KELEBIHAN ORANG MENGAJAR ILMU

KELEBIHAN ORANG MENGAJAR ILMU

(( بسم الله الرحمن الرحيم ))

( Adapun ) kelebihan orang yang mengajar ‘ilmu itu iaitu ( berdasarkan ) beberapa dalil (قرآن), dan Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم), dan perkataan ‘ulama’ yang amat banyak.

( Dan ) setengah daripadanya, firman (الله تعالى) [ Surah At-Taubah, ayat 122 ]::

(( وَلِيُنْذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوآ إِلَيْهِمْ ))

Ertinya::

“Dan supaya menakuti mereka itu akan kaumnya apabila kembali mereka itu kepada kaum mereka.”

Kata Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) di dalam Ihya Ulumiddin: “dan murad ( ya’ni yang dikehendaki ) yang di dalam ayat ini iaitu mengajar ‘ilmu dan menunjukkan jalan Akhirat.”

Dan setengah daripadanya, firman (الله تعالى) [ Surah Ali Imran, ayat 187, sila betulkan matan dan maksud di kitab Versi Jawi saudara/i ]::

(( وَ إِذْ أَخَذَاللهُ مِيثَـقَ الَّذِيْنَ أُوتُواْالْكِتـَبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلاَ تَكْتُمُونَهُ ))

Ertinya::

“Dan pada ketika Allah mengambil ( , ya’ni mengikat ) (per)janjian (akan) mereka itu yang diberi akan mereka itu kitab supaya menyatakan mereka itu akan yang di dalam kitab mereka itu bagi manusia dan supaya jangan menyembunyikan mereka itu akan ‘ilmu yang di dalam kitab mereka itu.”

Dan kata Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) di dalam Ihya Ulumiddin: “( Bermula ) makna ayat itu ( menunjukkan ) iaitu wajib ( atas ) orang yang diberi ‘ilmu itu mengajarkan bagi manusia dan haram menyembunyikan akan ‘ilmu itu.”

( Dan ) tatkala membaca Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) akan ayat ini, maka bersabda ia ( ya’ni baginda (صلى الله عليه وسلم) ) dengan katanya [; sila betulkan matan di kitab Jawi saudari/i sebagaimana berikut; Hadits riwayat Abu Na’im, (Imam Al-Iraqi); ]::

(( مَا أَتَى اللهُ عَالِمًا عِلْمًا إِلاَّ أَخَذَ اللهُ عَلَيْهِ مِنَ الْمِيْثَاقِ مَا أَخَذَ عَلى النَّبِيِّيْنَ أَنْ يُبَيِّنُوْهُ لِلنَّاسِ وَلاَ يَكْتُمُوْهُ ))

Ertinya::

“Tiada memberi (الله) itu akan ulama’ akan ‘ilmu melainkan mengambil (الله) atasnya daripada janjinya barang yang ( ya’ni seperti (الله) ) mengambil janji atas segala Anbiya’ bahawa menyatakan mereka itu akan ‘ilmunya itu bagi manusia dan jangan menyembunyikan mereka itu akan ‘ilmunya itu.”

Dan setengah daripadanya, firman (الله تعالى) [ Surah An-Nahl, ayat 125 ]::

(( أدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ))

Ertinya::

“Seru olehmu akan manusia kepada jalan Tuhan-mu dengan ‘ilmu hikmah dan pengajaran yang baik.”

( Dan ) setengah daripadanya sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) tatkala menyuruh ia akan Muaz ( bin Jabal ) (رضى الله عنه) ke negeri Yaman [ Hadits riwayat Imam Ahmad, (Al-Iraqi) ]::

(( َلأَنْ يَهْدِىَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌلَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا ))

Ertinya::

“Sesungguhnya bahawa memberi hidayat (الله تعالى) dengan dikau (iaitu engkau) akan seorang laki-laki iaitu terlebih baik bagimu daripada dunia dan barang yang di dalamnya.”

( Dan ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) [ Hadits riwayat Ad-Dailami, dha’if menurut penilaian Imam Al-Iraqi ]::

(( مَنْ تَعَلَّمَ بَاباً مِنَ الْعِلْمِ لِيُعَلِّمَ النَّاسَ أُعْطِىَ ثَوَابَ سَبْعِيْنَ صِدِّيْقًا ))

Ertinya::

“Barang siapa belajar ‘ilmu akan satu bab daripada ‘ilmu kerana (ia) berkehendak mengajar akan manusia, nescaya diberi (الله) akan dia pahala tujuh puluh daripada pahala ‘ulama’ yang Shiddiqin.”

Dan sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) [ Hadits riwayat At-Tirmidzi. Sila betulkan matan hadits sebagaimana berikut. ]::

(( إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَأَهْلَ اْلأَرْضِ حَتىَّ النَّمْلَةَ فِىْ جُحْرِهَاوَحَتىَّ الْحُوْتَ فِى الْبَحْرِ لِيُصَلُّوْنَ عَلى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ ))

Ertinya::

“Bahawasanya (الله تعالى) dan segala Malaikat-Nya dan isi tujuh petala langit dan segala isi bumi hingga semut yang di dalam lubangnya dan hingga ikan yang di dalam laut, sesungguhnya mengucap(kan) shalawat (ya’ni mendoakan supaya mendapat kebajikan) atas orang yang mengajar akan manusia dengan kebajikan itu.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) [ Hadits riwayat Ibnu Al-Mubarak, dha’if menurut penilaian Imam Al-Iraqi. Sila betulkan matan hadits sebagaimana berikut. ]::

(( كَلِمَةٌ مِنَ الْخَيْرِيَسْمَعُهَا الْمُؤْمِنُ فَيَعْمَلُ بِهَا وَيُعَلِّمُهَا خَيْرٌلَهُ مِنْ عِبَادةِ سَنَةٍ ))

Ertinya::

“Suatu kalimah daripada kebajikan yang mendengar akan dia oleh orang yang mu’min maka mengamalkan ia akan dia (ya’ni ilmu yang dipelajari itu) dan mengajarkan ia akan dia (ya’ni ilmu yang dipelajari itu) iaitu terlebih baik baginya daripada berbuat ‘ibadat setahun.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) [ Hadits riwayat Imam Muslim ]::

(( إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثٍ : عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، وَصَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ))

Ertinya::

“Apabila mati anak Adam nescaya putus segala ‘amalnya yang kebajikan melainkan daripada 3 perkara ( maka iaitu tiada (ter)putus ). Pertama, ‘ilmu yang memberi manafaat dengan dia (ya’ni dengan ilmu itu); dan kedua, sedeqah jariah ya’ni berbuat waqaf Lillahi Ta’ala (لله تعالى); dan ketiga, anak yang sholeh mendoakan baginya.”

( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) [ Hadits riwayat At-Tirmidzi ]::

(( اَلداَّلُ عَلى الْخَيْرِ كَفَاعِلِهِ ))

Ertinya::

“( Bermula ) orang yang menunjukkan akan manusia atas berbuat kebajikan itu iaitu seperti orang yang berbuat kebajikan.”

Ya’ni dapat pahala oleh orang yang menunjukkan akan kebajikan itu, iaitu seperti pahala orang yang berbuat akan dia.

Dan lagi sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) [ Hadits riwayat Ibn Abdul Bar, (Al-Iraqi). Sila betulkan matan hadits sebagaimana berikut. ]::

(( عَلى خُلَفَائِىْ رَحْمَةُ اللهِ . قِيْلَ وَمَنْ خُلَفَاؤُكَ ؟ قَالَ : الَّذِيْنَ يُحْيُوْنَ سُنَّتِىْ وَيُعَلِّمُوْنَهَا عِبَادَاللهِ . ))

Ertinya::

“( Bermula ) segala khalifahku itu dapat rahmat (الله تعالى). Maka sembah shahabat: “Siapa khalifahmu ya Rasulullah?” Maka sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) : “Khalifahku itu iaitu mereka yang menghidupkan akan jalan agamaku dan mengajarkan ia akan dia (ya’ni ilmu agama itu ) akan hamba (الله).”

( Dan kata ) Sayyidina Umar (رضى الله عنه): “Barang siapa mencerterakan ( menceritakan ) suatu hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) maka (lalu) diamalkan oleh orang akan dia (ya’ni apa yang diajarkannya itu), maka dapat baginya seperti pahala orang yang mengamalkan akan dia (ya’ni hadits tersebut, iaitu apa yang diajarkan itu) itu.

( Dan kata ) Muadz Bin Jabal, (رضى الله عنه), ::

“( Bermula ) belajar ‘ilmu kerana (الله تعالى) itu iaitu kebajikan ( ya’ni belajar ‘ilmu untuk mencari keredhaan (الله تعالى) itu akan menambahkan takut akan (الله تعالى) ). Dan

i)                    menuntut ‘ilmu itu ‘ibadat, dan

ii)                   muthalaah ‘imu itu tasbih, dan

iii)                 bertanya ‘ilmu itu perang sabil (, ya’ni jihad), dan

iv)                mengajarkan ‘ilmu bagi orang yang jahil itu sadaqah, dan

v)                  memberikan ‘ilmu bagi ahlinya itu Qurbah (قربة), ya’ni menghampirkan diri kepada (الله تعالى).

Dan lagi ‘ilmu itu::

(( اْلأَنِيْسُ فِى الْوَحْدَة ))

ya’ni: “menjinakkan (hati) seseorang”. – [[ Ya’ni menjinakkan hati seseorang yang duduk bersendirian, dan menjadi sahabat di kesunyian dan panduan yang menunjukkan jalan agama, dan dapat dijadikan kawan ketika suka dan duka dan menjadi penolong yang setia, dan yang menjadi keluarga di perantauan, dan yang menerangkan jalan menuju ke Syurga.”

“Dengan ‘ilmu itu (الله تعالى) mengangkat darjat sekumpulan manusia, lalu mereka layak untuk menjadi pemimpin yang membawa petunjuk kepada kebaikan. Keperibadian mereka dapat dicontohi. Akhlaq mereka boleh dijadikan ikutan, dan perbuatan mereka dipandang dengan penuh kepercayaan.”

“Selain daripada itu, para Malaikat meminati untuk bersahabat dengan mereka, dan rela menghamparkan sayapnya untuk mereka berjalan di atasnya. Dan segala yang basah dan segala yang kering memintakan ampun untuk mereka sehinggakan ikan-ikan yang ada di laut, segala binatang buas, binatang ternak, langit dan segala bintang gemintangnya, semuanya memintakan ampun untuk mereka.” ]]

“Dan lagi (segala kelebihan ini adalah berpunca daripada kerana) ilmu itu (menghidupkan akan mata hati daripada butanya, dan yang ) menerangkan akan hati daripada kelamnya dan ( yang ) menguatkan badan daripada dha’ifnya (, ya’ni lemahnya ), dan ( yang ) menyampaikan (ia) seseorang (ke)pada martabat orang ( yang ) Abrar (أبرار) (, ya’ni orang yang kuat berbuat ‘ibadat, ), dan ( yang ) meninggikan ia akan darjat seseorang.”

“Dan memikirkan ‘ilmu itu iaitu menyamai puasa sehari-hari, dan memuthalaah (, ya’ni mentelaah dan/atau mengulangkaji, ) ‘ilmu itu menyamai akan ber’ibadat semalam-malam(an), dan dengan dia (, ya’ni ilmu itu, kita) taat kepada (الله تعالى), dan dengan dia (, ya’ni ilmu itu kita menyembah dan) mengesakan (الله تعالى), dan dengan ( dia [, ya’ni ilmu itu, ] kita boleh menjadi orang yang wara’, dan dengan dia [, ya’ni ilmu itu, ] kita dapat menghubungkan Silaturrahim, dan dengan dia [, ya’ni ilmu itu, ] kita ) mengetahui haram dan halal (. ‘Ilmu adalah imam dan ‘amal adalah pengikutnya ) dan dengan dia [, ya’ni ilmu itu, ] jadi sah amalnya, dan dengan dia (, ya’ni ilmu itu, ) dapat kemenangan di dalam Akhirat, dan dengan dia (, ya’ni ilmu itu, ) lepas daripada api Neraka Jahannam.

Demikianlah certera (ya’ni diceritakan) daripada Muadz bin Jabal (رضى الله عنه).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s