengan menyebut nama Allah SWT.

3- Jika banyak orang memakannya.

4- Jika selesai disebut ” Alhamdulillah :.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK

Create your website with WordPress.com
Get started